Kini tinggal mereka berdua saja didalam Pula Areena. Dewan terbuka itu masih lagi diterangi dengan cahaya biru disekelilingnya.
Ikram Benjamin menghampiri Anggun Dahlia. Matanya tidak lepas memandang perempuan itu. Senyumannya juga dari tadi tidak lekang dari bibirnya.
"Hai, sayang abang." Jantungnya dirasakan berdebar hebat ketika itu. Matanya tidak mahu melepaskan pemandangan indah yang tersedia didepan matanya.
"Err...hai, abang." Anggun Dahlia juga kelihatannya gugup. Dia meramas kedua-dua tangannya menghilangkan gemuruh.
"Sayang nampak abang tadi?" Soalnya kekok. Itulah. Masa buat tadi tidak pula difikirkan akan menanggung malu dan kekok seperti ini.
"Nampak. Sejak bila abang jadi pemain orkestra? Dekat Rome pula tu? Abang tipu Dahlia ke selama ni?" Anggun Dahlia memulakan bicara. Banyak yang ingin diajukan pada lelaki itu.
"Come. Kita duduk sini." Ikram Benjamin menuju ke arah bangku panjang. Tempat kosong disebelahnya ditepuk.
"Abang bukan pemain orkestra, sayang. Abang cuma pemain selo. Konduktur yang mengetuai orkestra tu kawan abang. Tapi dia bekerja dengan Mercedez Benz dekat sini." Sebenarnya malas dia mahu menerangkan tentang itu. Ada benda yang lebih penting yang perlu diselesaikan sekarang.
"Apa jawapan sayang?" Laju saja Ikram Benjamin bertanya soalan itu.
"Err...jawapan apa?" Berkerut dahi Anggun Dahlia memikirkan soalan tersebut.
"Tadi masa dekat pentas, abang cakap apa?" Dia merapati Anggun Dahlia. Anak mata itu direnung dalam. Mungkin sedang mencari jawapan disitu.
Anggun Dahlia menjarakkan sedikit mukanya. Lelaki itu selalu saja mengusiknya jika dia terleka.
"A...abang...cakap apa?" Dia ingat. Malah dia ingat dengan jelas setiap apa yang berlaku ketika diatas pentas tadi. Peristiwa itulah yang menyebabkan jantungnya hampir gugur ke bumi. Dia cuba mengelak pandangan Ikram Benjamin yang semakin melemaskan. Pandangan redup itu mampu membuatkan Anggun Dahlia mencair bila-bila masa saja.
"Perlu ke abang ulang balik,hmm? Kalau nak..lebih daripada tu pun abang boleh. Nak ke sayang?" Mukanya dirapatkan dengan Anggun Dahlia sehingga hujung hidung mereka bertemu. Dia menarik sengih apabila Anggun Dahlia dalam diam memejam rapat matanya. Ikram Benjamin menjarakkan sedikit mukanya. Lantas, hidung Anggun Dahlia dicuit lembut.
Terdengar suara gelak halus didepan mukanya. Anggun Dahlia membuka perlahan matanya. Bibirnya digigit geram apabila lelaki itu sedang mentertawakan dirinya.
"Jangan gigit bibir macam tu." Ada getaran pada suara itu. Ikram Benjamin menahan rentak nafasnya yang semakin tidak tertatur.
'Sabar, Ben. Jangan buat hal lagi.' Dia mengawal setiap rasa yang hadir ketika itu.
"Soalan abang yang dekat pentas tu...err.. kalau Dahlia tak nak jawab boleh tak?" Anggun Dahlia cuba melarikan pandangannya. Tetapi dagunya ditahan oleh tangan Ikram Benjamin.
"Pandang mata abang bila bercakap, boleh?" Soalnya tegas. "Kenapa sayang tak nak jawab,hm?" Dia menyambung kembali soalannya.
"Sebab Dahlia tak suka." Anggun Dahlia cuba melawan pandangan mata itu. Haruman lelaki itu singgah dirongga hidungnya. Menyerlahkan lagi bau maskulin lelaki itu.
"Kenapa tak suka?" Gemersik suara itu meniti pada pendengaran Anggun Dahlia.
Dalam diam Ikram Benjamin menyorok senyumnya yang hampir terlorek. Dia suka melihat muka perempuan itu menahan malu.
"Sebab tak sukalah! Ishh, boleh tak jangan tanya banyak?" Jantungnya semakin menggila. Jika diikutkan hati, mahu saja ditumbuk lelaki itu. Geram!
Ikram Benjamin sekali lagi menahan senyumnya. "Ok. Soalan terakhir abang nak tanya pada Dahlia. Lepas ni abang takkan tanya lagi. Janji!" Tangan kanannua diangkat menandakan janji bakal ditepati.
"Hm. Apa?" Malas Anggun Dahlia mahu melayan lelaki itu. Dia cuma mahu balik ke biliknya saja.
"Sayang abang tak?" Kali ini Ikram Benjamin menghamburkan tawanya. Usikannya kali ini mengena.
"Abang!" Riak muka Anggun Dahlia ibarat singa yang sedang kelaparan.
"Hahaha. Okeyyy. Yang ini memang soalan abang yang terakhir." Ikram Benjamin menahan senyum.
"Apa dia?!" Intonasinya sedikit meninggi.
"Kalau abang nak jadikan sayang sebagai bidadari abang dunia dan akhirat, sayang setuju?"
Share this novel