29

Romance Completed 63993

Ikram Benjamin tersenyum menang.

Malam itu dia mampu melunturkan keegoan Anggun Dahlia.

'Itulah,sombong lagi dengan aku. Heh.'

Dia tersengih.

Hatinya dicuit rasa kelakar melihat perempuan itu.

Anggun Dahlia mengelap sisa air mata dengan belakang tangan.

"Abang baru usik sikit, dah melalak macam tu gaya dia. Ini belum lagi abang ajak kahwin betul-betul. Agaknya, abang dapat penumbuk Dahlia."

Dia terus tergelak.

Anggun Dahlia mengetap gigi.

'Sabar. Sabar.'

"Siapa yang nak kahwin dengan kau?!"

Dia mengelak matanya dari memandang Ikram Benjamin.

Bahang mukanya masih terasa. Terbakar! Hangit!

"Tengok! Abang baru tegur tadi. Sekarang Dahlia dah cakap kasar-kasar balik. Sayang nak kena lagi ke dengan abang?"

Suaranya separa berbisik. Dia mendekatkan mukanya dengan Anggun Dahlia.

Cepat saja perempuan itu memaling muka ke arah lain.

"Tak nak!"

Laju saja jawapan itu meluncur keluar dari mulut Anggun Dahlia.

Ikram Benjamin mengemam bibirnya. Senyum disorokkan.

"Kalau tak nak, mulai sekarang Dahlia dah tak boleh panggil abang dengan 'kau'. Lepas tu, kalau nak berbual dengan abang jangan gunakan 'aku kau' lagi. Boleh sayang?"

Dia mencuit puncak hidung Anggun Dahlia.

"Tsk! Lecehlah kau ni!"

Dia terlupa.

"Ha, tengok tu!"

Ikram Benjamin mengingatkan kembali.

"Ishhh! Yalah. Faham!"

Dia membentak sambil merenung tajam Ikram Benjamin.

Ibaratnya mahu dikunyah lelaki itu puas-puas.

Sakit jiwa!

"Faham apa?"

Ikram Benjamin menyoal kembali. Keningnya dimainkan sambil tersenyum.

"Fahamlah! Lepas ni dah tak boleh bercakap guna bahasa kasar. Tak boleh guna 'aku kau' kalau kita tengah berbual."

Geramnya dia rasa ketika itu.

"Habis tu, kalau tak boleh panggil 'aku kau' kita nak bahasakan apa?"

Sempat dia mengenyitkan mata buat Anggun Dahlia.

"Err...manalah tahu!"

Jawapan itu membuatkan Ikram Benjamin ketawa besar.

"Hahahahaha. Ada pula tak tahu jawapan dia. Fikirlah. Cepat. Abang tunggu ni."

Anggun Dahlia sudah mengepal penumbuknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience