"Dahlia baru aje sampai. Tapi abang marah-marah Dahlia pula."
Dia duduk dibirai katil. Mulutnya memuncung.
"Abang tak marah Dahlia. Abang tanya aje. Tapi Dahlia tipu abang. Macam mana abang tak marah?"
Ikram Benjamin berlalu meninggalkan perempuan itu.
Dia menuju ke pantri. Sebotol air mineral dituang ke dalam jag. Air itu dipanaskan.
"Bila masa Dahlia tipu abang? Abang yang tipu Dahlia sebenarnya."
Matanya berkaca. Panas.
"Bila masa abang tipu Dahlia?"
Ikram Benjamin menggaru kepalanya.
'Pening aku dengan perempuan ni!'
"Abang tipu hati Dahlia. Abang cakap abang sayang Dahlia. Abang cakap abang suka Dahlia. Abang selalu cakap abang rindu Dahlia. Tapi dalam diam abang cari orang lain!"
Air matanya mengalir deras.
Ikram Benjamin teringat 'orang' yang dimaksudkan Anggun Dahlia.
Dia menjungkitkan keningnya. Hujung bibir menarik senyum sinis.
'Oh, itu masalahnya!'
"Kenapa Dahlia nak persoalkan pula? Bukan ke dulu Dahlia tak pedulikan abang? Lagipun,kita bukannya ada hubungan istimewa. Jadi, lebih elok Dahlia balik Malaysia sekarang. Membazir duit tiket aje datang ke sini."
Anggun Dahlia mengelap air matanya dengan belakang tangan.
"Tak nak! Dahlia nak duduk sini dengan abang!"
Intonasi suaranya meninggi.
Dia merenung tajam Ikram Benjamin. Seperti mahu ditelan lagaknya.
"Ugh! Mana boleh duduk sebilik dengan abang! Dahlia kan perempuan. Tolonglah ada rasa sifat malu tu sikit!"
Nafasnya turun naik. Ikram Benjamin Sudah hilang sabar.
Kesabaran yang dijaga selama empat tahun mengenali perempuan itu nampaknya bakal runtuh sekejap lagi.
Ah, malas dia mahu layan perempuan mereng itu. Dia membawa kakinya keluar dari bilik itu. Dia mahu meredakan hatinya yang sedang terbakar.
Manakala Anggun Dahlia hanya memerhati lelaki itu keluar.
Dia melepaskan keluhan.
Dia juga yang bodoh. Sepatutnya boleh saja dibawa berbincang elok-elok.
-----------
Malam itu Ikram Benjamin baru saja selesai membuat panggilan video bersama Louis. Setiap hari dia memerlukan maklumat tentang penjualan keretanya.
Anggun Dahlia?
Oh, perempuan itu sudah keluar kerana bagasinya juga tiada.
Mungkin perempuan itu mencari bilik lain. Atau mungkin dia sudah pulang ke Malaysia.
"Huh."
Nafas legs ditarik.
Sakit belakang badannya akibat duduk terlalu lama.
Lampu utama dimatikan. Yang tinggal hanyalah lampu tidur disudut meja katil.
Matanya dipejam.
Ting tong! Ting tong! Ting tong!
"Arghhhhh!"
Matanya terbuka luas. Dia duduk tegak diatas katil. Rambutnya diramas sehingga berserabut.
Dunianya baru mahu aman sekejap. Dia turun dari katil. Menuju ke pintu.
Ting tong! Ting tong! Ting tong!
Pintu dibuka kasar.
Share this novel