23

Romance Completed 63993

Jam tangan dikerling.

Dia menyandarkan tubuhnya.

Pemandangan disepanjang lebuhraya tidak menarik minat hatinya.

Dia mengeluh.

Dari tempat pemandu, Che Wan sedang memerhati anak muda itu dengan senyuman.

"Nak, bosan sangat ke sampai mengeluh panjang?"

Dia tersedar dari lamunan.

Segaris senyuman dihadiahkan buat Che Wan, si pemandu limousine.

"Taklah pakcik. Letih sikit."

Dia membetulkan duduknya.

"Panggil aje Che Wan. Anak dari mana?"

Aju Che Wan ramah.

" Saya ada kerja luar sikit. Hari ni saja balik sini kejap. Em...Che Wan dah lama ke bawa limo?"

Dia cuba untuk berbual. Sekurang-kurangnya hilang juga rasa bosannya tadi.

Ada juga teman untuk berbual.

"Lama dah, nak. 20 tahun dah. Dari anak-anak Che Wan sekolah, sampai laa ni dah bekerja semuanya."

Lelaki itu mengangguk tanda mengerti.

"Kalau saya jadi Che Wan, sepatutnya umur-umur macam ni duduk rumah aje. Lagipun anak-anak Che Wan dah bekerja. Tak ada apa yang nak dirisaukan."

Che Wan tergelak halus mendengar celoteh anak muda itu.

Jarang anak muda peramah sepertinya.

"Duduk rumah bukan ada buat apa. Nak bercucuk tanam pun tak boleh. Yalah, duduk rumah flat. Mana ada tanah. Kalau bekerja, bolehlah otot-otot ni bersenam sikit. Che Wan suka tengok ragam orang-orang yang naik limo ni. Dari situlah kita boleh belajar cara hidup yang betul."

Ada betulnya cakap Che Wan.

"Ah, kita dah sampai ni nak. Mari, Che Wan tolong kamu."

Che Wan sudah bersedia mahu membuka pintu untuk membantunya.

Tetapi sempat dihalang oleh tangan lelaki itu.

"Ehh,tak apa Ceh Wan. Sikit aje ni. Saya boleh buat sendiri."

Dia turun dengan luggage disisi.

"Terima kasih ya, Che Wan. Moga Allah murahkan rezeki Che Wan sekeluarga. Terima kasih hantar saya ke sini."

Tangan tua itu disalam penuh hormat.

"Alhamdulillah. Terima kasih untuk doanya."

Mereka berpamitan.

Dia meneruskan langkah sambil menarik luggage.

Pintu kaca ditolak.

Kaki melangkah masuk.

"Hai. Selamat da..."

Ucapan Brasier terhenti taktala melihat tetamu yang hadir.

Riak mukanya berubah menjadi teruja.

"Mana dia?"

Soal lelaki itu.

Luggage diserahkan pada Brasier.

"Ada dalam office tu. Pergilah."

Senyum dibibir lelaki itu masih tidak lekang.

"Ok. Aku masuk dulu."

Brasier mengangguk laju.

----------

Tok,tok, tok!

Tiada sahutan.

Tombol pintu dipulas perlahan.

Haruman ruang office itu menyambut kedatangannya.

Matanya meneliti setiap sudut ruang itu.

Dimeja tiada.

Dia terus melangkah masuk ke dalam.

Setibanya dia dibahagian ruang rehat yang dilengkapi set perabot dan sofa, ada sekujur tubuh sedang terlena.

Dia merapat dan bertinggung dihadapan perempuan itu.

Pulasnya dia tidur.

Bibirnya mengukir senyum. Air mata sudah bergenang. Tetapi cepat saja diseka dengan hujung jari.

Lama dia merenung muka polos yang sedang lena itu.

Ada kerutan pada dahi perempuan itu. Agaknya apa yamg sedang bermain dalam mimpinya?

Dia mengurut kerutan didahi perempuan itu. Menenangkan lena si tuan puteri.

"Assalamualaikum, Dahlia."

Senyap.

Nampaknya Anggun Dahlia tenggelam dalam lenanya.

"Lenanya dia tidur. Abang panggil pun tak dengar."

Dia tergelak kecil.

"Sayang."

Hidung Anggun Dahlia dicuit lembut.

Tubuh itu bergerak sedikit. Terjaga dari lenanya akibat diganggu.

Ikram Benjamin tersengih.

Mata itu dibuka perlahan. Terasa berat kelopak matanya. Pandangan mata juga kabur. Mungkin terlalu lama dibuai mimpi siang.

"Ishh! Hmmm..."

Dia menepis cuitan itu. Matanya terpejam sekali lagi.

"Dahlia sayang. Assalamualaikum. Hey, abang dah balik ni."

Cukup romantis suara itu menerjah gegendang telinga Anggun Dahlia.

Cubaan kedua mengejutnya bangkit dari lena.

"Hmm...apa?"

Dia bagaikan baru tersedar dari mimpi.

Matanya digosok perlahan.

Betul ke?

Lelaki itu. Lelaki dihadapannya.

Ah,dia ingin menjerit bahawa dia mula rindukan lelaki itu!

Tetapi mulutnya berat untuk mengungkap kata rindu. Dia masih lagi ego.

"Hai sayang. Abang dah balik."

Ikram Benjamin tersengih malu.

"Ben? Is it you, my butler?"

Ikram Benjamin tersenyum.

Matanya terasa panas tiba-tiba. Perempuan itu mula bergenangan air mata.

"Syhh! Bukan Ben. . . . tapi abang."

Anggun Dahlia bangun dari perbaringannya. Muka ditundukkan. Lantas ada air mata jernih jatuh ke tangan.

Terdengar esak tangisnya.

"Syhh! Kenapa menangis? Kan abang dah balik ni. Abang ada dengan sayang. Bukan mimpi."

Dia bangun dan duduk disebelah bunganya.

"Emm. Tahu. Bukan mimpi. Sebab bau perfume kuat sangat."

Air matanya diseka.

"Perfume siapa?"

Ikram Benjamin menyembunyi senyum.

"Kau!"

Anggun Dahlia cuba mengelak dari bertentang mata dengannya.

"Kau tu siapa?"

Dia masih lagi bermain kata dengan perempuannya.

"Ben."

Pandangan mata dilarikan apabila bertembung dengan lelaki itu.

"Then, who is Ben actually?"

Sengaja dileretkan soalan itu.

Ikram Benjamin menyorok senyumnya. Muka kembali diseriuskan.

"Ish. . . Ikram Benjamin! Lelaki yang jadi butler aku!"

Geram rasanya. Saja ingin memalukan Anggun Dahlia.

"Ya. Tahu. Ikram Benjamin lelaki yang pernah jadi butler Anggun Dahlia sejak empat tahun lepas. Tapi dia tu siapa? Hmm?"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience