(Brussels,Belgium-11.40 pagi)
Hari ini dia ditemani seorang daripada partnership Mercedez Benz Brussels, Lizt.
Mereka duduk bersembang disebuah kafe yang terletak dilorong bangunan lama itu.
Bangunan-bangunan lama disitu menempatkan kafe dan restoran, kedai serbaneka, kedai pastri dan banyak lagi.
Tetapi yang paling mendapat perhatian penduduk mahupun para pelancong adalah kafe klasik yang terletak dicelahan bangunan lama itu.
Lebih menarik lagi meja dan kerusi disusun disepanjang lorong. Jadi para pelanggan dapat menikmati hidangan sambil menikmati pemandangan diluar.
Ada kalanya mereka berdua ketawa bersama.
Ikram Benjamin menyua secawan latte panas ke mulutnya.
"Oh ya! How long do you plan to stay here, Ben?"
Litz menyuap roti pita ke dalam mulutnya.
"Just for today I think. Then, tomorrow morning I have to attend another meeting at Malta."
Ikram Benjamin tersenyum kelat. Tugasnya terlalu meletihkan untuk minggu ini.
"Wow! Such a busy man, huh? Haha. So, after this do you have any plan? Or maybe we can have a chit chat while walking together?"
Litz menyisip air didalam gelasnya. Bibirnya dilap menggunakan tisu.
"Oh sorry, I can't. Really sorry. Maybe next time."
Dia menarik sengih serba-salah.
Litz pula menjungkitkan keningnya meminta kepastian.
"Next time? What do you mean by 'next time'? Do you want to have a date with me? Haha. No,no! "
Ikram Benjamin turut ketawa sambil menggeleng kepalanya beberapa kali.
"Hmm since today is the last day for our meeting, why not we take a selfie...or maybe wefie?"
Dia mengusul cadangan. Litz menarik senyum. Dia sudah bersiap sedia dengan kamera ditangan.
"Err. Sure!"
Ikram Benjamin teragak-agak dengan jawapannya. Dia bukannya seorang yang gemar berselfie.
Klik! Klik! Klik!
Beberapa keping foto tersimpan didalam galeri kamera milik Litz.
"Nice, right?"
Mereka berdua meneliti foto-foto yang diambil tadi.
Ikram Benjamin mengangguk.
"Ok, I'll send to you later. Maybe I will tag you on Instagram."
Ujar Litz ceria.
Beberapa minit kemudian, Litz menunjukkan sekeping foto yang telah dimuat naik dalam akaun Instagram-nya.
"Ok, Litz. I've got to go! Anything for the proposals, you can submit to me via email."
Dia mencapai beg laptopnya.
"Ok. Sure. Bye!"
Dia membalas lambaian perempuan itu dengan sengihan.
---------
(Melaka-5.30 petang)
Ting!
Satu pesanan diterima.
Dia melihat sekilas pesanan itu. Hanya notifikasi dari Instagram.
Sekejap!
Nama pemilik Instagram itu sangat dikenalinya.
Dahinya berkerut seribu.
Ikram?
"Ikram?? Ikram Benjamin??"
Terlongo mulutnya.
"Sejak bila pula dia ada Instagram ni??"
Kerjanya dilupakan sementara. Ada misi yang lebih penting sekarang ini.
Notifikasi itu ditekan. Matanya dijamu dengan sekeping gambar yang dimuat naik oleh seorang perempuan berdarah Inggeris.
Dup dap! Dup dap!
Dadanya berdebar laju. Dia memegang dadanya.
Kenapa ya? Tak mungkin kerana sekeping gambar itu hatinya boleh berdebar hebat.
Matanya masih merenung gambar diskrin itu.
'Kata pergi Belgium atas dasar kerja. Habis tu, yang ini kerja sangatlah?'
Nafasnya ditarik dalam dan dihela panjang.
"Ughh! Kau fikir apa ni, Anggun Dahlia?"
Pen dicapai kasar.
Dia mahu meneruskan kerjanya. Tetapi gambaran tadi yang terus bermain difikirannya.
Share this novel