56

Romance Completed 63993

"Anggun Dahlia sayang. Abang tanya ni. Sayang setuju?" Suasana didalam Pula Areena yang tadinya sunyi dan hanya bertemankan lampu biru, kini berubah wajah. Lampu putih mula terpancar diatas pentas utama. Disekeliling pentas itu terdapat percikan bunga api. Tempat itu menaikkan lagi suasana romantik buat mereka berdua.

Ikram Benjamin bangun dari duduknya. Dia berdiri dihadapan Anggun Dahlia yang masih duduk. Dia tahu perempuan itu sedang ralit memandang suasana itu. Matanya masih kaku.

"Sayang. Come." Ajaknya lembut. Ikram Benjamin mula melangkah menuju ke pentas.

Anggun Dahlia juga bangun. Dia masih belum memahami lagi situasi yang berlaku. Semuanya berlaku secara tiba-tiba.

Ikram Benjamin menaiki tangga pentas. Dia memandang Anggun Dahlia yang masih ketinggalan dibelakangnya.

"Come." Lembut suara Ikram Benjamin menyapa telinga Anggun Dahlia. Dia atas pentas itu terdapat sebuah piano besar bewarna putih. Lampu putih juga menerangi kawasan letaknya piano itu.

Ikram Benjamin melabuhkan punggungnya di bangku panjang yang ada didepan piano itu. Dia memandang Anggun Dahlia sambil tersenyum.

"Sini. Duduk dengan abang." Tempat kosong disebelah ditepuk lembut. Dengan perlahan, Anggun Dahlia duduk bersebelahan Ikram Benjamin.

Suasana tenang seketika. Tangannya diangkat perlahan. Jari-jarinya mula menyentuh pada papan kekunci piano. Jarinya mula menekan dengan lembut mengikut tempo yang ingin dimainkan. Mata terpejam dan melodi lembut mula menyapa halwa telinga mereka berdua.

Melodi Marriage d'Amoure bergema disetiap genap dewan Pula Areena,Rome. Jam ketika itu menunjukkan 12.00 malam. Setiap kunci piano ditekan dengan penuh perasaan. Setiap melodi yang dilagukan, menunjukkan tentang perasaannya pada Anggun Dahlia.

Sesekali dia mencuri pandang perempuan disebelahnya. Redup pandangan itu mampu menggetarkan jiwa Anggun Dahlia. Ikram Benjamin memejamkan matanya sekali lagi. Untuk kali yang terakhir, setiap kunci piano ditekan dengan penuh kelembutan.

Usai saja melodi itu diperdengarkan, Ikram Benjamin memusingkan sedikit badannya menghadap Anggun Dahlia. Matanya dipejam sekejap. Dia menarik nafas dalam. Kemudian, dihembus lembut. Mata dibuka semula.

"Sayang, untuk kali yang terakhir abang tanya ni. Anggun Dahlia setuju kalau abang jadikan sayang bidadari abang, dunia dan akhirat?" Matanya mula berkaca. Begitu juga Anggun Dahlia. Ada butir jernih yang mengalir membasahi pipinya.

Anggun Dahlia mengangguk kecil. Esakannya mula kedengaran. Tetapi cepat saja dia menutup mulutnya. "Emm... Dahlia..Dahlia se..setuju." Merah pipinya. "Dahlia...nak..." Ayatnya tergantung membuatkan Ikram Benjamin menjunkitkan keningnya sambil tersenyum.

"Nak apa?" Soalnya ringkas pada perempuan yang sedang teresak-esak didepannya. Dia menyeka air mata itu dengan ibu jarinya. Dia sama sekali tidak menyangka, perempuan yang keras jiwanya selama ini akan kalah dengannya. Dia tergelak kecil. Hatinya terusik dengan tangisan perempuan itu. Comel pula pada matanya.

"Dah...Dahlia...nak...jadi..bi..bidadari abang." Esakannya tidak mahu berhenti. Ikram Benjamin terus menyeka air mata perempuan itu.

"Syyyy...sayang. Abang ajak sayang kahwin aje. Tapi kenapa abang rasa macam tengah dera sayang ya? Tak malu ke nangis depan abang?" Tawanya disembunyikan.

"Abanggg!" Laju saja Anggun Dahlia menepis tangan lelaki itu. Dia menyeka air matanya dengan belajang tangan. Mukanya menahan marah.

"Hahaha. Okey...okey. Abang minta maaf." Ikram Benjamin mencapai sesuatu dibawah meja piano. Sebuah beg kertas biru dibawa keluar. Kemudian, beg itu dihulur kepada Anggun Dahlia.

"Sayang bukalah." Ujarnya ringkas.

"Err..kejap." Dengan perlahan Anggun Dahlia membuka beg kertas itu. Bibirnya mengukir senyuman.

"Kenapa abang bagi Dahlia makanan? Cincin permata tak ada ke?" Kini dia melepaskan ketawa kecil. Bekas yang ada didalam beg dikeluarkan. Ada sebungkus nasi dan sebungkus pastri.

"Sebab abang tahu sayang lapar. Kalau sayang minta cincin permata, tunggu masa sesi batalkan air sembahyang nanti." Dia kerdipkan matanya. Kemudian tawanya terlepas. Ikram Benjamin membuka penutup bekas makanan.

"Dahlia tak kisah pun kalau tak ada cincin permata. Tapi yang Dahlia kisah sampai nak marah ni, sejak bila abang buat semuanya? Hantar Veronica dekat bilik Dahlia. Lepas tu, sediakan dress. Bila Dahlia call abang tak nak layan pun! Ooo, lepas tu berani tinggalkan Dahlia dengan Veronica yang tak best tu! Lagi satu, sejak bila orang panggil abang Benjamin?" Dia meneruskan suapan ke dalam mulutnya.

"Abang minta maaf untuk hari ni. Abang bukan sengaja tinggalkan sayang. Abang kena buat itu ini. Semata-mata nak ajak sayang abang ni kahwin dengan abang. Tentang nama Benjamin tu, orang-orang orkestra saja yang panggil abang dengan nama tu." Tepi bibir perempuan itu dilap menggunakan ibu jarinya.

"Sayang, balik Malaysia nanti kita balik kampung abang ya. Abang nak bawa sayang jumpa dengan family abang. Nanti kita boleh bincang tentang kita berdua." Ikram Benjamin tersengih.

Hampir mahu tercekik Anggun Dahlia ketika itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience