35

Romance Completed 63993

"Sayang."

Dia memanggil dengan nada yang lembut.

Sudah-sudahlah menyeksa perasaan Anggun Dahlia.

"Hmm. Ya."

Anggun Dahlia cuba membalas pandangan lelaki itu.

Lelaki itu sedang merenungnya sambil tersenyum.

Ah, dia malu! Jangan senyum padanya!

"Er..A...abang nak apa call Dahlia?"

Bahang dipipi semakin terasa.

Anggun Dahlia mahu lari.

"Rindu. Abang rindukan Dahlia. Abang rindukan sayang abang."

Lembut suara itu menerobos ke gegendang telinga Anggun Dahlia.

Ikram Benjamin menahan dirinya dari tersenyum.

Dia bekukan reaksi mukanya.

Seketika suasana sepi.

Dia menunggu jawapan Anggun Dahlia.

"Hmm."

Hanya jawapan itu yang keluar dari mulut Anggun Dahlia. Kemudian, dia tersenyum kelat. Sekurang-kurangnya dia cuba untuk tersenyum. Dia cuba untuk menghormati perasaan lelaki itu.
Tetapi, susah! Dia tidak terbiasa lagi!

"Hmm aje? Dahlia tak rindukan abang?"

Anak mata perempuan itu direnung dalam. Bagaikan peerempuan itu sedang duduk dihadapannya.

Dia tersenyum.

Mata itu.

Dia tahu pandangan mata itu bermaksud Anggun Dahlia sedang menahan malu.

"Err...entah...tak tahu."

Anggun Dahlia menahan getar nafasnya.

"Abang harap sayang rindukan abang."

Suasan sepi lagi.

Mereka melayan sendiri.

"Lusa abang nak berangkat ke Belgium."

Perlahan Ikram Benjamin menuturkan ayat itu.
Dadanya mula sesak. Matanya dirasakan panas.
Pastinya dalam masa dua hari lagi dia akan rindukan perempuan itu.

Rindu yang dia sendiri tidak tahu mahu diungkapkan seperti apa.

"Ada apa?"

Ayat itu meluncur laju dari mulut Anggun Dahlia.
Air muka perempuan itu turut berubah.

Kecewakah dia?

Kecewa untuk apa? Dia sendiri tidak tahu tentang hatinya.

"Kerja,sayang. Mungkin sekejap. Atau mungkin lama."

Dia memaksa bibirnya mengukir senyuman. Sedikit demi sedikit air mata lelakinya mula menitik.

Pantas air mata itu diseka.

Anggun Dahlia masih diam.

"Abang nak minta izin boleh?"

Ikram Benjamin memandang Anggun Dahlia.

"Emm.. Apa dia?"

Nada suara perempuan itu juga menurun intonasinya.

Sedihkah dia?

"Izinkan abang untuk rindukan Dahlia. Izinkan abang untuk simpan nama Dahlia dalam hati abang. Izinkan abang bawa Dahlia ke sana walaupun realitinya Dahlia ada dekat sini."

Dia berjeda seketika.

Nafasnya ditarik tenang.

Setenang itu juga pandangan matanya untuk Anggun Dahlia.

"Boleh,sayang?"

Ikram Benjamin menyambung kata lagi. Dia masih menatap perempuan itu.

Lama dia menunggu jawapan.

Kemudian, Anggun Dahlia mengangguk perlahan. Tanpa sebarang kata. Ada air jernih menitik dipipinya.

Ikram Benjamin tersenyum.

"Syyyy...jangan menangis, sayang. Terima kasih sebab izinkan abang. Abang cuma nak sayang tahu, ke mana pun abang pergi, abang cuma mahukan Dahlia selalu ada dengan abang."

Anggun Dahlia teresak mendengar butir bicara lelaki itu. Tetapi cepat ditahan suara sedunya.

Lelaki itu selalu saja mampu melunturkan keegoannya.

Setiap patah bicaranya pasti membuat jiwa Anggun Dahlia lembut seperti kapas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience