61

Romance Completed 63993

Malam itu, usai solat Isyak berjemaah mereka meneruskan perbincangan tentang pertunangan dan pernikahan mereka berdua.

Memandangkan Anggun Dahlia tidak mempunyai saudara mara yang lain selepas kematian ibu bapanya, seluruh ahli keluarga Ikram Benjamin bersetuju untuk mengadakan majlis pertunangan dan pernikahan diadakan dalam masa satu hari saja. Pertunangan akan dilakukan disebelah pagi. Manakala, pernikahan bakal dilakukan selepas Zohor.

Jadi, mereka ada masa dua hari lagi untuk membuat persiapan majlis.

Ting!

Satu pesanan WhatsApp diterima. Anggun Dahlia membaca mesej tersebut.

Esok kita pergi cari cincin ya, sayang abang. Jam 9 pagi abang tunggu dekat kereta. - Ikram Benjamin.

Hujung bibirnya menarik senyum. Tetapi cepat saja senyuman itu dimatikan. Takut orang lain nampak dia sedang bermain telefon dalam perbincangan itu. Dengan berhati-hati mereka berbalas pesanan.

Ok. - Anggun Dahlia

Pesanan dihantar pada Ikram Benjamin.

Ting!

Tidak sampai sesaat, pesanan diterima lagi.

Pandang abang sekejap. - Ikram Benjamin

Habis membaca pesanan itu, Anggun Dahlia mencari kelibat lelaki itu. Itu dia sedang duduk disebelah Irfan. Mereka bertatapan mata. Kemudian, Anggun Dahlia dihadiahkan dengan kenyitan disertakan dengan sebuah senyuman. Ah, lelaki itu. Tidak tahu agaknya dia sedang duduk bersama keluarga. Berani betul dia bermain mata.

Gatal! Miang! - Anggun Dahlia

Pesanan yang terakhir dihantar untuk Ikram Benjamin.

Ting!

Satu pesanan diterima. Dia membaca pesanan itu dengan sengihan yang cuba disorok.

Gatal dengan sayang. - Ikram Benjamin

--------

( Sehari sebelum majlis)

Masa yang ditunggu-tunggu bakal mempelai telah pun tiba. Petang itu, ramai saudara-mara yang jauh telah kunjung tiba diteratak Mak Wan. Riuh sekampung majlis rewang dibuatnya. Ada yang bergurau-senda. Tidak kurang juga ada yang usik-mengusik bakal raja sehari.

"Kenapalah bukan aku lelaki pertama yang jumpa perempuan secantik Anggun Dahlia? Kenapa mesti kau? Sudah terang lagi bersuluh, aku lebih kacak dari kau, Ikram." Irfan menyelak rambutnya ke belakang.  Perasan betul si capang itu.

"Betul ke kamu lagi kacak dari Ikram, Irfan?" Laung Pak Man dari bangsal memasak. Yang lain turut ketawa mendengarnya.

"Hmm... itulah Pak Man sudah lama tak jumpa saya.  Macam mana nak nampak ketampanan saya? Oh, baru saya teringat! Kalau tak silap saya Pak Man ada anak perempuan kan?  Yang nombor dua.  Siapa ya namanya?" Ikram merapati Pak Man.  Sudah tentu ada agenda yang tersembunyi. Nampak benar keterujaan pada mukanya.

"Ya. Betullah.  Aina namanya.  Aina ada dirumah. Sekejap lagi datanglah dia.  Ambil daun pandan nak buat bunga rampai katanya.  Itu kerja orang perempuan.  Manalah Pak Man tahu." Pak Man menyambung tugasnya mengacau beras pulut untuk dibuat pulut kuning. Bak kata orang Kampung Morten,  pulut kuning Pak Man memang umphh!

"Pak Man, jangan melayan sangat si capang tu.  Dia tu tak lain mesti nak mengurat si Aina." Ikram Benjamin mencelah dari arah belakang. Ringan saja tangannya menampar belakang kepala Irfan. Di sedang memegang kuali kawah untuk memasak rendang daging.

"Eh, kau ni Ikram! Rasanya tak salah kalau aku nak mengeratkan hubungan kekeluargaan dengan keluarga Pak Man. Tak begitu Pak Man? Lagi pun, kalau saya jadi menantu Pak Man, Pak Man dah tak perlu risau. In Syaa Allah  harta saya lebih untuk menampung keluarga Pak Man. Saya ni tak ada kurangnya dari Ikram. Sama saja tampannya. Ehem...boleh ke Pak Man kalau saya jadi menantu Pak man?" Ujarnya tanpa segan silu. Irfan menarik senyuman sehingga ke telinga. Dasar tak tahu malu!

"Amboi! Pak Ngah, cuba tengok anak jantan Pak Ngah tu. Tak tahu malu betul gaya dia. Haha." Ikram Benjamin menekan perutnya sambil ketawa.

Pak Ngah yang mendengar dari jauh turut ketawa.  Faham benar perangai anak bujangnya itu. Terlalu berterus-terang.  Tetapi kalau niatnya betul tidak menjadi satu kesalahan. 

Aina itu pun bukan calang-calang orangnya. Dia merupakan seorang guru subjek Biologi. Kalau diikutkan tahun ini umurnya sudah 28 tahun.  Muda tiga tahun saja dari Irfan.

"Hah, itu Aina!  Panjang umurnya. Baru disebut-sebut namanya tadi." Ayat Ikram Benjamin mengundang perhatian Irfan. Sekilas 360 darjah dia memusingkan badannya.

"Mana? Mana?" Matanya melilau mencari kelibat Aina dicelah saudara-mara yang sedang berkumpul.

"Itu, tengah ambil besen dekat dapur.  Sibuk betul, kau ni.  Tak malu ke?" Ikram Benjamin menyiku pinggang sepupunya.

"Syyy! Diamlah.  Eh, nanti kau tolong cakap benda baik-baik sikit pasal aku depan Aina.  Come on, aku pun nak kahwin juga tahun ni.  Bukan kau seorang saja tau. Hehe." Matanya masih leka memerhatikan Aina.

'Ah, manisnya dia bertudung dan berbaju kurung.  Mak, ayah. . . Irfan nak kahwin!'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience