Dia mengekori Anggun Dahlia ke ruang pejabat.
Menggelegak hatinya. Apalah yang keras sangat hati perempuan ini?
Jika diikut logok akal, perempuan itu sudah layak untuk berkahwin. Umurnya hampir 30 tahun. Harta sudah ada. Kelayakan pelajaran sudah lengkap. Pekerjaan tetap pun ada. Sangat cukup!
Perempuan oh perempuan! Jadi perempuan jangan degil sangat.
"Ben. Nanti biar aku yang jumpa Mike. Kau buat kerja kau yang lain."
Akhirnya Anggun Dahlia bersuara setelah berabad lamanya Ikram Benjamin menunggu.
"Kenapa? Biar aku saja yang berbincang dengan dia. Lagipun, aku tak suka kau rapat dengan Mike. Aku tengok apek tu macam ada hati pada kau."
Terjengil mata Anggun Dahlia. Berani sungguh seorang pekerja melarang majikan.
"No way! Aku bos. Jadi apa-apa negotiation mesti atas persetujuan aku sendiri. Biar aku yang uruskan. Senang."
Mereka masih lagi bertelagah. Kalau begini caranya, sampai ke sudah tiada penamatnya. Dua-dua pihak tidak mahu mengalah.
Tok! Tok!
Pintu bilik diketuk dari luar.
Terjengul muka Brasier dipintu.
"Yes??"
Ikram Benjamin menyoal seraya mengangkat sebelah keningnya kepada Brasier.
"Apa yang kecoh sangat ni bro? Sampai ke dapur aku dengar suara kau orang. Haih! Pagi-pagi yang elok serba indah ditemani kicauan burung-burung, tolonglah jangan hancurkan mood orang lain."
Brasier bersandar dipintu sambil memeluk tubuh. Oh, bosannya kalau begini terus!
Bila mahu berdamai? Masing-masing sudah matang. Tetapi macam anak-anak tadika.
"Shut up!!"
Ikram Benjamin dan Anggun Dahlia bersuara serentak.
Mereka berpandangan sesama sendiri. Suasana senyap.
"Err... Woo,woo! Relaxlah. Bos, bos kan perempuan. Cuba mengalah sikit. Tak elok perempuan perangai macam tu. Ok, macam ni. Sekarang apa yang boleh saya bantu abang dan kakak berdua? Adik sedia membantu."
Tangannya diletakkan didada tanda hormat.
Tetapi yang ada hanyalah jelingan tajam dari mereka berdua.
"Uish?! Hahaha. Okeylah kalau macam tu. Tak nak dibantu tak apa. Saya ke dapur dulu."
Brasier menarik pintu.
"Brasier, nanti!"
Brasier berhenti melangkah. Dia menoleh ke belakang.
Ikram Benjamin berjalan ke arahnya.
"Aku nak kau yang jumpa dengan Mike."
Arahan dikeluarkan tanpa sebarang notis 24 jam.
Maka, Brasier menayang muka terpinga-pinga.
"Mike? Mike tu siapa?"
Keningnya ternaik meminta kepastian.
"Wait! Kenapa nak suruh Brasier pula?!"
Anggun Dahlia mencelah dengan muka tegang.
"Hah?! Mike tu siapa? Apasal macam nama tikus aje?"
Ikram Benjamin menjulingkan mata ke atas. Menyampah dengan tahap kebodohan Brasier.
"Mike tu partnership baru kita dari Sabah. Mouse tu tikus. Faham? Ugh!!"
Jelasnya geram. Leher lelaki itu sudah dicengkamnya.
"Ah, tak naklah aku! Aku mana tahu kau orang deal apa dengan dia!"
Anggun Dahlia menahan geram. Suka-suka saja lelaki itu membuat keputusan tanpa arahannya.
"Sekarang ni siapa yang bos??"
Anggun Dahlia memainkan keningnya.
"Ah, apa-apa ajelah! Keputusan aku muktamad! Brasier yang akan deal dengan Mike. At least kita kena ajar dia juga selok-belok kafe ni kalau kita berdua ada urusan diluar."
Yang lain terdiam mendengar penjelasan Ikram Benjamin.
Ada betulnya juga apa yang dikatakan lelaki itu.
"Ok. Kalau macam tu, aku izinkan Brasier untuk deal dengan Mike. TAPI...kau yang kena ajar dia tentang perbincangan kita tempoh hari."
Dia menuding jari ke arah Ikram Benjamin.
Puas hatinya.
Dia tersenyum mengejek.
"Aishhh! Saya tahu bonus saya naik bulan ni ya, bos."
Dia tersengih pada Anggun Dahlia.
"What...ever!"
Jawab perempuan itu sambil melangkah ke mejanya semula.
Share this novel