30

Romance Completed 63993

"Err...manalah tahu!"

Jawapan itu membuatkan Ikram Benjamin ketawa besar.

"Hahahahaha. Ada pula tak tahu jawapan dia. Fikirlah. Cepat. Abang tunggu ni."

Anggun Dahlia sudah mengepal penumbuknya.

"Err...panggil..."

Dadanya berdegup kencang.

Lama dia memikirkan jawapan yang sesuai.

Takkan dia harus memanggil lelaki itu dengan panggilan abang?

Ish,jangan buat malu Anggun Dahlia. Mana pernah dia panggil lelaki yang lebih tua darinya dengan panggilan abang.

Paling tidak pun dia hanya memanggil 'awak' saja.

"Abang."

Sepatah ayat itu meniti dibibir Ikram Benjamin sambil tersenyum.

"Ha?"

Anggun Dahlia menelan liur.

"Hmm. Panggil 'abang'. Cepat."

Dia semakin rapat dengan perempuan itu.

Anggun Dahlia terkejut dengan reaksi Ikram Benjamin yang semakin rapat dengannya.

Dia menginjak sedikit ke belakang.

"Ha...ok..ok. A...aaa...err...abang."

Akhirnya terlepas juga perkataan azimat itu dari mulutnya.

Malu!

Ikram Benjamin pula semakin lebar senyumannya. Puas hati!

"Satu hari nanti kalau abang ajak Dahlia kahwin dengan abang, nak tak?"

Mata dikenyitkan buat Anggun Dahlia. Pakej dengan sebuah senyuman menggoda.

Akibatnya, merona merah pipi perempuan itu dibuatnya.

"Tak nak!"

Pantas jawapan itu diberikan. Bagaikan peluru.

Ikram Benjamin tergelak.

Dia hanya memerhati Anggun Dahlia yang sedang berlari menuju ke tingkat atas meninggalkan dia bersendirian.

Yang seorang mabuk dilamun cinta. Yang lagi seorang pula masih tidak mahu mengaku bahawa hati itu sudah terpaut.

Masalah betul mereka berdua ini.

Bzz!

Telefon bimbitnya bergetar menandakan ada satu pesanan diterima.

Dia mencapai telefon yang berada diatas meja.

Aplikasi WhatsApp dibuka.

Satu pesanan daripada Loius, setiausahanya di Manoary.Co.

'Bos, minggu ini you kena masuk office. Ada hal yang kita kena uruskan. See you tomorrow morning. Got to go!'

Begitulah pesanan Louis.

Dia mengeluh.

Dahinya digaru.

Nampaknya minggu itu dia harus berjauhan lagi dengan Anggun Dahlia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience