12

Romance Completed 63993

"Bos! Aku culik kau untuk 3 jam dari sekarang." Jam tangan dikerling. 10 pagi. Masih awal. Sesekali tangannya menari diatas skrin telefon.

"Hah?! Kau jangan macam-macam, Ben! Kau...kau nak bawa aku pergi mana sekarang? Hei, aku ada banyak lagi kerja yang aku kena selesaikan hari ni, tahu tak?" Intonasi suaranya meninggi. Geramnya rasa. Berani pula pekerja menculik majikan.

"Syyy. Bos ikut saja. Aku bukan nak buat benda tak elok pun dekat kau. Bertenang." Dia menyambung semula pemanduannya. Kereta memasuki lane kanan.

"Tak..." Belum sempat Anggun Dahlia menjawab, kereta dipecut laju.

"Ikram Benjamin bin Ikram Hadi! Perlahan sikit! Aku tak nak mati dulu!" Kali ini suaranya memetir seperti guruh dilangit. Berdesing rongga pendengaran lelaki itu.

Manik-manik peluh mula membasahi tapak tangannya.

"Sorry. Tapi aku nak cepat. Baca doa! In case, terjadi benda buruk nanti. Tak adalah kau mati dalam sia-sia." Dia menarik sengih nakal. Stereng digenggam kemas.

Anggun Dahlia sedang terkumat-kamit membaca sesuatu. Sambil matanya terpejam rapat dan kedua-dua tangannya memeluk erat tali pinggang.

"Ikram Benjamin! Kalau aku buka mata, tiba-tiba aku ada atas katil hospital dengan berbandage. . . aku pecat kau!!!" Dia tidak mahu melihat ke luar. Berpinar matanya.

"Ingatkan orang keras kepala macam kau tak takut mati." Malas dia mahu melayan Anggun Dahlia. Terlepas sedikit tawanya.

"Aku tak takut mati. Aku takut tak sempat kahwin nanti!" Nafasnya turun naik menahan debaran. Bagai mahu terbang kereta yang dipandu lelaki itu.

"Kalau macam itu, kau kahwin saja dengan aku. Nak?" Ikram Benjamin menyimpul senyum.

"Ikram Benjamin!!!" Jeritannya kali ini memenuhi ruamg kereta.

Ikram Benjamin terus memecut sehingga 140 kilometer.

-----------
Mansory Empire - 10.15 pagi.

Dia mengatur langkah dengan tenang memasuki ke ruang legar bangunan berkaca itu. Tangan kanannya dimasukkan ke dalam poket seluar. Langkahnya diikuti oleh Anggun Dahlia dari belakang.

Nampak kekok pandangannya pada tempat itu. Mengapa agaknya dia membawanya ke sini?

"Louis, pass me the black file. Mansory document. Faster!" Muncul seorang jejaka muda yang berpakaian kemas tunduk kepadanya.

"Alright." Lelaki yang bernama Louis terus bergegas ke lif. Dia hanya memerhati dari jauh.
Ikram Benjamin bersandar dikaunter. Kakitangan yang lain sedang sibuk menyempurnakan tugas masing-masing.

Ruang besar yang mempamerkan pelbagai model kereta agak padat ketika itu. Rata-ratanya model kereta itu sama. Mansory. Mansory merupakan sebuah jenama dibawah Mercedec Benz.

Hari itu pula adalah hari minggu. Hari gaji. Jadi, ramailah manusia yang berpusu-pusu mengejar apa yang diidamkan selama ini.

Dia mermerhati Anggun Dahlia yang ralit dengan tablet dan telefon bimbitnya.

"Captain, nah!" Louis menghulur satu fail hitam kepada ketuanya.

"Thanks." Ikram Benjamin menyambut huluran itu.

"Captain tak rasa ke company US menipu kita?" Dia memeluk tubuh. Menanti jawapan dari ketuanya.

Automatik Ikram Benjamin berhenti menyelak helaian seterusnya.

"Yalah! Mungkin dia orang nak main harga lebih tinggi dengan kita." Louis masih lagi dengan firasatnya.

Ikram Benjamin melepaskan tawa.

"Hahaha. Nonsense! Kau lupa ke aku siapa?" Kening dijungkit naik.

"So? Macam mana sekarang ni?" Dia menggaru-garu kepalanya. Serabut.

"Hm, macam mana apa? Kau jangan risaulah. Semuanya aku dah selesaikan." Dia tersengih bangga. Dagu Louis dicuit nakal.

"Hah? Since when?" Bagai tidak percaya pula dia. Setahunya dia baru saja menyerahkan dokumen hitam itu untuk ketuanya teliti.

"Earlier. Three minutes past. Before you come down and it's already set! Simple as always."

Fail hitam diserahkan kepada Louis.

"Hahaha. Wow! Bravo,captain!" Lega hatinya. Jadi tiada pelanggan yang akan lari pada hari itu.

"Thanks." Dia tersenyum bangga.

"Ah. Then, why you asking me to pass this file?" Mulutnya memuncung ke arah dokumen hitam itu.

Ikram Benjamin mencengkam kemas bahu Louis. Nafasnya ditarik dan . . .

"Saja. Nak bagi kau bertambah kerja. Lagipun, aku rasa berat badan kau makin naik bulan ni. Heh! Ok. Aku gerak dulu. Jaga bussines aku elok-elok. Nanti ada masalah lagi, bagi tahu aku."

Sempat dia mengenyit mata kepada pemuda itu.

Gelaknya terhambur dibelakang Louis. Jatuh rahang Louis. Nampaknya dia sudah terkena!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience