43

Romance Completed 63993

Pagi itu, Anggun Dahlia membuat keputusan untuk berjalan-jalan disekitar bandar Malta.
Jalan raya mula dibanjiri dengan kenderaan.

Anggun Dahlia membawa kakinya ke satu lorong kecil. Lorong itu terletak dicelahan bangunan-bangunan lama. Disetiap dinding terdapat pelbagai lukisan mural.

Kedai-kedai juga mula dibuka. Fikirannya menerawang tentang kejadian malam tadi.

Apabila dikenang muka lelaki itu membuatkan dia naik meluat. Benci!

Suka mengambil kesempatan!

Matanya menangkap sebuah kiosk kecil yang menjual gula-gula kapas. Hatinya tertarik dengan cara pembuatannya.

Dia menghampiri kiosk itu.

"Hello, how much do you want?"

Si penjual bertanya kepada Anggun Dahlia.

Senyap. Entah ke mana fikirannya sekarang. Kacau bilau.

"Hello! Miss, are you ok?"

Penjual itu melambai-lambaikan tangan dihadapan muka Anggun Dahlia.

Dia tersedar.

"Huh? Sorry. One, please!"

Dia memecit dahinya.

"Here, beautiful lady."

Ujar penjual itu sambil tersenyum.

Duit dihulur. Gula-gula kapas bertukar tangan.

Dia berjalan sambil menayangkan gula-gula kapas bewarna biru itu dihadapan mukanya.

Gula-gula kapas yang besar itu bergoyang apabila ditiup angin Malta.

Dengan jiwa yang kosong, gula-gula kapas itu disumbat ke dalam mulutnya.

Bzzz!

Telefon bimbitnya berbunyi. Dia tahu gerangan yang sedang membuat panggilan itu.

Nafas dihela berat.

Tangannya menyeluk poket. Dia membuka satu pesanan dari WhatsApp.

Where the hell are you?! Tolong angkat call abang sekarang! -Ikram Benjamin

Malas dia mahu membalas pesanan itu. Dia menyambung kembali menyuap gula-gula kapas.

Bzzz!

Panggilan tidak dijawab.

Ting!

Tidak lama kemudian satu lagi pesanan WhatsApp diterima.

Dia menyeluk poket dan mengeluarkan telefonnya.

Pesanan itu dibaca.

Dahlia dekat mana? Dah balik Malaysia ke? Tolonglah, jangan buat abang risau. Abang minta maaf tentang malam tadi. Abang tak sengaja. Abang betul-betul minta maaf! -Ikram Benjamin

Dia mencebik.

Kakinya berhenti dilaluan pejalan kaki. Dia mahu melintas ke bangunan seberang. Sepertinya ada kedai pastri disitu. Perutnya lapar.

Dia beratur dicelahan orang disitu. Lampu hijau untuk pejalan kaki menyala. Anggun Dahlia membuka langkah.

Matanyanya melilau melihat sekeliling. Sedang elok dia berasak melintasi jalan, matanya menangkap satu figura. Dia mengecilkan matanya.

Setelah pasti dengan apa yang dilihatnya, matanya membulat.

Ikram Benjamin!

Cepat saja dia sembunyi dicelahan pejalan kaki. Seboleh-bolehnya dia menunduk untuk mengelak dari bertembung dengan manusia itu.

"Ishh, cepatlah sikit!"

Dia menggesa dirinya agar berjalan cepat.

--------------

Dari hujung jalan, matanya menangkap sesuatu yang pelik. Ada gula-gula kapas besar sedang ditiup angin.

Lantas dia merenung ke arah itu. Tidak lama kemudian, bibirnya mengukir senyuman.

"Sayang."

Cepat saja kakinya melangkah bersama pejalan kaki yang lain. Dia cuba untuk mengejar perempuan itu

Dia semakin menghampiri Anggun Dahlia. Tiba dipertengahan jalan, dia menarik Anggun Dahlia didalam kesesakan manusia yang sedang melintas.

Tangan Anggun Dahlia ditarik mengikutnya.

Terpinga-pinga Anggun Dahlia apabila lelaki itu yang sedang menariknya.

'Macam mana dia boleh nampak aku?! Aish!'

Tiba dibahu jalan, Ikram Benjamin melepaskan pegangan tangannya.

Share this novel

akma luhan83
2020-04-15 13:28:30 

best


NovelPlus Premium

The best ads free experience