24

Romance Completed 63993

"Ya. Tahu. Ikram Benjamin lelaki yang pernah jadi butler Anggun Dahlia sejak empat tahun lepas. Tapi dia tu siapa? Hmm?"

Dia menyimpan senyum. Suka mengusik perempuan dihadapannya. Dia suka melihat muka itu memerah. Menunduk malu. Pandangan mata juga dielak.

"Malaslah nak jawab!"

Anggun Dahlia menekur lantai.

Tidak mahu menatap mata lelaki itu.

Takut nanti hatinya menjadi tamak mahukan kasih lelaki itu.

Hanya aturan nafas mengisi ruang antara mereka.

Ikram Benjamin masih lagi diposisi yang sama.

Setiap lirikan mata menjamah raut manis Anggun Dahlia.

Orang kalau sudah angau, pandang muka pun boleh tersenyum sehingga tercabut gigi.

"Okey. Kalau malas nak jawab, kita main tenung mata ajelah macam ni."

Bibirnya menguntum senyum. Pandangan mata yang redup semakin membuatkan dada Anggun Dahlia sesak.

"Tak nak!"

Suaranya ditekan.

"Tak nak apa?"

Ikram Benjamin bermain kata.

"Tak nak kau pandang aku macam tu. Gila!"

Dia menggigit bibir. Gugupnya dia rasa.

Lelaki ini pula satu hal. Nanti kalau sudah kena hempuk dengannya, baru waras semula agaknya.

"Tapi abang nak pandang Dahlia."

Selama lima minit berlalu, dia masih memandang Anggun Dahlia.

"Berapa lama lagi kau nak tenung aku?"

Air liur ditelan perit.

Mengada betul lelaki itu. Dasar tak tahu malu main tenung-tenung anak dara orang. Tak malunya!

"Sampai Dahlia buka hati Dahlia tu untuk abang."

Akhirnya pandangan itu dilepaskan juga. Ikram Benjamin mengeluh kasar.

Kena juga perempuan itu nanti dengannya.

"Kenapa tak nak pandang mata abang, sayang? Hmm?"

Mukanya dirapatkan dengan Anggun Dahlia. Dia juga mahu perempuan itu rasa apa itu erti menahan perasaan. Seksa!

"Sebab aku tak suka kau!"

Dia menjarakkan sedikit tubuhnya dari lelaki itu.

"Tak suka tapi demam rindukan abang? Sampai terluka jari masa memasak? Sampai skip waktu makan?"

Desah nafas Ikram Benjamin terasa disegenap kulit mukanya.

Dia mahu pengsan. Tolonglah, sesiapa yang mendengar luahan hati Anggun Dahlia.

"Bila masa pula aku rindu kau? Perasan!"

Ikram Benjamin mencari anak mata Anggun Dahlia

"Sejak abang pergi ke Perancis hari tu. Sejak abang panggil sayang dengan panggilan Dahlia. Sejak hati abang mula sukakan Dahlia. Sejak empat tahun lepas. Tapi Dahlia tak pernah ambil tahu tentang abang. Tentang semua tu." Suaranya jelas disebelah telinga Anggun Dahlia.

Ketika itu, dadanya turut berdebar sama.

Mungkin kerana perempuan itu.

Mungkin juga kerana dia dekat dengan tubuh itu.

Atau mungkin juga memang betul dia sudah gila bayang dengan Anggun Dahlia.

Dia semakin merapati dengan perempuan itu.

Sehingga bahang pipi Anggun Dahlia dapat dirasainya.

Tetapi perempuan itu masih bungkam.

Selama dia ditanah Perancis, bagai nak gila hari-harinya tanpa Anggun Dahlia.

Setiap masa benaknya dipenuhi dengan nama perempuan itu.

Apakah perempuan itu sudah tidur?

Makankah dia hari itu?

Sibuk sangat ke dia?

Matanya memandang tepat pada bibir merah milik perempuan itu.

Bibir itu.

Jarinya menjalar dipermukaan bibir lembut Anggun Dahlia.

Dia berhenti seketika. Kemudian dia menggigit bibirnya sendiri. Dia geram!

Jika diikutkan nafsu mahu saja dia....

"Ben!"

Tubuh lelaki itu ditolak kasar.

Menyebabkan lelaki itu tersandar disofa.

Ikram Benjamin sedar khilafnya.

Dia keterlaluan dalam memujuk hatinya.

"Abang...abang minta maaf."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience