20

Romance Completed 63993

Anggun Dahlia rebah disofa. Matanya merenung siling.

"Arghhhh!! Ikram Benjamin!!"

Mukanya ditekup dengan bantal kecil. Dia malu!

Tidak tahu mana lagi tempat yang sesuai mahu disorok mukanya.

Macam mana agaknya nanti dirinya jika lelaki itu balik ke sini?

Apa agaknya yang mereka akan bualkan selepas kejadian tadi?

"Ini semua salah kau, Ikram Benjamin!"

Bantal kecil itu digigit geram.

"Aku tak suka! Aku malu! Kau tahu tak?!"

Tidak cukup itu, bantal kecil itu ditumbuk kasar.

"Arghhh!!!"

Akhirnya, tamatlah riwayat bantal kecil dipegangannya. Habis berterabur kapas kekabu yang selama ini memenuhi isi bantal itu.

Bantal yang koyak direnung kosong. Dia cuba memejamkan mata seketika. Membuang rasa didada. Sesak!

--------
Nice, France – 10 pagi

"Kenapa susah sangat Dahlia nak faham abang?"

Dia menyandarkan tubuhnya dibalkoni hotel itu. Keindahan bandar Nice sedikit pun tidak mampu melunturkan masalahnya sekarang.

Dia rindukan perempuannya. Jika dengan ungkapan susah untuk dia percaya, apa lagi cara yang harus dia buktikan?

"Ya Rabb! Aku minta pada kau, tolonglah ringankan ujian untuk aku."

Mukanya diraup. Fikirannya serabut.

Seksa jiwanya duduk dinegara orang dalam jangka masa yang lama. Jika tidak dikenangkan tugasnya, mungkin sudah lama dia mengangkat kaki.

Aplikasi Whatsapp dibuka. Menaip sesuatu.

Assalamualaikum. Anggun Dahlia. Abang minta maaf untuk hari ni. Abang cuma nak sayang abang tahu perasaan yang abang rasa sekarang. Tipulah kalau abang cakap, selama empat tahun bekerja dengan sayang, abang tak ada perasaan pada sayang. Setiap hari pandang sayang. Setiap hari kita berbual. Masa sayang susah, abang ada dengan sayang. Abang minta maaf sebab tak dapat tolak perasaan abang pada sayang. Abang minta maaf sebab jatuh sayang pada Anggun Dahlia. Terpulang pada sayang. Abang takkan paksa sayang untuk terima abang. Jaga diri sayang untuk abang. Kalau sakit kepala, jangan skip makan ubat. Jangan stress sangat buat kerja. Sayang jangan risau. Harta abang lebih dari cukup untuk masa depan sayang. Jaga diri sayang untuk abang. Bye, cinta hati abang.

Air mata yang mengalir cepat diseka. Malas dia mahu berlama-lama melayan perasaan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience