Majlis pertunangan mereka telah selesai pagi tadi. Hanya dua jam saja lagi sebelum majlis pernikahan mereka berlangsung. Dalam masa dua jam itu juga, status mereka bakal bertukar. Kehidupan mereka juga akan berubah 360 darjah.
Semuanya bakal dikongsi bersama.
"Dahlia, kenapa muram saja ni? You nak kahwin sekejap lagi. Cerialah sikit." Anggun Dahlia sedang dihias dengan veil.
"Err...I ... I nervous. Lepas ni, I akan jadi isteri orang. Rasa macam tak percaya. Sepatutnya, waktu macam ni mak dan abah I ada dekat sini. Tapi...I..." Air matanya deras mengalir. Dia mula tersedu-sedu.
"Heyy! Alaa, habislah rosak make up I! Sudahlah. Jangan sedih. You anggap saja jodoh you datang awal ya. Sekarang cuba tarik nafas, kemudian hembus perlahan. Relax, okey! You stay still. I touch up semula make up you." Perempuan muda itu membetulkan semula solekannya tadi. Pipi Anggun Dahlia ditekap lembut dengan tisu.
"So...sorry, Dee! I cuma....cuma rindu mak dan abah." Nafasnya diatur semula. Anggun Dahlia cuba untuk fokus pada majlisnya sekejap lagi.
---------
Majlis akad nikah telah selamat berlangsung. Kini masanya untuk sesi membatalkan air sembahyang.
Ikram Benjamin melangkah ke arah Anggun Dahlia yang sedang duduk bersimpuh. Dia melutut didepan perempuan itu. Matanya terpegun melihat Anggun Dahlia dengan busana yang dipakainya. Rentak jantungnya turut menggila. Nafas diatur perlahan supaya dapat bertenang.
"Assalamualaikum, bidadari abang."
Dia memegang lembut tangan Anggun Dahlia. Tangan itu menggeletar ketika dipegang. Sejuk bak ais ketul. Ikram Benjamin menyimpul senyuman. Kemudian anak mata Anggun Dahlia ditatap lembut. Mereka saling bertatapan. Tetapi perempuan itu mengelak dari terus dipandang membuatkan Ikram Benjamin tersenyum sendiri.
"Wa..err..walaikumsalam." Anggun Dahlia cuba untuk menarik senyum, tetapi kekok pula rasanya. Banyak mata yang memandang mereka.
"Cantik." Ikram Benjamin menyimpul senyum sambil memakaikan seutas gelang ditangan kanan Anggun Dahlia.
"Ha?" Anggun Dahlia memandang Ikram Benjamin. Kemudian, pandangan dialih ke tempat lain. Dia malu! Tolonglah, cepat sedikit majlis itu selesai. Dia sudah tidak sanggup untuk menjadi mangsa renungan tajam Ikram Benjamin.
"Abang cakap...bidadari abang cantik. Sayang baru turun dari kayangan ke?" Lembut suaranya disebelah telinga Anggun Dahlia. Dia terus menatap muka yang sedang merah menahan malu didepannya.
"Amboi, tersipu malu pula pengantin kita hari ni!" Mak Nah jiran berhadapan rumah Mak Wan mencelah dengan usikannya.
"Yalah, Nah oi! Pengantin baru masih dalam fasa malu-malu. Kita ni pengantin lama yang tak tahu malu. Haha." Ujar Cik Siti, jiran sekampung Mak Wan. Tetamu yang lain turut sama mengusik. Naik rimas Anggun Dahlia ketika itu.
"Haa, pengantin! Rapatlah sikit. Baru nampak manis-manis gitu!" Jurugambar memberi arahan dengan gaya tangannya yang lembut.
Ikram Benjamin cuba merapati Anggun Dahlia. Belakang pinggang perempuan itu ditarik mendekati tubuhnya. Tubuh mereka bersentuhan. Automatik saja Anggun Dahlia menjadi kaku seperti kayu.
"Hmmm...kan manis begitu. Tapi...I tak puas hatilah! Apa kata pengantin lelaki pegang dagu pengantin perempuan? Mesti lagi divas gambar you all nanti. Sampai ke anak cucu!" Arahan jurugambar itu membuatkan Anggun Dahlia mahu menumbuk lelaki itu. Geram hatinya. Sudahlah panas. Harus menanggung malu pula. Makcik-makcik jiran itu pula lain halnya. Kepoh!
"Sayang. Hey...pandang abang." Ikram Benjamin memegang dagu Anggun Dahlia. Tetapi nampaknya perempuan itu sedaya upaya mengeraskan badannya. Ikram Benjamin menahan dirinya dari tersenyum. Lalu, idea nakalnya menjengah tiba dikotak fikirannya.
"Hmm, kalau sayang tak nak pandang abang sekarang malam nanti sayang kena pandang abang lama-lama. Sebilik pula tu. Macam-macam abang boleh buat nanti. Pilihlah sayang nak yang mana satu?" Keningnya dimainkan nakal. Bibirnya juga menarik sengih kemenangan.
"Tak nak. Malu. Ramai orang tengok kita." Anggun Dahlia memandang tepat ke arah Ikram Benjamin. Matanya mencuri pandang lelaki itu.
"Tak apalah. Kalau tak nak malu, sayang pandang abang. Jadi, sayang takkan nampak orang lain, selain abang dimata sayang." Ikram Benjamin menyimpul senyum. Dalam hatinya sudah mahu tergelak mendengar ayatnya sendiri.
Kulit muka Anggun Dahlia bagaikan terbakar dengan kata-kata itu. Ah, tolonglah jangan bikin dirinya semakin gila dengan kata-kata manis itu!
"Awww! Manisnya macam tu. I sukalah! Confirm meletup tup tup gambar kahwin you tau. Trust me, okey?" Komen juru gambar pula menambah rasa malu Anggun Dahlia.
Share this novel