"Bos,kita nak ke mana lepas ni?" Jari telunjuk menekan punat 'start'. Enjin kereta dihidupkan. Bebola mata bewarna olive tertancap fokus pada figura disebelahnya.
'Fokusnya, sampai aku tanya pun tak dengar.' Getus Ikram Benjamin.
"Anggun Dahlia!" Panggilnya sekali lagi.
Ada sedikit reaksi yang diberikan. Figura tersebut menoleh ke arahnya. Tegang reaksi mukanya. Keningnya terangkat sebelah.
"Yes?" Matanya pula fokus ke arah Ikram Benjamin. Lelaki berdarah campuran Melayu Brunei-Ireland itu butlernya. Ya. Butler,bodyguard,orang kuat,pembantu peribadi, orang kanan, dan seangkatan dengannya. Dia Ikram Benjamin. Orang kanan Anggun Dahlia.
"Kau tanya apa tadi,Ikram?" Hujung bibirnya melorek senyuman sinis.
"Siapa Ikram? Panggil aku Ben!" Tajam matanya menjeling perempuan itu.
"Okey. Ikram Benjamin tanya apa tadi? Aku tak dengar." Mimik mukanya ditahan serius. Takut juga jika tawanya terhambur,habis dia mendapat sebiji penumbuk nanti. Naiya saja!
"Bos nak pergi ke mana sekarang ni? Dah 15 minit kita tak gerak lagi." Matanya dilarikan disekitar luar kereta.
"Turun JB petang ni." Ringkas dan padat jawapan Anggun Dahlia. Matanya difokuskan semula ke arah skrin tablet ditangan kiri. Rancak jarinya menari diatas skrin kaca. Sesekali hujung jari telunjuknya memicit dahi.
Kereta mula keluar dari kawasan parking. Ikram Benjamin yang berada disebelah hanya menjadi pemerhati kepada setiap gerak geri bosnya. Keningnya terangkat sedikit.
"Kau kenapa bos? Migraine lagi ke? Nak aku singgah farmasi?"
Kereta mula memasuki kawasan jalan raya. Jalan tidak terlalu sesak. Hari cuti mungkin. Senanglah kerja dia,tidak perlu menambah dosa yang ada dengan memaki hamun dan mencarut terhadap pengguna jalan raya. Mahu tidaknya Ikram Benjamin mencarut? Siapalah yang tidak naik angin jika ada sesetengah pemandu yang bersenang-lenang memandu bagaikan menikmati angin bayu ditemani pancaran matahari yang cukup indah. Sedangkan kereta dibelakang sudah berderet panjang mahu sampai ke destinasi.
"No need!" Jawabnya ringkas.
"Ok,then." Nafas dihela malas. Malas mahu bertekak dengan perempuan seorang ini.
"Balik kafe dulu. Tengok budak-budak. Aku tak mahu terbalik kafe aku nanti."
Ikram Benjamin mengangguk kecil.
Share this novel
up
Kalau ya pun suka, janganlah sampai komen 3 kali Nasuha. Hahahaha. Ini betul2 suka. Hi. Ok Sy gurau lagi.
Terima kasihhhh Nasuha. Kita pun suka awak sebab awak Suka baca novel kita. Hahaha. Taklah. Gurau je.