Malam itu Ikram Benjamin sibuk dengan kerjanya. Banyak perkara yang perlu diselesaikan.
Kadang-kala dia membalas e-mail. Kemudian, dia akan menyemak rekod jualan kereta untuk setiap bulan.
Dua hari lagi dia akan berangkat ke Belgium. Dia mahu perniagaannya mempunyai usaha sama dengan pihak luar. Jadi, senanglah dia nanti jika mahu membawa masuk kereta-kereta baru. Semua prosedur telah tersedia rapi.
Kepala kusut. Rambutnya diramas kasar. Lehernya juga berasa sengal dan lenguh. Dia mengurut perlahan lehernya.
Mata dipejam. Sambil itu, telinganya melayan melodi kumpulan Scrubb.
"Haihh!"
Dia mengeluh panjang.
Tangannya mencapai tablet. Aplikasi Skype dibuka.
Dia tersenyum. Sudah lama rasanya dia tidak menggunakan aplikasi itu untuk membuat panggilan video.
Dunia semakin maju. Jadi yang lama bakal ketinggalan dibelakang.
Dia mencari nama Anggun Dahlia disenarai panggilan.
Nama itu ditekan. Menunggu untuk dijawab.
Tut tut!
Tut tut!
Tett!
Dahinya berkerut.
"Eh, berani dia reject aku?"
Dia membetulkan duduknya.
Tak mungkin perempuan itu sudah tidur. Jam baru menunjukkan angka 10.30 malam.
Perempuan itu mana tahu waktu tidur awal.
Panggilan dibuat sekali lagi.
Tut tut!
"Ha? Nak apa ni?"
Panggilannya dijawab. Tanpa sempat Ikram Benjamin memberi salam. Dia sudah disergah.
Kemudian dia tersenyum.
"Assalamualaikum,sayang abang."
Senyumnya dimaniskan.
Hatinya berbunga bahagia.
Dia rindu. Rindu akan perempuannya.
"Walaikumsalam. Aa...abang...err. abang nak apa?"
Bagai mahu tersimpul lidahnya menyebut perkataan 'abang' itu.
Tetapi lain pula pada pandangan Ikram Benjamin. Dia suka melihat reaksi gugup perempuan itu.
Ah, sudah lama dia tidak mengusik hati perempuan itu.
Lantas, timbul idea nakalnya. Dia tersengih.
"Apa dia? Sayang panggil apa? Abang tak dengar."
Romantik. Suaranya dilembutkan semaksima mungkin. Mahu cair tahi telinga jika perempuan lain mendengarnya.
Dia menarik senyuman manis.
"Apa? Panggil apa?"
Anggun Dahlia melarikan pandangan matanya. Dia tidak mahu menatap mata lelaki itu.
Dia rasa...dia rasakan bahawa pandangan itu...entahlah. Dia tidak suka. Dia tahu lelaki itu gemar mengusiknya sejak kebelakangan ini.
"Abang tanya, sayang panggil abang apa tadi?"
Ujarnya. Pandangan mata juga diredupkan.
"Err..panggil...a...bang."
Sesak nafasnya.
Dalam diam lelaki itu menyimpul senyum sambil mengangguk kecil.
"Pandanglah mata abang. Cepat."
Dari skrin itu, Anggun Dahlia cuba menahan matanya agar terus menatap lelaki itu. Tetapi dia kalah. Terus saja dia memandang ke tempat lain.
Ikram Benjamin ketawa sendiri.
"Kenapa tak nak pandang mata abang ni? Hmm sayang?"
Dia menggigit bibir sambil tersenyum.
Share this novel