"Wait! Hold on! Apa benda ni?!"
Sedikit meninggi suaranya. Tetapi masih lagi boleh dikawal perlahan.
Ikram Benjamin yang ketika itu sedang fokus meneliti data pada sistem cashflow, terhenti seketika kerjanya.
Matanya diarahkan ke arah dua orang manusia itu.
"Mula dah ni."
Laju saja dia mengangkat punggung dari duduknya.
Kakinya diatur kemas melangkah ke arah dua batang tubuh itu.
Sambil berjalan, tangan kanannya dimasukkan ke dalam poket seluar jeans.
"Bos?"
Keningnya diangkat. Ingin meminta kepastian.
"Kau tengok ni!"
Ikram Benjamin menyambut huluran itu.
Buku menu dicapai.
Matanya meneliti satu-persatu senarai itu.
Ya! Rasanya dia dapat mengagak masalah yang sedang berlaku.
Buku menu diletak elok diatas meja.
"Boss, let me handle this. I think you should take a rest for a moment. Don't pressure too much."
Pujukan lembut itu menembusi gegendang telinga Anggun Dahlia. Dia diam. Perempuan itu masih berfikir.
"I put my trust on you, my butler!" Dia menghela nafas berat.
Lalu, dia terpaksa mengangkat kaki dari situ. Longlai langkahnya meninggalkan mereka.
Dia duduk dibangku kaunter. Kepalanya dilentokkan diatas meja. Semakin sengal urat-urat pinggangya.
Tangannya mengurut pinggang belakang. Letih!
Tidak lama kemudian, muncul seseorang disisinya.
Ada kerutan didahi itu.
"Boss? Are you alright?"
Suara itu. . . Ikram Benjamin.
"Huh? Oh. . . Ben! Everything is alright? Dah selesai hal tadi?"
Mukanya berkerut menahan sakit.
"Yeah, everything going smoothly."
"Em. . . Thanks!"
Dia kembali melentokan kepalanya dimeja.
'Bila agaknya nak hilang sakit ni?'
Seketika itu,hilang sekejap suara Ikram Benjamin.
Dia kembali mengurut belakang pinggangnya.
"Bos."
Panggilan pertama tidak dijawab.
"Bos!"
Panggilan kedua masih juga diam.
Dia mendekatkan mukanya disebelah telinga Anggun Dahlia.
Dia tersengih. Rasanya panggilan yang satu ini akan diingat Anggun Dahlia sampai bila-bila.
"Sayang."
Ada sesikit pergerakan kecil oleh perempuan itu
Lontaran suara serak basah itu nampaknya mampu menggerakkan Anggun Dahlia.
Panggilan terakhir, baru nampak reaksi.
'Oh,nak kena panggil sayang baru kau nak bangun ya?'
Dia tersengih sinis.
Anggun Dahlia mengangkat perlahan kepalanya. Tudungnya dibetulkan.
'Selekeh tak aku?'
"Eh? Kau . . . sejak bila berdiri dekat sini?"
Terhinjut sedikit bahu Anggun Dahlia apabila menyedari susuk tubuh manusia tegak berdiri disebelahnya.
"Dari tadi. Bos tidur. Aku datang nak kejutkan bos. Dah siap semuanya. Jom balik."
Jawapan penuh. Full mark untuk Ikram Benjamin!
"Emm."
"Nampak macam teruk sakit kau tu? Kalau tak larat nak berjalan, aku buat emergency call sekarang. Boleh naik ambulans pergi hospital."
Kunci kereta diseluk dari kocek seluar.
Terus 360 darjah Anggun Dahlia memusingkan kepalanya.
Dia mengetap gigi.
"Aku bukan sakit nak bersalin sampai nak naik ambulans bagai. Sudahlah. Aku malas nak bertekak dengan kau. Bagai nak pecah rasanya kepala aku ni."
Sesekali matanya memandang skrin telefon bimbitnya.
Jam 10 malam.
"Kau tunggu girlfriend call ke,Ikram?"
'Sarkastiknya ayat!'
"Tidak. Aku tengok jam."
Jawabnya sambil merenung tajam ke arah Anggun Dahlia.
"Mari balik."
Ujarnya lagi.
Mereka berdua beriringan menuju ke kereta.
Malam itu berlalu begitu sahaja. Masih sama seperti malam sebelumnya.
Share this novel