39

Romance Completed 63993

(Malta-8 pagi)

Jika malam tadi dia berada di Belgium, kini dia sudah berada di Malta.

Pagi ini dia akan berjumpa dengan wakil Mercedes Benz Malta Empire.

Ting!

Telefonnya berbunyi. Menandakan ada pesanan yang diterima.

Pesanan WhatsApp dari Brasier.

Bro, aku bagi tahu ni jangan terkejut tau. Bos sekarang dalam perjalanan nak jumpa kau. Mungkin sekarang dia tengah terbang dekat awan. Cuba kau tengok. Haha. Chow! - Brasier

Membulat matanya membaca pesanan itu.

Rahangnya bergerak menahan geram.

Ini pasti angkara si Brasier tak guna itu! Sudah terang lagi bersuluh dia yang memberi maklumat tentang keberadaannya sekarang.

Kalau tidak, perempuan itu tidak akan mengambil tindakan drastik.

--------

Ting tong! Ting tong! Ting tong!

Loceng bilik hotelnya ditekan berulang kali.

Dia berhenti membuat kerjanya.

"Tsk! Orang gila mana yang....."

Dia membebel sambil membuka pintu.

Ikram Benjamin terpaku. Matanya berkelip-kelip memandang figura dihadapannya.

Rasanya dia bukan mimpi.

Tetapi ini adalah...BALA untuknya!

"Hai, abang!"

Anggun Dahlia menyapa sambil tersengih. Dia berdiri bersama beg bagasinya.

"Walaikumsalam."

Sinis jawapan Ikram Benjamin.

Anggun Dahlia terus menyerbu masuk ke dalam bilik hotel lelaki itu.

Sudahlah datang tanpa diundang. Salam pula tidak diberi.

Dasar tak malu!

"Kenapa Dahlia datang sini?"

Ikram Benjamin memandang tajam Anggun Dahlia.

"Kalau ya pun, buatkan Dahlia air. Err...makanan tak ada ke? Dahlia lapar."

Dia menayang muka simpati sambil memegang perut.

"Dahlia tak jawab lagi soalan abang."

Suaranya tegang.

"Emm. . . Dahlia ada kerja dekat sini."

Itu saja ayat yang terlintas difikirannya.

"Tipu. Kerja apa sampai ke sini? Dahlia nak buka kafe dekat Malta pula?"

Ikram Benjamin menyoal sinis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience