Pintu dibuka kasar.
Dia mencerun memandang tetamu yang tak diundang itu.
Anggun Dahlia merempuh masuk tanpa serba salah.
"Dahlia nak apa? Dah pukul 11 kenapa tak tidur lagi?"
Ikram Benjamin menyoal malas. Dia bersandar didinding sambil memerhati tingkah laku perempuan itu.
"Abang dah makan? Dahlia ada belikan makanan untuk abang. "
Anggun Dahlia tersengih sambil matanya dikerdipkan beberapa kali.
"Dahlia. Tolong keluar sekarang."
Ikram Benjamin mengetap rahangnya. Jangan diuji tahap kesabarannya.
Naiya saja nanti.
"No! Dahlia nak teman abang "
Laju saja perempuan itu menjawab .
"Fine! Nak teman abang sangat kan? Hmm?"
Ikram Benjamin mengunci pintu. Dia menapak ke arah Anggun Dahlia.
Dia menunduk menyamai paras perempuan itu.
"Aa..abang...kenapa?"
Anggun Dahlia kaku ditempatnya
Pipi perempuan itu diusap lembut.
"Sayang cakap nak temankan abang. Jadi, sekarang sayang temankan abang. Ok?"
Ikram Benjamin berbisik disebelah telinga Anggun Dahlia.
Nafasnya tidak teratur.
Dia semakin mendekat dengan Anggun Dahlia.
"Abang. Dahlia...nak balik bilik dulu."
Ada getaran pada suaranya. Dia mengelak dari lelaki itu.
Jantungnya bagai mahu berhenti.
Belum sempat dia melangkah menuju ke pintu, tubuhnya ditarik ke dalam rangkulan Ikram Benjamin.
"Syyy...sayang nak pergi mana ni? Malam ni teman abang, ok?"
Dia menarik senyum sinis.
Anggun Dahlia memejamkan mata. Dia tidak suka berhadapan dengan Ikram Benjamin yang gila seperti sekarang.
"Tak nak! Da...Dahlia nak balik bilik."
Badannya menggeletar. Dia cuba menolak tubuh sasa itu
Hidungnya menangkap bau wangian Hugo Boss. Dadanya sesak .
"Kenapa nak balik,hmm?"
Ikram Benjamin melarikan ibu jarinya dibibir lembut Anggun Dahlia. Rangkulannya juga diperketatkan.
Dia menarik senyum sinis. Dia suka melihat perempuan itu tunduk menghormatinya. Tiada lagi Anggun Dahlia yang kasar. Tiada lagi kata-kata kesat yang keluar dari bibir lembut itu.
Share this novel