Melaka – 3 petang
Anggun Dahlia dikejutkan dengan bunyi deringan telefon.
Dia menggosok mata bagi menghilangkan kelat akibat tidur terlalu lama.
Dia bingkas bangun dan membetulkan duduknya.
Aturan nafas dibetulkan agar sekata temponya.
Suaranya juga dibersihkan dengan seteguk air.
Iphone dicapai. Fail yang disemak tadi diletakkan semula ke atas meja.
Telefon bimbitnya diangkat mendekati mukanya.
Terdapat kerutan pada dahi perempuan itu.
"Face time?"
Butang call diaktifkan.
"Assalamualaikum."
Jelas terpamer muka pemanggil disana.
Siapa lagi kalau bukan si jejaka tampan Ikram Benjamin?
"Em... wa...walaikumsalam."
Dia gugup.
"How are you, my leader? Kau ok tak dekat sana?"
Renungan itu menjalar disegenap inci raut muka Anggun Dahlia.
Rindunya dia pada muka itu. Baru saja dua hari tercampak dinegara orang. Sudah pandai rindu-rinduan.
Dasar orang mabuk kepayang!
Jelas muka ketuanya dalam keletihan.
"Ok. Semua ok. Kafe ok, budak-budak ok, budak-budak pun sihat. Err...kenapa?"
Bahunya diiurut sekejap. Lenguh akibat tidur disofa.
Tegang urat lehernya.
"Dia orang sihat. Tapi bos dia orang?"
Dihujung talian, Ikram Benjamin memainkan keningnya. Meminta kepastian.
"Haha. Aku sihat. Takkan kau tak nampak?"
Anggun Dahlia membetulkan duduknya. Air masak diteguk perlahan.
"Tapi aku nampak, kau macam orang tak sihat."
Pada mata lelakinya, dia dapat menangkap satu beg plastik ubat-ubatan yang terletak dicelah sofa.
"Pandai aje kau."
Anggun Dahlia menarik senyum tawar. Seketika, mereka berdua senyap. Mungkin memikirkan rasa hati masing-masing.
"Kenapa tak sihat? Dahlia rindukan abang?"
Ikram Benjamin menghantar sebuah pandangan lembut untuk perempuannya.
Tidak mengapalah jika perempuan itu tidak merinduinya.
Biar dia saja yang menanggung rindu.
Hmm, sudahlah Ikram Benjamin. Perempuan itu bukan fikirkan tentang kau.
"Err..kau...kau merepek apa?!"
Bahang terasa diseluruh muka. Anggun Dahlia mahu lari. Lari untuk bersembunyi.
Mahu saja dia menyembam mukanya dicelah sofa itu. Biar lelaki itu tidak melihat muka merahnya.
"Abang tak tahu pula Dahlia sampai gagap sebab rindukan abang."
Ikram Benjamin menahan ketawa dari terhambur. Seronok rasanya dapat menguji hati perempuan itu.
"Hoi, kau tak ada kerja ke dekat sana? Bukan main lama lagi lari dari aku."
Dia cuba mengalih topik. Takut jika dilayan, nanti tersalah bicara pula.
"Hmm. Ada. Banyak kerja aku dekat sini nak kena buat. Aku bukan macam kau lah bos suka lari dari kenyataan. Semua kerja aku nak kena buat. Nak kena jaga kau dari sini."
Tiba pada ayat terakhir, dia memainkan keningnya sambil tersengih mengejek.
"Siapa suruh kau jaga aku dari sana?!"
Intonasi suaranya meninggi. Marah agaknya.
Tetapi sedikit pun tidak menggerunkan Ikram Benjamin.
Malah yang ada membuatkan lelaki itu ingin mengusiknya lagi.
"Kau kan bini aku. Kalau aku tak jaga 24 jam, siapa lagi yang nak jaga?"
Dia menarik senyum sambil mengenyit mata.
Gedik!
"Tak ingin aku jadi bini kau. Over!"
Lelaki itu menghamburkan tawanya.
"Hahahaha. Laa, marah pula dia. Ni dua hari aku tak ada dekat kafe, semua ok kan?"
Saja dia mengubah topik agar perbualan mereka menjadi panjang dan lama.
Dalam diam, Ikram Benjamin merakam video perbualan mereka itu.
Bekalan ubat jika dia dilanda rindu nanti.
"Okeyyy. Semua ok! Jangan risau."
Anggun Dahlia menghela nafas berat.
Suka sangat mengulang soalan yang sama.
"Soalan aku yang tadi kau belum jawab."
Keningnya dinaikkan sebelah mengharap jawapan dari Anggun Dahlia.
"Jawapan apa? Yang mana? Kan aku dah jawab semua."
Otaknya dikerah agar mengingati soalan yang belum dijawab.
"Aku tanya tadi, kau tak rindukan aku?"
Kini riak mukanya serius. Tiada gurauan seperti tadi.
"Tak."
Ringkas jawapan perempuan itu.
"Betul tak?"
Sekali lagi dia meminta kepastian.
"Hmm. Takkkk. Aku bukan bini kau nak rindu-rindu bagai."
Menyampah pula Anggun Dahlia dibuatnya.
"Habis tu, kalau kau dah jadi bini aku baru boleh rindu-rindu aku ke?"
Dia menyimpan senyum. Idea nakal menyinggah dibenaknya.
"Ughh! Yalah."
Dia memberi jawapan tanpa sedar.
"Kalau macam itu, jadi bini aku."
Terkejut Anggun Dahlia dibuatnya.
"Gila! Sudahlah. Malas aku nak layan kau."
Lantas panggilan video ditamatkan begitu sahaja.
Anggun Dahlia duduk tegak.
Apa juga yang hatinya sedang rasa sekarang ini?
Share this novel