Lagu Jetset'er bergema diruang pejabatnya.
Hari ini merupakan hari pertamanya berkhidmat semula di Manaory Company.
Pintu bilik pejabatnya dibuka dari luar. Terpacul muka Louis dibalik pintu sambil tersengih.
"Jangan nak sembunyi sangat dekat belakang pintu tu. Ingat badan kau tu halus sangat?"
Suara Ikram Benjamin mengejutkan Louis.
"I ingat you tak perasaan."
Dia tersengih sambil melangkah masuk ke ruang pejabat Ikram Benjamin.
"Kau nak apa?". Soalnya sambil menunduk. Ikram Benjamin sedang meneliti rekod kemasukan kereta-kereta yang diimport dari luar.
"Sejak bila Captain ada peminat?" Louis bertanya penuh teruja. Dia mula tersengih sambil memainkan keningnya.
Ikram Benjamin memandang Louis. Dahinya berkerut seribu.
"Peminat apa?" Keningnya turut dinaikkan meminta penjelasan Louis.
"Ini haa." Louis menghulur tangan kanannya yang disembunyikan tadi. Ditangannya ada sebuah beg kertas kecil bewarna hitam.
Ikram Benjamin menerima huluran tersebut. Beg kertas dibuka. Keningnya bertaut untuk kali kedua.
"Kuih? Siapa yang bagi?". Dia menyoal Louis.
"I don't know. Kalau I nampak orangnya, Sudah tentu I suruh dia bagi pada you terus."
Louis sibuk mengintai isi didalam beg kertas hitam itu.
"Siapalah yang malang sangat berkenan dekat orang tua ni? Hahaha." Louis meledakkan ketawa.
Dia berundur ke belakang bila melihat ketuanya bangun menghampirinya.
"Siapa yang tua? Kau...sini!" Ikram Benjamin menarik sengih nakal.
"Byeee! Hahaha.". Louis terus memecut keluar.
Ikram Benjamin ketawa sendiri melihat kerenah setiusahanya.
Dia kembali ke meja. Dia berdiri sambil menyilang tangannya. Bekas makanan itu ditenung lama. Puas akalnya mencari jawapan.
Penutup bekas makanan dibuka. Dia mengambil kuih yang berbalut daun pisang.
Lapisan daun pisang itu dibuka. Didalamnya terdapat kuih berbentuk kon. Dia membawa kuih itu dekat dengan pandangannya.
Kuih itu diteliti. Aroma dari kuih itu wangi. Dia menyuap kuih ke dalam mulutnya.
Dia mengunyah perlahan. Tekstur kuihnya lembut. Dibuat dari tepung beras yang telah dikukus. Dalamnya diisi dengan kaya berwarna hijau. Rasanya manis.
"Ini bukan kuih tradisional Melayu. Sekali tengok macam Kuih Koci. Tapi intinya lain pula."
Dia membuka bungkusan yang kedua dan seterusnya.
Didalam benaknya belum habis berfikir gerangan yang memberinya kuih semanis itu.
Ah, buat apa mahu difikirkan. Rezeki didepan mata, makan sajalah.
-------------
Usai sahaja waktu kerjanya di Manaory Company, dia terus memecut superbike hitamnya ke kafe Anggun Dahlia.
Sepanjang perjalanan, bibirnya tersenyum lebar. Beginikah rasanya jika hati sedang dibuai cinta?
Tiba saja diperkarangan kafe Anggun Dahlia, dia terus memarkirkan superbike ke dalam kotak rezab.
Enjin dimatikan. Helmet dibuka dan dikunci pada badan superbike. Jam tangannya menunjukkan angka 9 malam.
Suasana kafe sudah lengang. Hanya tinggal beberapa orang pekerja saja yang sedang melakukan aktiviti pembersihan.
Rambut serabutnya dibiarkan. Apa mahu diherankan? Dia mempunyai rupa yang tampan, pastinya keadaan rambut itu tidak menjejaskan penampilannya.
Kling!
Dia melangkah masuk ke kafe. Loceng dipintu berbunyi. Dia melangkah masuk sambil tersenyum.
Kelihatannya Brasier dan dua orang pekerja kafe sedang bersiap-siap untuk pulang.
"Wehh, bro! Kenapa nak datang tak roger dulu? Kalau tak kita boleh lepak lama sikit dekat luar."
Brasier terlebih dahulu menyapa Ikram Benjamin. Lantas didakap sekejap tubuh Ikram Benjamin.
Kemudian, tubuh itu dilepaskan.
"Saja datang sini. Aku baru habis kerja. Kafe macam mana? Pelanggan semua ok?" Ikram Benjamin bersandar dimeja kaunter. Rambutnya diramas kasar. Rimas!
"Semua berjalan baik. Pelanggan semua ok. Lagipun, kita ada tambah menu baru setiap minggu. So, lepas ni kita dah tak perlu risau kalau ada pelanggan yang lari. Sebab kita terlebih dulu tarik perhatian diorang dengan makanan kita." Terang Brasier jelas.
Ikram Benjamin mengangguk-angguk kecil.
"Bagus!"
Dia menepuk bahu Brasier.
"Aku dah nak balik ni. Jom, lepak luar malam ni!"
Brasier menarik sengih.
"Lain kalilah. Err... Dahlia mana?"
Ikram Benjamin menyoal Brasier.
Share this novel