Anggun Dahlia semakin tidak mengerti. Setahunya hari ini bukan hari lahirnya.
"Err...tapi hari ni bukan hari lahir Dahlia." Dia masih lagi ragu-ragu.
"Ahaa! No buts! Dahlia kena pergi juga. Tak nampak ke pada tiket tertulis VVIP? That is mean you MUST GO! Ok, sayang?" Ikram Benjamin memandang Anggun Dahlia penuh pengharapan.
Memanglah mudah untuk mendapatkan dua keping tiket itu. Tetapi bukan mudah untuk mencuri masa bersama perempuannya. Itu saja peluang yang ada.
"Please....kita pergi ya, sayang? Kali ni aje. Mungkin hari lain kita takkan dapat lagi merasa peluang macam sekarang." Dia masih lagi mahu memujuk perempuan itu. Dia benar-benar mahu Anggun Dahlia pergi ke sana bersamanya. Akan ada sesuatu yang akan menanti mereka disana.
Kedua-dua tangannya digenggam erat. Jantungnya berdebar menanti jawapan dari perempuan itu.
"Ok...ok. Dahlia pergi. Tapi Dahlia nak pergi dengan siapa?" Sepertinya dia baru teringat akan satu lagi tiket.
"Abang...Benjamin Cello tu siapa? Kenapa ada tiket dia dekat sini?"
Ikram Benjamin mengerutkan dahinya. Tiket yang tertera nama V.V.I.P Benjamin Cello ditatap sekejap.
"Ohh. Ini tiket kawan abang. Tak apa. Yang penting kita pergi. Tentang tiket kawan abang, nanti sampai sana baru kita jumpa dia."
Terus saja kewujudan tiket itu dibiarkan. Apa yang penting sekarang dia harus memaklumkan perkara itu kepada Brasier.
Maklumkan tentang tiket itu? Oh, tidak! Jangan mencari masalah. Sudah tentu dia akan memaklumkannya atas dasar kerja.
Kerjalah sangat!
-------
(Trastevere Hotel Suite, Rome - 4 petang)
Tap! Tap! Tap!
Ada seorang perempuan sedang menapak ke arah suit hotel yang menempatkan Anggun Dahlia. Dia menghampiri pintu suit Anggun Dahlia. Tangannya memegang tombol Pintu emas.
Klak!
Dua daun pintu besar dibuka dari luar.
Dahlia yang sedang bersandar disofa bangun melihat ke arah manusia itu. Keningnya ternaik sedikit.
"Hello, Miss! My name is Veronica. I will be your assistant for tonight. And...here. This dress is made for you. Please change into this dress, miss." Seorang perempuan lengkap berpakaian sut hitam menghulur sepasang dress berona krim.
Anggun Dahlia bangun menghampiri perempuan yang bernama Veronica itu. Dia menarik senyum buat Anggun Dahlia. Dress yang berada dipegangan Veronica dibelek-belek.
"Pardon? But I don't think I need an assistant. May I know who send you to me? Ah...and for this dress??" Dia memandang ke arah dress yang telah diletakkan diatas katil.
"This dress is for you. You must wear it for tonight." Terangnya ringkas. Veronica membuka plastik lutsinar yang tersarung menutupi dress itu. Dress dikeluarkan dengan berhati-hati. Dia menayangkan dress tersebut didepan mata Anggun Dahlia.
Hampir jatuh rahang Anggun Dahlia ketika itu. Manakan tidak? Dress yang berada didepan matanya kini adalah dress yang terlalu sarat dan mewah buatannya. Air liur ditelan bagi menghilangkan rasa terkejut.
Veronica yang sedari tadi menjadi pemerhati, kini dia melepaskan ketawa halus. Namun, segera mulutnya ditutup apabila tersedar akan keterlanjurannya.
Anggun Dahlia mencebik ke arah Veronica.
"Dia ni mesti gelakkan aku. Huh!" Kini sepasang matanya kembali terarah pada dress berona krim yang terletak diatas katil. Tangannya mula menyentuh permukaan fabrik kain itu.
'Mahalnya!' Desis hati kecilnya. Dia tahu fabrik yang digunakan untuk membuat dress itu. Sekali lagi hujung jarinya menyentuh permukaan fabrik itu. Matanya dipejam. Ya. Itu adalah fabrik Charmeuse.
Fabriknya mewah, berat dan berkilat. Permukaan lebih bersinar dan terdapat sentuhan satin. Fabrik itu selalunya digunakan untuk membuat gaun perkahwinan diraja. Selain itu, fabrik itu juga biasanya digunakan pada ball gown dress.
Share this novel