"Lain kalilah. Err... Dahlia mana?"
Ikram Benjamin menyoal Brasier. Matanya melilau disekeliling ruang kafe mencari kelibat Anggun Dahlia.
"Dahlia?? Dahlia yang mana??" Brasier menyoal kembali dengan reaksi yang lebih pelik.
Setahunya dikafe itu tiada yang bernama Dahlia selain....Anggun Dahlia. Dahinya berkerut memandang Ikram Benjamin.
"Hah?? Err... Anggun Dahlia mana?" Bagai baru tersedar dari keterlanjurannya, Ikram Benjamin membetulkan semula soalannya. Tengkuknya diusap. Dia cuba mengawal riak mukanya.
"Waittt! Sejak bila kau pandai panggil bos dengan nama Dahlia??" Brasier mendekatkan dirinya dengan Ikram Benjamin. Tangan disilangkan. Keningnya juga dinaikkan meminta kepastian dari Ikram Benjamin.
"Hahaha. Kau merepek apa ni? Aku tersalah cakap tadi." Ikram Benjamin melepaskan ketawanya apabila dia tidak tahan melihat reaksi sahabatnya. Namun, dia cuba mengawal kembali riak mukanya. Dia berdehem.
"Bukannya salah pun. Kan memang ada nama Dahlia dalam nama dia. Rasanya okey aje kalau aku panggil dengan nama Dahlia." Ikram Benjamin menyambung ayatnya.
Nasib baik kepala otaknya ligat berfikir mencari alasan. Kalau tidak, mahu heboh satu Melaka ini dengan perangai suka menyakat Brasier . Dia menghela nafas lega dalam diam.
"Iya ke? Tak apa. Aku cuba percaya. Kalau kau sorokkan apa-apa dari aku tentang kau orang berdua, huh siap kau orang ya! Ohhh, jadi kau datang ke sini semata-mata nak jumpa dengan bos ajelah?! Tak guna punya kawan! Ceh!"
Brasier kini sedang bercekak pinggang. Mahu saja dia menyiku lelaki itu. Lebih pentingkan perempuan dari sahabat sendiri!
"Hahahaha. Apa kau merepek ni, apek oi! Inikan aku dah jumpa kau. Takkan masih tak cukup? Kalau ya pun kau rindu aku sangat, bagilah peluang dekat aku jumpa bekas majikan aku tu. Nanti lain hari kita boleh aje melepak sama-sama." Dalam hati Ikram Benjamin sudah menyumpah-seranah dirinya.
Maaflah, wahai sahabat kerana sahabatmu sendiri sanggup menipu untuk kebaikan diri sendiri.
"Hmm...fineee! Aku cuba percaya sekali lagi. Kalau macam tu, aku gerak dulu. Lagipun, kau datang sini bukan nak jumpa aku. Sedih tau aku!" Brasier mencapai beg sandangnya. Dia sempat menjeling sedas ke arah Ikram Benjamin. Geram hatinya!
"Alamak, merajuk pula apek ni! Hahaha. Okey,okey. Esok malam kita lepak sama-sama."
Ikram Benjamin menabur ayat pujukan. Dengan harapan Brasier akan termakan dengan pujukan itu.
Tidak mengapalah jahat sekali ini saja dengan Brasier. Bukannya selalu.
"Bro, kalau nak jumpa DAHLIA, dia ada dekat kitchen. Kau jangan buat yang bukan-bukan pula dekat dia. Ingat sikit dekat mak bapak dia!" Brasier melaung dari motornya.
Tidak lama selepas itu, Brasier hilang dari pandangannya.
Ikram Benjamin menarik nafas lega. Dia kemudiannya, melangkah perlahan-lahan menuju ke ruang dapur.
Sebelum dia memasuki dapur, dia memegang dadanya.
Dup dap! Dup dap!
Dia memberhentikan langkahnya dipintu dapur. Ah, kenapa detak jantungnya boleh berdegup kencang? Kalau diikutkan ini bukan kali pertama dia harus bersua muka dengan Anggun Dahlia.
Tangannya juga dirasakan sejuk membeku. Kenapalah dengan dirinya hari ini? Dia berdehem. Cuba menenangkan dirinya yang sedang gemuruh. Nafas ditarik, lalu dihembus semula. Air liurnya ditelan.
Tap! Tap! Tap!
Dia membuka langkah perlahan-lahan memasuki ruang dapur basah. Ruang dapur itu bertujua. untuk memasak hidangan utama. Namun begitu, ruang itu sunyi. Dia melilau mencari kelibat Anggun Dahlia. Tiada.
Dia meneruskan lagi langkahnya menuju ke bahagian membuat kek dan pastri. Matanya menangkap satu figura sedang berdiri sambil memegang acuan.
Tanpa sedar, bibirnya melorek segaris senyuman. Dia memberhentikan langkahnya seketika. Dia masih lagi belum menghampiri Anggun Dahlia. Hanya sekejap saja. Dia mahukan suasana seperti itu.
Suasana dimana dia berdiri sambil memerhatikan perempuan itu dari jauh. Tanpa pengetahuan empunya diri.
Ikram Benjamin mengeluarkan telefonnya dari dalam poket seluar. Aplikasi kamera dibuka. Kemudian,telefon diarahkan ke arah Anggun Dahlia yang sedang leka dengan kerjanya.
Klik! Klik! Klik!
Beberapa keping foto dan video Anggun Dahlia kini selamat tersimpan dalam galerinya. Ikram Benjamin tersenyum sendiri. Angaunya dia ketika itu.
Seteleh telefon disimpan ke dalam poket, dia meneruskan langkah perlahannya. Dia tidak mahu mengganggu konsentrasi perempuan itu.
Dup dap! Dup dap! Dup dap!
Detak jantungnya sudah tidak sekata lagi. Semakin dia menghampiri figura itu, semakin gila rentak jantungnya berirama.
Dia memberhentikan langkahnya. Seketika itu, nafasnya ditarik dalam. Setelah itu, dia memberi salam.
"Assalamualaikum, Dahlia."
Share this novel