8

Romance Completed 63993

Didalam kereta . . .

"Kau kenapa,bos?" Dia bersuara sambil memandang dari ekor matanya.

Ikram Benjamin masih lagi fokus dengan pemanduannya.

Sudahlah semakin lewat malam. Dikerah juga untuk balik ke Melaka.

Alang-alang tidur saja di Johor Bahru. Membazir pula katanya.

"Sakit kepala. Sikit aje ni."

Dia mengurut bahagian tepi kepalanya. kepala disandar lemah pada cermin tingkap.

"Panadol yang aku bagi tadi, tak makan ke?"

Dia mencuri pandang sekali lagi. Niat dihati mahu saja dia memberhentikan kereta ditepi lebuhraya itu.

Mahu saja dia membantu perempuan itu memicit kepala. Tetapi takut terjadi hal yang lain pula. Sudahlah mereka berdua saja.

Lalu niat itu dibatalkan saja.

"Makan."

Pendek jawapan perempuan itu.

"Alhamdulillah."

Tangan kiri mencapai seat belakang. Terdengar bunyi plastik sedang dibuka.

Sekotak air laici dihulur untuk bosnya.

"Nah."

Anggun Dahlia memaling muka ke arah suara itu.

Matanya melekat ke arah Ikram Benjamin.

"Apa?" Soalnya ringkas meminta kepastian.

"Ini namanya air kotak perisa laici. Takkan baru sakit kepala sikit dah tak kenal air kotak? Dasyat! Nah,minum. Dari tadi bos tak minum. Nanti pengsan anak orang,buat susah hidup aku aje."

Anggun Dahlia mencebik.

'Tak ikhlas!'

"Bos. Aku nak cakap sikit boleh?"

Sesekali mata dilirik ke arah perempuan itu.

Diam tidak berkutik.

"Emm . . .cakap ajelah. Sejak bila kau pandai minta izin?"

Ikram Benjamin melepaskan pandangannya ke sisi.

"Lepas ni bagi aku handle budak-budak boleh?"

"Tak perlu. Itu kerja aku. Kau buat saja kerja yang aku suruh selama ni. Jangan nak menyibuk hal aku."

Tegang intonasi ayat itu.

"Tapi aku tak suka cara kau bila marahkan budak-budak. Ingat,dia orang tu ada maruah. Lagipun, dia orang tu bukan budak-budak tadika yang macam kau pernah ajar dulu. Lain acuannya."

Rambutnya diraup ke belakang. Menaikkan rambutnya yang terjuntai menutupi dahi. Rimas!

"Kenapa kau nak handle budak-budak aku? Aku bos. Aku yang bayar gaji dia orang."

Nampaknya tiada tanda-tanda Anggun Dahlia mahu mengalah.

'Aku dah agak! Keras kepala!'

Stereng digenggam menahan marah.

"Aku tak suka bila kau marah budak-budak. Mulalah kau nak maki hamun, guna bahasa kasar. Bos. . . kau kena ingat. Kau tu perempuan. Sekali kau guna bahasa kasar macam tu, aku tak rasa orang lain boleh hormat kau. Aku rasa dia orang layan kau sama taraf macam lelaki aje. Aku tak nak dia orang hilang hormat pada majikan. Especially,perempuan macam kau."

Anggun Dahlia diam tanpa bicara. Otaknya ligat mencerna bait-bait yang dilontar Ikram Benjamin.

Lelaki itu saja yang berani menegurnya.

"Bos. . . kau tidur ke?"

Dia membuang pandang ke arah Anggun Dahlia. Senyap.

"Nantilah aku fikirkan."

Ikram Benjamin menarik senyum kemenangan.

"Jangan fikir. Pass saja pada aku hal budak-budak tu. Aku tahulah macam mana nak handle dia orang nanti."

Cubaan memujuk masih diteruskan.

"Aku boleh percaya kau ke, Ikram Benjamin?"

Raut wajah yang sentiasa tenang itu diperhati dari tepi.

Orang kepercayaannya.

"Trust me!"

Pandangan mata redup itu kadang kala mampu mengkhayalkan Anggun Dahlia.

'Ah! Jangan kau layan perasaan itu.'

Kepalanya digeleng ke kiri ke kanan. Menepis segala prasangka yang bermain difikirannya ketika itu.

"Geleng kepala pula? Takkan tak setuju? Tadi dah deal!"

"Percaya! Pandai-pandailah kau handle budak-budak tu. Jangan mati pula anak orang."

Sinis ayat itu.

"In Syaa Allah, tak."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience