13

Romance Completed 63993

"Bos,saya nak menyibuk sikit boleh?"

Brasier menongkat dagu dihadapan Anggun Dahlia.

"Em. Kau memang suka menyibuk. Tak payah bagi tahu. Hah, apa dia?"

Angggun Dahlia sibuk dengan dokumen ditangan.

"Saya rasa Ben ada hati dekat bos."

Anggun Dahlia berhenti menyelak helaian seterusnya. Cuba menghadam bait-bait itu.

Dup dap! Dup dap!

Ah, mulalah jantungnya bagai mahu nazak!

"Mana kau tahu?"

Lagaknya masih sama. Serius.

"Saya lelaki,bos. Saya tahu bezakan pandangan bila kita sayang seseorang dengan pandang kawan biasa."

Lelaki muda itu tersengih-sengih dengan ayatnya. Kelakar.

Dia kini menjadi seorang doktor cinta.

"Huh? Yalah tu kau!"

Dia menggeleng kepala. Tidak percaya. Mana mungkin orang seperti butlernya itu suka pada majikan. Jarang berlaku.

"Tak percaya sudah! Bos tunggulah nanti."

Dia sengih menyindir.

"Tunggu apa?"

Malas pula dia mahu melayan omong kosong Brasier.

"Tunggulah masanya bila bos mereng dengan dia. Hahaha."

Terus dia bangun meninggalkan tempatnya. Gelak besarnya memenuhi ruang ofis Anggun Dahlia.

Dia memerhati langkah Brasier ke pintu hadapan.

Kertas diletakkan diatas meja. Serta-merta jantungnya dirasakan berdebar. Taktala matanya bertaut pandang dengan Ikram Benjamin.

Lelaki itu sibuk bercakap dengan telefon. Hanya bibir menghantar isyarat senyum padanya.

'Ah! Jangan mengarut!'

"Brasier kenapa? Dia buat masalah lagi?"

Kerusi ditarik. Duduk berhadapan Anggun Dahlia.

"Nothing. Saja berbual kosong."

Dia cuba berdalih. Jika lelaki dihadapannya itu tahu rahsia besar tadi, memang budak itu akan dipecat terus!

"Berbual kosong tapi muka serius? Macam tengah bincang sesuatu yang aku tak tahu."

Keningnya dijungkitkan. Mata kini tajam merenung Anggun Dahlia.

"Hmm. Tak ada yang serius pun. Tadi kau bercakap dengan siapa?"

Dia menyambung semula kerjanya. Kertas diletakkan diatas keyboard komputer.

Segala data berkenaan perbelanjaan pada hari itu harus direkod.

"Kawan."

Lelaki itu memberi jawapan sepatah.

"Kawan. . . lelaki ke perempuan?"

Ikram Benjamin menayang muka pelik. Tepi keningnya diurut lembut. Mungkin sedang mencerna perbualan mereka berdua.

"Kawan. Kenapa?"

Sudah! Lagilah pelik dibuatnya.

"Girlfriend lah tu."

Anggun Dahlia mencebik. Nada yang perlahan. Tapi dapat didengar Ikram Benjamin.

"Kau kenapa,bos? Cemburu?"

Alamak! Betul ke soalan yang dia lontarkan?

"Kenapa nak cemburu? Itukan hak kau. Aku bukannya majikan yang zalim."

Nah! itu dia jawapan yang dia mahukan.

Perempuan dihadapannya masih ralit dengan dokumen ditangan.

"Betul? Tapi kenapa aku rasa soalan kau tu lain? Macam soalan orang cemburu."

Kini senyumnya terukir cantik.

"Perasan!"

Anggun Dahlia membetulkan duduknya. tangannya juga sudah sejuk dirasakan.

Malu? Tidak!

"Marah pula? Kan aku tanya."

Hampir saja gelaknya terhambur. Sungguh riak muka Anggun Dahlia mencuit hatinya.

"Kau tu yang suka buat spekulasi!"

"Spekulasi apa? Hahaha. Habis tu kenapa tak nak pandang mata aku bila bercakap?"

Dia menahan ketawa. Lenguh otot pipinya ketika itu.

"Aku menyampah dengan kau!"

Riak mukanya serius. Masih terkawal. Tetapi jiwanya bagai dilanda taufan. Kacau bilau!

"Menyampah? Hmm, sedihnya aku dengar. Tak apalah. Aku doakan supaya Allah lembutkan hati kau untuk aku."

Dia bangun meninggalkan Anggun Dahlia dengan senyum yang disembunyikan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience