"Anggun Dahlia!"
Dia menangkat kepala apabila namanya dipanggil.
Dia melangkah masuk diikuti butlernya dibelakang.
"Sila masuk." Pelawa jururawat yang bernama Ainul.
"Terima kasih." Pintu ruangan doktor itu ditutup cermat oleh Ikram Benjamin. Mereka berbalas senyuman.
"Hello, doctor!" Sapanya lembut.
"Hello! Have a sit." Mesra saja gaya doktor itu. Senyuman yang masih tidak lekang dibibirnya.
Anggun Dahlia duduk. Tanpa sedar Ikram Benjamin duduk disebelahnya. Membulat matanya ketika itu. Seiingatnya,lelaki itu tadi menunggunya diluar. Bila masa pula dia menyelinap masuk? Keningnya dijungkit naik tanda tidak berpuas hati.
"Boleh I tahu, you sakit apa?" Stateskop dikeluaran dari poket kot putih. Dokter menekap alat itu ke dada Anggun Dahlia.
"Minggu ni I kerap sakit kepala. Kadang-kadang tak larat nak buat kerja. Bila rasa sakit kepala tu datang,macam nak kena berkurung dalam bilik gelap. Cahaya tu buat kepala I lagi sakit. Then,bila I makan panadol biasa still tak berkurang sakitnya."
Ikram Benjamin sekadar memerhati perbualan mereka. Adakalanya, dia mengangguk kecil. Entah apa yang dia faham.
"Emm. . . You ada rasa mual?" Doktor itu sedang mencatit sesuatu pada rekod putih itu.
"Mual? Kadang-kadang ada terasa juga nak muntah. I cuma terfikir mungkin sebab perut masuk angin ke? Atau I stress sangat buat kerja." Terangnya lancar. Tidak dihiraukan Ikram Benjamin yang sedang memerhatinya dari tadi.
"Okey, I assume you have a migraine.Tetapi, you jangan risau ya. Migraine you baru diperingkat permulaan. Setiap penyakit boleh dirawat. Jadi, I sarankan, you better avoid the sunlight. Don't think too much and pressure. Lagi satu,jangan kerap sangat pandang skrin telefon,laptop and so on. Kalau bolehlah ya, dalam minggu ni cuba kurangkan sedikit buat kerja. Banyakkan berehat. Jika tidak, I bimbang semakin melarat nanti. Kita mesti kesiankan diri kita sendiri. Boleh ya?" Panjang berjela penerangannya. Doktor itu tersenyum.
"Sure,I will." Dia tersengih janggal. Haih, mahu disuruh kurangkan waktu bekerja? Sedangkan dia bekerja sendiri. Macam mana? Ah, tidak mengapalah. Lagipun, menjaga kesihatan diri sendiri adalah lebih utama. Risau pula nanti semakin melarat, satu kerja pun tidak boleh dilakukan dengan sempurna.
"Ah-ha! Maybe you boleh tengokkan your wife. Please, don't let her do the matters that I have mentioned earlier, alright? Okey, itu saja. Nanti di kaunter you boleh ambil ubat ya."
"Eh? But... doct..." Belum sempat Anggun Dahlia mencelah, Ikram Benjamin terlebih dahulu menjawab bagi pihaknya.
"Alright, doctor. I will make sure my lovely wife will less of her activities. I pun tak mahu isteri I sakit." Segaris senyuman dihadiahkan buat Anggun Dahlia. Tetapi jelingan tajam yang dia dapat.
"Ok then. Thank you, doctor." Dia berjabat tangan denga doktor. Mereka bangun meninggalkan ruang doktor tersebut.
"My pleasure."
_______
"Captain, we have a major case!"
Sepertinya suara dihujung talian kedengaran tergesa-gesa.
"Yes, Louis. Details, please."
Pemanduannya masih tenang.
Tanpa sedar Anggun Dahlia memasang telinga.
"Barang yang kita tempah dari US, tak berjaya melepasi masuk ke Malaysia."
Terdengar keluhan berat dari mulut Ikram Benjamin.
"Okey. Reason?" Tegang air mukanya. Dia memicit dahi. Kelihatan berat maklumat yang baru diterimanya.
"Max baru inform, ada orang imegrisen buat spotcheck 15 minit yang lepas. Katanya barang import tu tak ada cukai bila masuk Malaysia nanti. So, tak boleh dibawa masuk nampaknya." Suara mengah itu memenuhi corong telefon.
"Relax,Louis. Bagi aku settle dengan orang sana. Okey?" Jarinya diketuk distereng. Mungkin sedang berperang dengan mindanya. Mencari jalan solusi sepantas yang boleh.
"Captain! How come? This is a big case,okey! And this is the first case we get caught! Ughh! I 'm crazy. I dah tak tahu nak terangkan macam mana dengan pelanggan kita. Dia dah bising saja dari tadi." Louis dihujung talian mengharapkan ketuanya itu sampai segera.
Bila sudah berdepan dengan masalah sebegini, memang darah gemuruhnya datang menerpa. Kalau ikut hati, mahu saja dia memaki hamun.
Tetapi, dia masih lagi rasional. Emosi harus dikawal terutamanya apabila berhadapan dengan manusia bernama pelanggan.
"Macam mana dia boleh tahu tentang kes ni?" Ikram Benjamin masih lagi mengawal air mukanya.
"Dia ada kawan yang bekerja di imigresen. Sudah tentu kawan dia dah dapat info dulu. Lagipun, barang yang dia nak tu barang dari luar." Louis sudah mati kutu ketika itu. Jika pelanggannya membatalkan pembelian tersebut, maka mereka akan rugi dalam kuantiti yang besar. Walaupun, hanya seorang pelanggan. Perkara itu tidak boleh terjadi. Ini yang dinamakan pertarungan dalam perniagaan.
"Okey, tak apa. Kau bawa bertenang. Aku tengah memandu. Nanti aku roger bila semuanya dah selesai. Chow!" Telefon dijatuhkan ke peha. Keluhan berat terlepas dari mulutnya.
Share this novel