Malam itu dikafe...
"Bos, kau pergilah naik atas. Dokumen dengan data tu biar aku yang siapkan. Dah lewat ni."
Ikram Benjamin memandang Anggun Dahlia.
Perempuan itu tekun dengan fail ditangan. Mungkin sedang merekod barang keluar dan masuk yang digunakan pada hari itu.
"Tak apa. Aku okey lagi. Kau pergilah balik. Bahaya balik lewat."
Ikram Benjamin berhenti menaip. Kening dijungkitkan.
"Akhirnya ada juga orang risaukan aku. Penat hati aku tunggu orang tu tak nak terima."
Hujung bibirnya menarik sebuah senyuman.
"Perasan!"
Sebuah cebikan diberi untuk Ikram Benjamin.
"Kalau satu hari nanti kita kahwin, kau percaya tak?"
Entah bila masanya lelaki itu sudah berdiri disebalah Anggun Dahlia.
'Kus semangat!'
Dadanya diiurut.
Dia menjarakkan dirinya sedikit.
"Kenapa jauh dari aku?"
Ikram Benjamin menarik semula kerusi yang diduduki Anggun Dahlia merapatinya.
"Sinilah. Aku bukan nak makan kau pun. Aku tanya aje."
Dia merenung tajam sambil tersengih.
"Dah kau tersengih macam tu, siapa yang tak takut?! Kau tanya apa?!"
Bentaknya kasar.
Jangan melebih. Ada nanti yang kena penumbuk Anggun Dahlia.
Kembang-kempis hidungnya menahan marah.
"Aku tanya kau percaya tak satu hari nanti kau kahwin dengan aku?"
Mata dikenyit membuatkan Anggun Dahlia mahu lari jauh.
"Gila! Siapa yang nak kahwin dengan orang gila macam kau!"
Dia bingkas bangun dari duduknya. Mahu keluar dari bilik itu.
Belum sempat dia bangun, tangannya direntap kasar.
Membuatkan Anggun Dahlia terduduk kembali.
Sepantas itu juga Ikram Benjamin menongkat kedua-dua belah tangannya pada pemegang kerusi itu.
Dia membongkok merapati Anggun Dahlia.
Kini mereka bertatapan.
Tajam renungannya ketika itu.
Kecut perut Anggun Dahlia. Memulas-mulas. Hati juga tidak semena-mena berdebar.
"B..Ben. Kau jangan....jangan macam-macam tau!"
Suaranya tegang. Pastinya dia sedang memarahi Ikram Benjamin.
Reaksi lelaki itu pula?
Dia melepaskan tawa halus dihadapan muka Anggun Dahlia.
"Aku buat apa? Hmm Dahlia sayang?"
Gemersik suara itu menembusi setiap ruang pendengaran Anggun Dahlia. Sekaligus, terus menerjah ke urat saraf yang berada dijantungnya.
Mahu pecah rasanya.
Haruman Hugo Boss menusuk rongga hidungnya.
Dia tidak mahu memandang lelaki itu kerana dia tahu lelaki itu sedang merenung tajam ke arahnya.
Bezanya hanya senafas. Manakan tidak? Hangat nafas lelaki itu berderu dipangkal hidungnya.
"Aku cuma...."
Tangannya mula memaut jari-jemari Anggun Dahlia.
Perlahan-lahan jari lembut itu diusap menggunakan ibu jarinya.
Dia menelan liur. Sungguh, perempuan itu menguji tahap kesabarannya selama ini.
"Cuma apa? Kau nak apa? Tolonglah cepat sikit!"
Dia menekan suaranya. Anggun Dahlia sedang marah.
Tetapi dia tidak berani untuk membuka mata. Walhal bergerak sedikit pun. Bimbang jika tersalah gerak, lain pula jadinya.
Bibir bawahnya digigit. Menahan rasa amarah pada lelaki itu.
"Jangan buat macam tu. Aku tak suka."
Anggun Dahlia membuka sedikit matanya.
"B...buat...buat apa?"
Lelaki itu masih lagi merenungnya.
Tetapi kali ini matanya beralih ke arah lain.
Iaitu....bibirnya!
"Kau gigit bibir tadi. Aku tak suka."
Ikram Benjamin menahan nafasnya yang tidak teratur.
"Kenapa?"
Kini baru lah Anggun Dahlia berani melawan pandangan mata lelaki itu.
"Sebab...aku geram. Aku geram dengan bibir kau."
Tangan Anggun Dahlia digenggam kuat.
Terasa sejuk beku tangan perempuan itu ditangan Ikram Benjamin.
Anggun Dahlia cuba menarik tangannya dengan kuat agar terlepas dari pegangan itu.
Tetapi semakin kuat dia menarik tangannya semakin kuat Ikram Benjamin mencengkam pergelangannya.
Lelaki itu mula merapat dengannya.
Puncak hidungnya menyentuh milik Anggun Dahlia.
Terus saja perempuan itu memejam rapat matanya.
Ikram Benjamin menyimpan senyum melihat reaksi perempuan dihadapannya itu.
'Tahu takut!'
Pipinya mendekat dengan milik Anggun Dahlia. Hangat daripada kulit pipi perempuan itu terasa bahangnya.
"Sayang malu ke dengan abang? Kenapa pejam mata? Hmm?"
Gemersik suaranya tepat disebelah telinga Anggun Dahlia.
Dia kaku.
Dia...
Dia...
Share this novel