Mercedes Amg Gt63s biru metalik memasuki kawasan parking rezab. Sebaik sahaja kaki melangkah keluar, telefon bimbitnya berdering. Teragak-agak dia mahu menjawab panggilan itu.
Dia memandang Anggun Dahlia yang sedang menutup pintu kereta.
Perempuan itu mengangguk. Elok saja dia melangkah ke dalam, suaranya memetir memanggil pekerjanya.
"Brasier!"
Keluar dari ruang dapur kafe itu. Seorang jejaka tinggi lampai 1.8 meter. Berkulit tidak terlalu putih. Memiliki postur badan yang tegap dalam lingkungan 24 tahun. Brasier,ketua chef di kafe Anggun Dahlia. Juga orang kepercayaan Anggun Dahlia.
"Yes, boss?" Langkahnya diberhentikan setibanya dihadapan perempuan itu.
"Tutup kafe pukul 4 petang." Ringkas arahannya.
Seperti biasa juga tangannya ralit menari diskrin tablet itu. Membalas e-mail yang diterima.
"Ok. Ingatkan nak bagi bonus bulan ni." Jawapan Brasier membuatkan jarinya berhenti menari diatas skrin. Kepala didongak menghadap Brasier. Susahnya jika berurusan dengan orang tinggi. Yalah. Tingginya saja hanya 159 sentimeter.
"He he he. Bonus ya? Banyaklah kau! Kalau kau boleh naikkan keuntungan kafe aku bulan ni,aku bagi kau bonus. Kalau sama saja,mimpilah kau nak bonus! Tahun depan baru dapat!" Ujarnya sinis.
"Saya? Kenapa saya? Inikan kafe bos. Bos sajalah yang naikkan keuntungan kafe bos ni." Jawapan bersahaja itu meluncur laju dari mulutnya. Namun, cepat saja bibirnya diketap. Bagai baru tersedar kesilapannya.
Brasier berundur setapak ke belakang. Taktala melihat pandangan mata bosnya yang mencerun tajam. Nama saja perempuan. Tetapi panas baran! Kepala angin!
"Apa guna aku ada kau,kalau benda macam ini pun kau tak boleh nak uruskan. Huh? Lebih elok aku tak payah ambil kau kerja dari 4 tahun lepas. Faham?" Rahangnya diketap geram. Dia menghela nafas berat. Baru suruh buat kerja sedikit, panjang berjela pula alasan diberi. Anak muda zaman sekarang. Oh, kita tidak boleh menyalahkan zaman. Sebaliknya, sikap itu yang terlahir dari diri kita sendiri. Mahu atau tidak saja jawapannya. Mudah bukan?
Sengaja dirapatkan mukanya tepat ke arah Brasier. Hujung bibir menarik senyuman sinis.
"Alah! Err... saya gurau aje. Itu pun nak marah bos ni." Dia tersengih sambil menggaru kepalanya. Mahu ajak bergurau pun tidak boleh. Tolonglah, jangan terlalu serius sangat. Boleh menjadi punca tekanan nanti.
"Aku bukannya marah. Aku cuma ingatkan kau saja, Brasier. Kau kan handal bab tarik perhatian pelanggan. Sebab itu aku percaya dekat kau. Bila aku dah letakkan kepercayaan dekat bahu kau, jangan pula kau songlap duit-duit aku lepas ni." Keningnya terjungkit sedikit.
"Uish! Takkanlah saya jahat sangat? Gaji bos bagi pun dah cukup untuk saya kahwin 4,bos! Hahaha."
Lantas, sekotak tisu menjadi sasarannya. Dibaling tepat mengenai bahu kanan Brasier.
"Aduh! Sss! Bos,janganlah kasar sangat. Jadi perempuan cuba lemah-lembut sikit perangai tu. Ini tidak. Selalu sangat berkasar. Tak manis tahu." Bahunya yang masih perit digosok-gosok perlahan.
"Kalau aku lemah-lembut,nanti korang pijak kepala aku." Dia menggumam sendiri.
Kakinya melangkah masuk ke ruang pejabat. Punggung dihenyakkan ke kerusi. Sakit kepalanya masih tidak berkurangan. Malah, semakin berat pula rasanya.
Sepapan pil migraine diambil dari dalam laci. Dia menelan sebiji daripadanya. Dia meneguk air yang elok terletak diatas meja. Dia memejamkan mata seketika. Berharap agar kesakitan itu beransur pergi.
Share this novel
up