Malam itu hanya beberapa buah keluarga saja yang tinggal. Usai saja majlis petang tadi, kebanyakkan saudara-mara telah pulang. Mereka bergotong-royong bersama. Yang lelaki membersihkan dikawasan luar. Manakala, yang perempuan pula membersihkan dibahagian ruang tamu dan dapur.
"Dahlia. Pergilah berehat. Naik ke bilik. Yang mana tak siap lagi, esok saja kita sambung berkemas. Mak Wan pun dah tak larat. Sakit pula belakang badan ni. Haih." Mak Wan mengurut belakang pinggangnya. Biasalah jika umur semakin lanjut, baru buat kerja lebih sudah mengah jadinya.
"Tak apa Mak Wan. Sikit saja lagi. Nanti lama-lama siaplah ni." Anggun Dahlia melorek segaris senyuman. Jika diikutkan badannya juga minta berehat. Tetapi bila difikirkan semula malam itu dia akan berkongsi bilik malah sekatil dengan Ikram Benjamin, sungguh dia tidak mahu naik ke bilik! Perasaan seram itu lebih seram berbanding menonton cerita hantu. Mungkin mengemas adalah alasan yang paling selamat untuknya mengelak.
"Betul tu, Dahlia. Yang tak siap kemas lagi biar Kak Taz yang sambung. Dekat luar itu pun masih ramai lagi yang boleh menolong. Awak tu sudahlah baru kahwin siang tadi, takkan malam ni nak mengelak pula. Haha. Pergilah naik ke bilik. Kesian Ikram menunggu isteri dia dari tadi tak nak masuk ke bilik." Gurauan itu membuatkan Anggun Dahlia tersenyum malu. Sepertinya jantung sudah mahu terkeluar.
'Nak naik atau tidak? Naik? Ke lambat sikit? Ish. . . Nantilah!' Kemudian, satu pesanan WhatsApp diterima.
Sayang, naik bilik sekejap. Ada benda abang nak bagi. - Ikram Benjamin
Setelah pesanan dibaca, dia memanjat tangga kayu menuju ke biliknya. Dia memegang dadanya yang sedang berdebar-debar.
Tok! Tok! Tok!
Pintu bilik diketuk. Namun, tiada sahutan dari dalam. Lalu, pintu bilik ditolak perlahan. Matanya melingas mencari kelibat Ikram Benjamin. Dahinya berkerut.
"Assalamualaikum." Kosong. Ikram Benjamin tiada dibilik.
'Hmm, tadi suruh aku naik. Sekarang dia pula yang hilang.' Dia melangkah masuk. Matanya mencari diberanda. Langsir pintu terbuai mengikut angin malam. Saat itu, telinganya menangkap bunyi gitar. Dia menapak perlahan-lahan menuju ke beranda. Terasa angin malam menyapa kulitnya.
Tiba saja diberanda, matanya menangkap belakang tubuh yang sangat dikenalinya. Ikram Benjamin sedang duduk dikerusi rotan menghadap malam. Jarinya rancak memetik tali gitar. Mulutnya turut menyanyi.
Siang hari ku bagaikan malam
Pelangi pun berwana kan gelap
Ini kah yang di namakan patah hati
Tak ingin ku jalani cInta yang begini
Yang kutahu cinta itu indah
Tak ingin ku rasakan jiwa yang tak tenang
Ku mau kau tetap disisiku
Usai saja lagu itu dinyanyikan, Ikram Benjamin memandang Anggun Dahlia yang duduk bersimpuh dilantai. Matanya ralit memandang lelaki itu. Tanpa sedar ada air jernih merembis keluar dari mata Anggun Dahlia.
"Syyy . . Kenapa menangis ni, sayang abang?" Ibu jari kasar itu mengelap air mata Anggun Dahlia.
"Tak. . . Tak ada apa." Dalihnya. Pantas diseka air mata yang mengalir dipipi. Anggun Dahlia membetulkan duduk.
"Abang hadiahkan lagu tadi tu untuk sayang." Gemersik suara itu memecah sunyi malam.
"Err...te...terima kasih." Mendengar ucapan itu, Ikram Benjamin menarik senyum. Dia menunduk sedikit merapati Anggun Dahlia. Kemudian, hujung hidung isterinya dicium sayang.
"Sayang, abang nak minta maaf atas apa yang pernah terjadi sebelum ni. Masa dekat Malta..." Ayatnya terhenti. Matanya mula berkaca.
"Abang. Benda dah jadi. Dahlia dah lama maafkan abang. Dahlia pun banyak buat silap dengan abang. Dahlia minta maaf sangat." Anggun Dahlia mencium tangan suaminya.
Lelaki itu menyimpul senyum. Pipi mulus isterinya dicubit sayang.
"Anggun Dahlia. Terima kasih sebab sudi jadi bidadari abang. Terima kasih sebab banyak bersabar dengan kerenah abang.
Tapi sebelum tu...abang ada request dekat sayang."
Sengihan nakalnya melebar. Kening juga turut dimainkan.
"Abang nak apa? Ja...angan yang bukan-bukan ya!" Anggun Dahlia menjarakkan dirinya sedikit.
Dia tidak suka dengan sengihan itu.
"Hahahaha. Takkk! Mana ada bukan-bukan. Ni betul-betul. Abang nak..." Dia mendekat. Sebelum itu pintu sliding itu ditutup. Langsir dirapatkan.
"Abangggg... Saya nangis nanti!"
Anggun Dahlia berlari memanjat katil.
Bantal-bantal dilempar ke arah Ikram Benjamin yang sedang galak ketawa.
"Syyyhh! Orang lain dah tidur. Senyap sikit."
Ikram Benjamin memungut satu-persatu bantal yang berselerakkan dilantai.
Dia masih lagi ketawa.
"Habis tu. . . Kenapa abang ketawa?!"
Nafasnya turun naik. Ah, lelaki itu memang gemar mengusiknya!
"Mana ada abang ketawa! Hahahahaha." Dia menekan perutnya. Ketawa sambil terduduk dibirai katil.
"Ok, ok! Abang tak ketawa. Abang nak minta sesuatu ni. Boleh tak?" Senyuman ditarik semanis mungkin.
"Tak boleh!" Emosi perempuannya bertukar marah.
"Hahahahah. Eh?? Abang tanya pun marah? Hahaha. Betul-betul ni sayang." Dia menarik muka simpati. Tetapi tangannya sudah menjalar dipeha Anggun Dahlia. Cepat saja tangan itu ditepis.
Gatal tok sah cakap!
"Bye! Dahlia nak tidur."
Dia menarik selimut tebal itu menyelubungi badannya.
'Bahaya! Ada eloknya aku berbungkus macam ni. Hish!' Dia terasa selimutnya dibuka.
Pantas, badannya dipeluk dari belakang. Dia menggigit bibir. Darah gemuruhnya menyerbu ke seluruh badan.
Ikram Benjamin mencium bahu Anggun Dahlia. "Sayang. Kalau abang nak anak kembar boleh tak?" Dia tersengih miang.
"Tak boleh!" Anggun Dahlia menekup muka.
Mukanya memerah disebalik selimut tebal itu.
"Betul boleh? Meh sini!" Dia tersengih jahat.
"Abangggg!! Tak nakkkk!" Dan malam itu berlalu indah. Ditemani bulan dan bintang menjadi saksi ikatan sah mereka.
Share this novel