Anggun Dahlia terpana dengan pemandangannya ketika itu. Lelaki itu nampak lain benar malam ini. Alunan selo itu terus menembus rongga pendengaran Anggun Dahlia.
Matanya sedikit pun tidak dialihkan daripada Ikram Benjamin. Dia terpukau. Saat itu juga, mata mereka bertembung. Pandangan mereka menjadi satu. Ikram Benjamin menyimpul senyum buat prempuannya.
Dup dap! Dup dap!
Anggun Dahlia memegang dadanya. Ada yang tidak kena pada detak jantungnya. Dia menelan air liur bagi menghilangkan rasa debaran itu.
Anggun Dahlia mahu rebah rasanya dengan senyuman itu. Ikram Benjamin memandangnya sambil terus menggesek selo. Sesekali matanya dikenyitkan buat Anggun Dahlia.
Ya. Dia perasan akan riak perempuan itu. Dia melepaskan gelak kecil. Ketika itu, dunianya hanya ada Anggun Dahlia. Mereka masih lagi membalas pandangan. Setiap renungan yang dihantar sukar ditafsirkan.
Alunan Waltz yang cukup romantik itu membuatkan Anggun Dahlia semakin tidak keruan. Hatinya semakin berdebar-debar.
Diatas pentas itu, Ikram Benjamin sedang menggesek selonya sambil berdiri. Seluruh isi dewan bergema dengan tepukan gemuruh yang dihadiahkan buatnya. Dia menarik senyum sambil melambaikan tangannya pada para tetamu. Kemudian, dia duduk kembali. Menyambung gesekannya. Kali ini matanya terpejam. Tangannya laju mengikut tempo Waltz. Muzik diselangi dengan piano dan terompet. Membuatkan siapa saja yang mendengar alunan Inggeris itu pasti jatuh hati.
"He is too daring tonight, isn't it?" Veronica mencelah sambil tersengih mengusik Anggun Dahlia.
"Err...nooo!" Jawapan meleret Anggun Dahlia membuatkan Veronica ketawa sendiri.
Dia memandang semula ke arah pentas. Ketika itu juga, Ikram Benjamin memandangnya dengan satu pandangan yang romantik. Sambil kepalanya digerakkan mengikut tempo. Tangannya pula rancak menggesek tali selo. Bibirnya menguntum senyum dan satu kenyitan diberikan pada Anggun Dahlia. Terus saja perempuan itu memandang ke tempat lain. Jiwanya sudah kacau.
Tiba giliran muzik tanpa selingan irama selo, Ikram Benjamin mengambil kesempatan itu sambil berdiri. Kaya selo diletakkan diatas kerusi. Kemudian, dia membongkokkan badannya ke bawah. Dia mengambil satu helai kertas putih besar. Lalu, kertas itu diangkat tinggi ke atas. Ikram Benjamin memberi isyarat pada perempuannya agar membaca isi yang ditulis pada kertas itu.
Anggun Dahlia cuba membaca tulisan itu pada skrin layar yang berdiri megah diatas dewan itu. Bagai mahu berhenti degup jantungnya saat matanya menangkap ayat itu.
Pada kertas itu jelas tertulis 'I LOVE YOU, ANGGUN DAHLIA!' Maka, bergema seisi dewan dengan tepukan gemurah para tetamu.
Sudah tentunya tulisan itu menjadi tatapan umum kerana terlayar pada skrin besar itu. Ah, malunya Anggun Dahlia ketika itu! Sudah gila agaknya Ikram Benjamin. Tetapi dalam diam, bibirnya menyimpul senyum. Yang pasti senyuman itu dia sendiri tidak tahu untuk apa.
Kemudian, Ikram Benjamin kembali ke tempat duduknya. Gesekan selonya menemani irama Waltz. Dia menoleh ke arah konduktor. Mereka berbalas senyuman. Pastinya senyuman itu adalah senyuman untuk mengusik Ikram Benjamin.
Beberapa minit kemudian, tepukan gemuruh bergema menandakan persembahan orkestra malam itu telah sampai ke penghujungya.
"Hi! Before we are leaving the areena I just want to make an announcement. For a young lady who wear a beautiful dress, Anggun Dahlia. Please, stay here for a while. Thank you for tonight, everyone! I love you!!"
Telinganya menangkap suara Ikram Benjamin. Kali ini dia betul-betul mahu pitam apabila mendengar pengumuman yang baru saja dibuat. Ah, Ikram Benjamin sudah gila! Dia juga turut gila sama. Saat itu, Anggun Dahlia sudah tidak tahu bagaimana lagi mahu mengawal dirinya. Ada saja kelakuan yang mengejutkan buat dirinya.
Share this novel