10

Romance Completed 63993

"Pukul berapa kau sampai?"

Ton suaranya serius.

Anggun Dahlia seperti mahu berlari ke bilik air. Kemudian celup muka didalam baldi. Malu!

Matanya terus meneliti penampilan Anggun Dahlia.

Dia menarik segaris senyum dibalik cawannya.

"Hoi! Aku tanya ni! Sengih apa?"

Ikram Benjamin tersentak dengan sergahan itu. Akibatnya, air yang dihirup tadi memasuki rongga hidungnya. Pedihnya ketika itu!

"Uhukk! Apa kau ni! Tanya elok-eloklah sikit."

Dia mencapai tisu lalu mengelap mulutnya.

Cawan diletak semula diatas piring kecil.

"Tidur sini."

Ringkas dan padat. Jawapan yang cukup difahami Anggun Dahlia. Juga membuatkannya terfikir sejenak.

'Tidur sini?'

"Hah?! Maksudnya malam. . . tadi kau. . ."

Anggun Dahlia menggigit bibir bawahnya. Matanya dipejam.

"Emm. ..aku dengar kau melalak dekat atas malam tadi. Macam suara jantan. Terkejut aku. Aku ingat jantan mana tidur sini."

Ikram Benjamin tersenyum sinis.

"Er. . . Dah! Pergi kemas semua makanan kau ni. Lepas tu sambung kerja!"

"Kerja apa? Hari ni kan hari Jumaat. Kafe tutup."

Meja dikemas dan dilap seperti sedia kala.

Anggun Dahlia mencapai beg tangannya menuju ke arah Ikram Benjamin.

"Kau lupa,kau tu kerja apa?"

Mencerun renungan mata itu.

'BUTLER!'

"Ok,as you wish! Bos nak ke mana? Awal lagi ni."

Tiada jawapan.

Anggun Dahlia mendahuluinya ke kereta.

"Bos nak ke mana?"

Pintu kereta dibuka. Dia turut meloloskan badannya dibahagian pemandu.

Butang 'start' ditekan. Enjin kereta dihidupkan.

Figura disebelah ditatap sekejap.

"Klinik panel."

Laju jawapan perempuan itu.

Setelah selesa dengan duduknya, dia mengeluarkan tablet.

Seperti biasa setiap pagi akan ada e-mail yang perlu dibalas.

E-mail dari pihak kilang dan anak-anak buahnya.

"Bos kenapa?"

"Sakit."

"Sakit apa?"

"Sakit jiwa dengan kau."

Perlahan jawapannya,namun jelas dipendengaran Ikram Benjamin.

"Sebab?"

"No reason!"

Ikram Benjamin tersenyum. Kepalanya digeleng.

"How come when you did hate someone, but you did not have any reasons? Aku tak faham,bos. Can't make a sense."

"Tak semua benda dalam dunia kau kena faham, Ikram Benjamin."

"Hahaha. Tapi aku kena tahu,bos, kenapa kau sakit jiwa dengan aku? Sebab berkaitan dengan diri aku. One more thing, if I already hurting you, why must you see a doctor better than me?"

Sungguh Ikram Benjamin keliru. Salah apa yang dia buat sehingga Anggun Dahlia berbicara seperti itu.

Dia mengusap perlahan tengkuknya.

"Tak ada apalah. Kau tak payah fikir. Kau drive je kereta ni elok-elok. Aku tak nak masuk hospital sebelum aku kahwin. Sebab kecuaian kau memandu sambil berbual. Tak fokus!"

"Ok."

Keluhan berat dilepaskan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience