(Melaka- Dua hari kemudian)
Dia mengusul sepucuk surat diatas meja. Empat pasang mata yang lain merenung tajam ke arah sampul berwarna putih tersebut.
"Aku akan letak jawatan."
Ayat itu tenang diusul oleh Ikram Benjamin.
Empat pasang mata itu membulat ketika mendengar perkhabaran itu.
"Kenapa ab..err...kau nak berhenti?" Soal Anggun Dahlia kekok. Dia memandang Ikram Benjamin sambil menggerakkan matanya ke arah Brasier.
Ikram Benjamin cuba memahami isyarat mata yang diberikan oleh Anggun Dahlia. Berkerut dahinya.
Sekali lagi isyarat mata diberi. Akhirnya Ikram Benjamin menyimpul senyum sambil memainkan keningnya.
Dia faham maksud isyarat mata itu. Pastinya Anggun Dahlia tidak mahu memanggilnya 'abang'. Takut ketahuan oleh Brasier.
"Kenapa kau nak berhenti? Tiba-tiba saja. Kau bergaduh lagi ke dengan bos?" Brasier terus melirik ke arah Anggun Dahlia. Was-was pula dia rasakan. Sejak tadi lain benar sikap dua manusia itu.
"Aku terpaksa letak jawatan. Kau tahukan, Manaory tak ada siapa yang boleh uruskan. Aku tak boleh selalu mengharapkan Louis. Dia cuma pekerja aku. Bukan semua benda dia boleh uruskan. Jadi, aku minta kau orang faham situasi aku." Panjang lebar jawapan Ikram Benjamin.
Kemudian, dia memandang Anggun Dahlia. Ketika itu, Anggun Dahlia sedang merenung tajam ke arahnya.
Akibatnya, dia melepaskan tawa. Hatinya dicuit rasa kelakar melihat reaksi muka itu. Bagaikan dia sedang membuat satu kesalahan besar Dan perlu dihadapkan ke muka pengadilan.
"Nanti ada masa, boleh datang jumpa aku dekat sana kalau kau orang RINDU aku."
Hujung bibirnya melorek senyuman. Tetapi cepat saja diseriuskan semula reaksinya.
Sengaja dia menekan perkataan rindu itu, dengan harapan ada satu jiwa yang boleh memahami maksudnya.
"Tak ada masa aku nak rindukan kau. Tapi...kenapa aku rasa lain macam?" Brasier memandang Ikram Benjamin Dan Anggun Dahlia silih berganti. Matanya juga dikecilkan bagi meminta kepastian.
"Apa yang lainnya?" Anggun Dahlia mencelah. Dalam hatinya berharap agar Brasier tidak menghidu sesuatu.
"Tak adalah. Cuma aku rasa was-was dengan kau orang berdua. Kenapa aku rasa kau orang berdua macam dah lain ya lepas balik dari Malta?"
Brasier tersengih jahat. Keningnya juga turut dimainkan berkali-kali. Sekejap dia memandang Anggun Dahlia yang sedang tidak senang duduk. Kemudian, dia beralih pandang pada Ikram Benjamin yang sedang menyorok senyumannya ketika itu.
"Apa yang lainnya? Ah, aku masih Ikram Benjamin yang kau kenal. Tapi aku tak tahulah pula kau bercakap pasal siapa sebenarnya."
Hujung bibirnya menarik sengih sambil memandang Anggun Dahlia.
"Ehem, ehemmm!". Brasier berdehem dengan kuat. Matanya menangkap kelakuan dua manusia dihadapannya. Mereka saling berbalas pandangan. Yang seorang sedang tersengih seperti orang gila. Yang seorang lagi pipinya sedang merona merah.
"Bos, kenapa pipi bos naik merah?? Bos Tak sihat ke?" soal Brasier panik.
Soalan Brasier itu mengundang tawa Ikram Benjamin.
"Eh,eh! Yang kau ni pula kenapa tiba-tiba ketawa?" Berkerut dahi Brasier melihat tingkah laku mereka berdua. Oh, dunia semakin pelik sekarang ini.
Tidak! Bukan dunia yang berkelakuan pelik. Tetapi seisi jagatnya yang berubah tingkah. Semakin pening dia mahu memahami situasi tersebut.
"Err..Brasier! Kau tak ada kerja ke dekat kitchen tu? Aku rasa menggunung kerja yang ada.". Cepat saja Anggun Dahlia mencelah. Cukuplah untuk hari itu. Otot mukanya sudah kejang menahan malu.
"Sudahlah Brasier, kau pergilah sambung kerja kau. Malas aku nak melayan kau." Ikram Benjamin berlalu meninggalkan mereka berdua.
"Haa, tengok! Aku dah agak! Mesti ada sesuatu dengan korang berdua ni. Tak apa! Kalau aku dapat tahu nanti, jagalah kau orang berdua." Dia menarik sengih.
Share this novel