Get the app for full experience
"HAHAHA. Itu semua kau tak perlu tahu. Tapi puas hati aku bila lihat siapa pencabar kau tu," ujar X sambil menaip. Setelah mesej berjaya dihantar dia mendongak. Hakikatnya dia juga sakit hati melihat pose-pose mereka. Sekarang ini, Luth sedang berada di belakang Zulaika Imani. Jurufoto meminta Zulaika Imani menyandarkan kepalanya ke dada bidang malah berbulu halus milik Luth. Dan tangan Luth pula diletakkan atas perut Zulaika Imani. Semakin kuat Damien membaham bibirnya sudahlah baru saja membaca mesej yang nombor asing itu hantar. X tidak akan membidik gambar sekiranya Zulaika Imani tidak berposing keseorangan. Apatah lagi kini dengan Luth Isaac seorang ...