Chapter 2

Romance Completed 77490

Malam yang diterangi lampu-lampu dibawah setiap kanopi menceriakan hari dua sahabat sejak zaman universiti itu lagi. Pelbagai makanan dan minuman dijual dengan harga yang tidak masuk dek akal oleh peniaga-peniaga.

"Sedapnya kambing golek itu! Jom pergi sana nak Lia?" Aida menarik-narik lengan rakannya supaya pergi ke kanopi bahagian yang menjual makanan barat.

"Aida..kau jangan sampai aku golek dengan kau sekali dekat sana. Kau mana boleh makan daging nanti mulalah pening kau itu nak menggila. Cari makanan lainlah. Jom kita pergi dekat kanopi yang jual ayam madu bakar itu? Nampak macam sedap saja ayam dia. Jom jom!" Kini Dahlia pula yang menarik lengan Aida.

Gadis itu mempamerkan wajah sayu sewaktu melintas dihadapan kanopi kambing golek. Dia baru teringat yang dia tidak boleh makan daging kambing mahupun lembu. Jika dimakan juga, rasanya dia balik dengan ambulans nanti.

"Akak, nak ayam madu bahagian peha itu 5 ketul ya?" Peniaga wanita yang dalam lingkungan 40an itu mengangguk lalu lincah saja tangannya mengisi 5 ketul peha ayam ke dalam beg plastik kemudian dihulurkan pada pelanggannya.

"Berapa kak?"

"RH12.50." Dahlia menghulurkan 13 ringgit dan menyuruh wanita itu menyimpan bakinya. Alah, 50 sen dia tak berkira sangat pun kecuali baki RH50 itu lainlah.

"Terima kasih ya dik." Ucap wanita itu seraya tersenyum.

"Sama-sama akak. Aida, kau nak pergi mana lagi ini?" Soalnya pada Aida yang setia berada disisinya.

"Erm..aku nak pergi beli mee goreng kuali besar dekat hujung sana itulah. Kau nak ikut?" Dahlia menggeleng tidak mahu kerana kanopi itu agak sedikit jauh dari tempat mereka berdiri sekarang. Dia malas nak berjalan jauh-jauh.

"Tak apalah kalau macam itu. Kau tunggu aku dekat tempat biasa tau?" Pesan Aida sebelum gadis itu melangkah pergi.

Dahlia memusingkan badannya ke belakang. Tiba-tibanya matanya tertancap pada sebuah gerai yang menjual roti john cheese. Itulah makanan kegemarannya sewaktu usianya masih kanak-kanak lagi.

Dia ingin beli roti john cheese itu tetapi yang masalahnya, dia perlu beratur panjang. Dia paling malas kalau bab-bab beratur ni. Masa dia sekolah dulu, dia main pintas saja barisan orang sewaktu ingin membeli dikantin.

Tetapi..ini melibatkan makanan kesukaan dia. Tak apalah, kena berjuanglah sikit untuk dapatkan apa yang diinginkan.

Kakinya dibawa ke arah gerai itu. Mujur dia mendapat tempat keempat jadi tidaklah dia perlu menunggu lama.

Selepas 16 minit menunggu, telah tiba gilirannya untuk memesan pula.

"Dik, roti john cheese ayam satu." Pesannya bersama sebuah senyuman. Dia salah seorang pemurah dengan senyuman manis dan sinis.

Matanya memerhati saja cara remaja lelaki itu membuat roti john. Memang kecur liur Dahlia yang melihatnya ditambah lagi dengan keju yang meleleh diatas roti itu. Aroma menusuk jauh ke dalam hidungnya menyebabkan perutnya makin berkeroncong.

"Abang jaket hitam yang dekat belakang tu!" Remaja lelaki itu memanggil jejaka yang berada dibelakang Dahlia.

"Ya?" Sahut gerangan itu sebagai balasan.

"Roti john dah habis. Maaf sangat-sangat." Terdengar dengusan kasar dilepaskan. Penat-penat tunggu last last habis.

"Lain kali cakaplah awal-awal! Buat penat saja kena tunggu macam tunggul kayu macam ini." Dahlia hanya diam menikus. Tidak berani ingin menyampuk. Kejap lagi tak pasal-pasal pipi lebam kena tumbuk.

"Maaf bang." Remaja itu memohon ampun sekali lagi tetapi tidak dihiraukan lelaki yang masih berada dibelakang Dahlia.

"Abang abang! Siapa abang kau?" Dahlia menelan kesat air liurnya. Janganlah ada peperangan disini. Mahu pitam dia nanti.

"Err..maaf encik." Kerja membuat roti john yang tergendala tadi kembali disambung. Roti yang amat menyelerakan itu dibalut didalam kertas pembungkus nasi kemudian diletakkan ke dalam beg plastik dan dihulurkan pada Dahlia.

Baru saja Dahlia ingin menyambut huluran itu, ada tangan lain yang terlebih dahulu memintas. Dia tercengang. Wajahnya dipaling ke belakang. Dia sedikit terpaku melihat kekacakan gerangan itu walaupun separuh wajah itu ditutupi kaca mata hitam tetapi yang dia tidak tahan, perangai membiul lelaki itu.

"Encik..yang itu saya punya. Kalau nak juga, datang lain hari ya?" Dia ingin merampas beg plastik itu tetapi beg plastik itu telah pun diangkat tinggi ke udara mengakibatkan dirinya yang sejak azali lagi pendek, tidak dapat mencapainya.

'Huh! Ketot.' Senyuman sinis terlakar dibibir lelaki itu. Not50 dikeluarkan dari poket seluarnya lalu diletak diatas meja gerai itu.

"Sorry, I paid this first." Dahlia mengetap kuat bibirnya. Dia yang letih-letih berebut tempat dan berdiri lama, ini hasilnya?

"Paid ke tak paid ke encik rasa saya kesah ke? Hidup ini jangan suka sangat ambil atau curi hak milik orang." Jejaka itu mengerutkan kening.

"Hak milik orang? Siapa yang ambil hak milik orang? This is mine. I paid this first. Not you. So, this is mine. MINE, girl." Dahlia yang begitu geram lantas memijak kuat kaki lelaki itu lalu berlari pergi dari situ.

"Ouch! Hey you!" Lelaki berbadan tegap itu mengejar larian Dahlia setelah menggosok-gosok kaki kirinya yang berdenyut sakit. Merah satgi ni.

Kaki Dahlia laju saja memecut ke tempat yang dijanjikan bersama Aida tadi. Dia mahu segera pulang kerana dia tahu yang pemuda itu sedang mengejarnya.

"Aida Aida! Jom balik." Sampai saja ditempat itu, tangannya langsung memaut lengan rakannya tanpa memberhentikan larian.

"Weh apa hal ini? Kau kena kejar dengan hantu ke?" Aida yang tidak tahu apa-apa melihat pelik wajah Dahlia yang pucat lesi itu. Memang benar-benar dikejar hantu lagaknya ni.

"Haah memang pun. Hantu roti john." Lagi bingung Aida dibuatnya. Hah? Apa ni? Apa yang dah berlaku? Kenapa dia tidak tahu?

"Hey girl! Better you stop running before I shoot you!" Dia menamatkan larian lalu berpusing ke belakang diikuti Aida. Terdapat sepucuk pistol pada tangan lelaki itu yang sedang ditarget padanya. Jantungnya bagaikan berhenti berdegup.

"Weii pistol tu jangan dibuat main.." Bicara Aida takut-takut. Mukanya sudah sama pucat seperti Dahlia.

"Encik nak apa? Urusan kita dah selesai." Ketawa sinis terlepas dari bibir jejaka berjaket kulit hitam itu.

"Selesai? Who says? Sport shoes putih melepak I ini siapa yang nak tolong bersihkan? You ingat you boleh lari macam itu saja ke? Hey no way!" Lelaki itu mengurangkan jaraknya dengan Dahlia sehingga berbaki setengah meter.

Haruman mawar daripada Dahlia membuatkan lelaki itu tersedar akan niatnya. Pistolnya diselit semula dipinggang seluar lalu ditutup dengan bajunya.

"Apa nama you?" Tanya Adrique sambil menatap dalam sepasang mata hitam milik gadis dihadapannya. Dia sengaja mencari pasal dengan gadis itu dari gerai roti john lagi kerana dia ingin mengenali gadis yang memakai bauan bunga mawar ini.

"Buat apa encik nak tahu nama saya?" Dahlia membalas soalan lelaki itu dengan soalan. Cuitan Aida dipinggangnya, diabaikan.

"Kenapa? Salah ke I nak tahu nama you?" Sebelah kening diangkat Adrique seraya berpeluk tubuh.

"Penting ke? Saya tak kenal encik pun jadi buat apa saya nak beritahu nama saya pada encik?" Adrique mengangguk-angguk mengerti.

"Ohh you tak kenal I. No wonder..I pakai sunglasses memanglah you tak kenal. Kalau I tanggalkan macam ni?" Dia menanggalkan kaca mata hitamnya lalu disangkut dikolar baju.

Dahlia terpaku. What the fish?

"Prince Rique!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience