Chapter 1

Romance Completed 77502

Peluh yang terbit didahi lantas dikesat. Ketar lututnya menerima tengkingan hebat dari majikannya tadi. Tidak pasal-pasal cair tahi telinga dia hari ini.

"Kau pun Lia..buat kerja itu betul-betullah. Kan aku dah cakap yang si pakcik itu tak nak sebarang typo walau sebesar kuman sekali pun masa hantar kerja dia. Kau ini.." Dahlia memutarkan bebola mata. Punggung dilabuhkan diatas kerusi dalam bilik pejabat kecilnya.

"Inilah sebabnya kau suruh aku datang dengan segera tadi?" Dia menyoal sambil membuka fail yang telah cantik mendarat diatas karpet mewah dalam ruangan majikannya tadi kerana dilempar Encik Saiful.

"Hm..sebab inilah. Aku sebenarnya datang office hari ini sebab nak ambil beg laptop aku tertinggal tup tup bertembung pula dengan pakcik singa itu. Aku yang tak bersalah ini pun kena jerkah dengan dia tadi." Ketawa kecil terlepas dari bibir Dahlia. Geli hati dia melihat wajah mendung rakannya, Aida.

"Apa pasal kau kena juga?"

"Lambat call kau." Aida menjawab seraya kakinya melangkah ke arah mejanya yang hanya berada bertentangan Dahlia. Mereka berdua berkongsi bilik pejabat jadi senanglah mereka ingin bergosip.

"Alaa kesiannya dia.." Tersengih-sengih Dahlia mengusik rakannya. Aida mencebik bibir.

"Kesian saja ke? Belanja aku makan tak nak?" Dengan tidak tahu malu Aida menawarkan dirinya untuk dibelanja makan.

"Amboi..kau ingat kerja aku ini duduk dan cop duit ke?" Dia membuat muka tidak tahu. Kerja cop duit ke cop kertas ke, ada dia kesah?

"Peduli apa aku. Malam ini ada pasar malam. Belanja eh aku dekat pasar malam nanti? Bye baby!" Gadis itu berlalu bersama wajah ceria. Cepat saja angin Aida berubah.

Dahlia menggeleng kepala dengan telatah Aida. Komputer milik pejabat dibuka untuk memulakan kerjanya. Terpaksa dia menaip kembali setiap kertas yang mempunyai kesilapan ejaan sehingga selesai.

....................

Dengan berhati-hati pintu bilik beradunya dibuka supaya bunyi tidak terhasil. Pintu itu ditutup rapat kemudian laju kakinya menuruni anak tangga. Sampai saja dilantai bawah, namanya diseru lembut.

"Rique.." Badannya dipusing ke belakang lalu sengihan kekok ditarik. Gadis dihadapannya itu menjungkit-jungkitkan kening sambil mencekak pinggang. Dia faham isyarat itu.

"Err..nak pergi--" Belum habis lagi bicaranya sudah dipotong.

"Nak pergi tempat itu lagi? Rique..bahayalah!" Tunku Puteri Darena Alice atau lebih dikenali sebagai Princess Alice membantah niat adiknya.

"Alaa tak bahaya pun. Rique lelakilah. Rique pandai jaga diri. Jangan bagitahu ayahanda ya? Gotta go!" Adrique berjalan ke arah pengawal peribadinya yang setia berdiri diluar istana untuk mengawasi kawasan.

"Derul, jom!" Bahu Badrul ditepuknya kasar dari belakang. Lelaki itu yang sering berjaga-jaga lantas mengeluarkan sepucuk pistol dari seluar lalu diacukan pada gerangan yang menepuk bahunya.

"Woo woo relax..it's me." Adrique mengangkat kedua tangannya gaya seperti seorang pesalah yang akan dipenjarakan.

Badrul tergamam. Pistolnya kembali diselit dipinggang seluar. Dia menunduk hormat menyedari yang sedang berdiri dihadapannya saat itu ialah Prince Adrique.

"Maaf Prince Rique, saya tak sengaja." Pohon Badrul. Setelah itu matanya tertancap pada pemakaian anak raja itu. Berbaju tshirt putih disarung pula jaket kulit hitam dipadankan skinny jeans hitam bersama topi dikepala dan kaca mata hitam.

Dia amat kenal cara pemakaian ini. Tak lain dan tak bukan, ini pasti Prince Adrique ingin ke tempat yang begitu sesak dengan manusia itu. Apa yang seronok ditempat itu pun dia tidak tahu. Membosankan saja.

"It's okay. It's my fault. So, jom?" Adrique memasukkan tangannya ke dalam poket seluar seraya menaikkan sebelah kening.

Badrul menggaru-garu belakang tengkuknya. Dia sebenarnya bimbang bawa anak berlian ini ke sembarangan tempat. Jika apa-apa perkara buruk yang terjadi pada Prince Adrique, dia yang dipersalahkan dan kemungkinan besar dia akan dipenjara seumur hidup.

"Err..maaf Prince Rique, saya tak berani nak ambil risiko untuk kali yang ketiga. Lagipun Princess Alice dah pesan pada saya supaya bawa Prince Rique hanya ke tempat-tempat yang sepatutnya." Hujung kening digaru Adrique. Susahnya lah kalau ada pekerja yang benar-benar menurut perintah.

"Alice dah tahu mana aku nak pergi malam ini. Alaa relakslah..bukan ada orang cam aku pun dengan dressing macam ini." Lama Badrul berfikir sebelum dia menganggukkan kepala bersetuju.

3 tahun dia telah berkhidmat untuk Prince Adrique. Dia teramat mengenali sifat keras kepala dan panas baran putera itu. Jika tidak diturut apa yang diinginkan, ada yang akan dibuang kerja nanti.

"Good." Adrique menepuk-nepuk bahu lelaki dihadapannya yang dilapisi kemeja hitam.

Badrul berdiri tegak lalu menunduk hormat. Nampaknya dia terpaksa menjejakkan lagi kaki ke tempat itu. Aduh! Masalah betul.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience