Chapter 52

Romance Completed 77490

Direnung tajam pintu bilik kerja King Dahmod. Hari ini, dia akan bongkarkan segalanya mengenai Prince Adrique pada lelaki itu.

Berita mengenai kematian Qarif yang diterimanya semalam sangat menaikkan darahnya. Lihat sajalah Adrique, dunia ini adil.

Pintu diketuk. Setelah menerima keizinan, dia membuka pintu itu.

"Ada apa hal kau nak jumpa aku, Qashah?" King Dahmod menutup fail yang perlu ditandatangani itu lalu ditolak ke tepi. Matanya fokus pada Qashah.

"Saya ada maklumat untuk diberitahu pada King Dahmod."

"Pasal anak aku?" Qashah mengangguk.

"Then, tell me now."

"Beberapa hari lepas Prince Rique telah berkahwin dengan perempuan bernama Rose Dahlia." King Dahmod menggeleng menindakkan.

"Tak mungkin. Adrique ada di Moskow waktu itu. Macam mana dia kahwin? Takkanlah dia bawa perempuan itu pergi Moskow sekali?"

"Tidak King Dahmod. Prince Rique sebenarnya sudah pulang tetapi Prince Rique merahsiakan ketibaannya. Ini bukti pernikahan Prince Rique." Qashah menghulurkan telefonnya pada raja itu. Gambar perkahwinan Prince Adrique dicuri dari dalam telefon milik seorang anak buah putera itu yang turut hadir pada hari ijab dan kabul tersebut.

"Dasar anak tak kenang budi! Berani-berani dia ingkar perintah aku. Sudah banyak kali aku pesan jangan dekati perempuan miskin ini. Bodoh! Qashah, bawa aku jumpa Adrique sekarang juga." Tubuh separa dibongkokkan menerima sepenuhnya arahan ketua negara itu.

King Dahmod bangkit dari duduknya. Dia harus kasi pengajaran pada anaknya dan gadis kampung itu. Dasar anak kampung! Ada hati mahu jadi puteri juga. Sedarlah diri itu tidak layak.

Kaki dihayun laju menuju ke kereta.

"Ayahanda nak ke mana?" Soal Alice ketika terlihat figura lelaki itu yang seperti terburu-buru saja melalui ruang tamu. Buku melukis ditutup kemudian diletakkan diatas meja bersama sebatang pensil.

"Ayahanda nak 'melawat' Rique dengan isteri dia." Mulut Alice sedikit terlopong. Bagaimana King Dahmod tahu tentang ini?

Matanya dihala pada gerangan yang berada disamping ayahnya. Qashah? Lelaki itukah yang telah memberitahu pada King Dahmod?

"Is..isteri?"

"Yes, Rique dah kahwin. Ayahanda pergi dulu. Ingat, jangan ke mana-mana. Duduk saja di istana." Tanpa menunggu balasan gadis itu, King Dahmod langsung bergegas ke Rolls Royce.

Hanya dua buah motor polis saja yang mengiringinya dari depan. Siren polis dibunyikan lalu kereta mewah itu bergerak meninggalkan kawasan istana.

Sampai saja pada simpang empat, jalan yang sepatutnya harus lurus Qashah memusingkan stereng ke kanan.

"Kau nak bawa aku ke mana Qashah?" Qashah tersenyum sinis tanpa dilihat King Dahmod. Tahulah dia ke mana dia ingin menghantar orang tua itu.

"Ini jalan pintas." Jalan pintas untuk cepat sampai ke neraka buatan.

King Dahmod mengambil keputusan untuk mendiamkan diri. Lagi cepat sampai, lagi cepat api kemarahannya dapat dilunaskan.

Tanpa sedar yang dia sebenarnya dibawa menuju ke kandang seseorang. Seseorang yang telah lama menunggu kehadirannya.

Beberapa minit kemudian, kereta diberhentikan disebuah lorong. Berkerut keningnya. Tempat apa ini? Dia berasa tidak sedap hati.

Telefon yang berada ditangan cepat-cepat menghantar lokasi keberadaannya pada Adrique seusai itu dia mencampakkan telefon ke bawah kerusi.

"Tempat apa ini, Qashah?" Qashah memberi isyarat mata pada orang sebelahnya lalu lelaki itu segera menutup hidung King Dahmod dengan sehelai kain kecil yang sudah dititiskan sejenis cecair diatasnya.

Tubuh King Dahmod yang meronta-ronta itu makin lama makin lemah dan akhirnya senyap.

Mereka membawa tubuh tua itu berjalan memasuki sebuah bangunan buruk yang berada dihujung lorong.

King Dahmod diletakkan diatas kerusi lalu badan itu diikat ketat dikerusi dan mulut pula ditampal duct tape.

Kerja mereka sudah beres. Tunggu masa untuk ketua mereka sampai saja.

Qashah yang berdiri sambil memeluk tubuh itu tersenyum sinis. Mata memanah sedalamnya wajah King Dahmod. King Dahmod yang dimegahkan itu sekarang hanyalah sekujur tubuh yang lemah dimatanya. Tunggu ajal menjemput saja.

Sudah tua, tidak perlu hidup lama-lama lagi bimbang dosa yang ditanggung semakin menggunung.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience