Chapter 16

Romance Completed 77490

Dahlia dan Aida bersama-sama melangkah keluar dari bangunan pejabat. Gelak tawa mengiringi mereka. Tidak tahu apa cerita yang dibukakan sehinggakan tidak sedar ada yang sedang memerhati.

"Haah minggu lepas tak silap aku. Aku tak boleh terima langsung pasal 'kecerdikan' dia itu. Dia cakap alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Eh! Bukan setakat pangkal lengan saja aku tengok, dengan kepala-kepala sekali dia pergi celuk hahaha!!" Sakan Dahlia menggelakkan salah seorang staf Magazine Berhad yang cuba berkenalan dan sekaligus menggoda pekerja lelaki baru disyarikat itu. 

"Hahaha kau ini.." Aida menunjal bahu rakannya sambil memegang perut yang sakit akibat begitu kuat tertawa.

"Ehem!" Dunia yang direka mereka akhirnya punah setelah terdengar deheman seseorang. Dua-dua berpaling ke depan.

"Eh hai anak cina!" Bukan. Itu bukan sapaan dari Dahlia tetapi daripada Aida.

Sapaan mesra itu hanya dibalas dengan wajah tegas dan beku Badrul. Langsung tidak diukirkan senyuman buat Aida walaupun satu sentimeter.

Aida yang tersengih tadi lantas menarik muncung panjang apabila melihat respon kosong jejaka berkulit putih cina itu. Huh tak nak kawan!

"Tak ada perasaan langsung dia ini. Letak bom tepi telinga pun belum tentu terkejut ini." Omelnya perlahan sambil mata diliarkan ke seluruh tempat.

"Aida, aku balik dululah eh? Apa-apa terus call." Aida membuat muka.

"Hm..untunglah orang itu ada driver. Pergi kerja ada orang ambil, balik kerja pun ada yang menjemput." Dahlia berpaling ke arah Aida lalu membulatkan matanya tanda tidak suka rakannya berkata begitu.

"Apa?" Soal Aida buat-buat tidak mengerti.

"Dah jauh melalut dah kau ini. Pergi baliklah sana. Rest banyak-banyak. Jangan bangun selagi kau rasa mengantuk. Take care. See you tomorrow." Dahlia melagakan pipinya bersama gadis itu. Tubuh Aida ditolak menyuruh rakannya segera pulang.

Aida berjalan mengundur seraya merenung wajah kacak Badrul. Bibirnya menarik senyuman sinis buat lelaki itu sewaktu Badrul menoleh padanya. Urusannya belum selesai lagi dengan pemilik mata sepet itu.

Dahlia memerhati saja tindak-tanduk dua ketul manusia itu. Seorang senyum senget sambil berjalan mengundur dan seorang lagi hanya berdiam diri memandang. Pelik.

"Bad?" Dia memetik jari dihadapan muka Badrul setelah Aida masuk ke dalam perut kereta.

"Badrul!" Sekali lagi dia petik jari tetapi kali ini lebih kuat untuk menyedarkan lelaki itu yang sedang jauh termenung.

"Hah? Ya, kenapa?" Wajah Badrul yang tanpa cermin mata hitam saat itu sungguh blur.

"Termenung sampai ke mana dah itu? Pluto?" Terkebil-kebil mata sepet Badrul cuba menangkap butir bicara Dahlia.

"Err..tak. Saya dibumi lagi. Jomlah Cik Rose, saya hantar balik." Dahlia hanya membalas dengan anggukan kepala. Setelah pintu dibuka lelaki itu, dia segera memasuki ke dalam perut kereta.

Perjalanan dari pejabat hingga ke rumah memakan masa hanya belasan minit. Tidaklah terlalu panas punggung Dahlia duduk didalam kereta lama-lama tanpa sebarang suara dikeluarkan mereka berdua. Si Badrul tidak bercakap, buat apa dia terhegeh-hegeh nak buka mulut, kan?

Badrul memberhentikan kenderaan jenis Mazda CX-5 berwarna hitam berhadapan pintu pagar utama rumah keluarga Dahlia. Rumah itu kelihatan gelap saja bagai tiada tuannya.

Lampu terus dimatikannya bersama enjin kereta. Hidungnya seperti dapat menghidu sesuatu perkara buruk yang bakal berlaku.

"Terima kasih sebab hantar saya sampai depan rumah. Goodnight." Pintu yang ingin dibuka gadis itu lantas dikuncinya membuatkan Dahlia sedikit terperanjat.

"Tunggu. Jangan mudah untuk keluar macam itu saja." Kata Badrul sambil tangan mencapai sesuatu didalam dashboard. Sepucuk pistol Colt M1911 dikeluarkan lalu diselitkan dipinggang seluar.

"Kenapa ini Bad? Apa yang dah jadi?" Kalut Dahlia menyoal setelah melihat lelaki itu sedang memeriksa peluru didalam pistol tadi.

"Jom turun but please don't make any noise." Kunci pintu dibuka. Wireless bluetooth earphone with microphone yang sentiasa terselit ditelinganya diperkemaskan lagi bimbang jika terjatuh tanpa sedar nanti.

Pintu dibahagian tempat duduk Dahlia dibuka dan ditutup Badrul penuh hati-hati. Mereka berjalan masuk ke dalam halaman rumah yang hanya diterangi lampu jalan. Itu pun satu tiang saja yang ada dikawasan itu.

Badrul lantas menarik lengan Dahlia ke belakang pokok buah mempelam setelah terlihat beberapa kelibat sedang menuruni anak tangga rumah.

"Ibu.." Seru Dahlia perlahan walau dia tahu bahawa hakikatnya wanita itu tidak akan dengar. Jantungnya berasa ingin tercabut saat menyaksikan situasi sekarang ini.

Dimanakah ibunya? Adakah ibunya baik-baik saja atau sebaliknya? Ya Allah, minta jauh segala perkara buruk dari menimpa Puan Zahirah.

Tanpa disangka-sangka, deringan telefon milik Dahlia berbunyi. Matanya terbuntang luas. Alamak! Cepat-cepat tangannya mematikan terus telefonnya.

"Cik Rose!" Badrul mengeraskan suaranya tetapi secara perlahan. Lebih kepada memarahi Dahlia kerana membuat bising. Elok-elok dah pesan tadi tapi buat juga.

"Woi!" Sekarang tempat persembunyian mereka sudah diketahui dek si musuh. Badrul lantas menarik Dahlia ke belakangnya setelah beberapa orang lelaki bertubuh kekar mula mendekati mereka berdua.

"Siapa kau?" Soalnya pada lelaki-lelaki dihadapannya itu.

"Kau tanya aku siapa kami?" Kedengaran tawa mereka terletus.

"Aku yang sepatutnya tanya siapa kau!" Kata seorang lelaki yang terdapat batang besi pada tangannya. Mungkin lelaki itu ketua pada gengnya. Batang besi itu diangkat lalu dilayangkan pada kepala Badrul.

Badrul membongkok 70 darjah mengelak serangan sebelum itu sempat dia menolak Dahlia ke belakang sedikit agar tidak terkena tempias besi itu.

"Tangkap perempuan itu!" Pemegang besi itu menyuruh dua orang anak buahnya supaya menangkap Dahlia sementara dia ingin melawan serangan dengan Badrul.

"Cik Rose, lari!" Arah Badrul.

Dahlia tidak angguk dan tidak juga geleng malah dia hanya berdiam diri ditempatnya sehinggalah kedua belah lengannya dipegang. Kenapa dengan dirinya? Arahan Badrul tadi seakan masuk telinga kiri dan keluar telinga kanan.

Dia ditarik masuk ke dalam rumah meninggalkan Badrul bersama seorang lelaki tadi yang masing-masing sedang mempertahankan diri dari terkena tumbukan atau pukulan.

Masuk saja ke dalam rumah, pandangannya terhala pada sekujur tubuh yang terbaring kaku diatas lantai rumah.

"Ibu!" Dia ingin berlari mendapatkan wanita itu tetapi pergerakannya terbatas kerana kedua belah lengannya belum dilepaskan lagi.

"Suka tengok ibu kau macam itu? Suka?" Sinis pertanyaan lelaki disebelah kirinya.

"Ish lepaslah!" Dahlia mula meronta-ronta.

"Diam!" Jerkahan daripada dua orang penjahat itu membuatkan Dahlia makin menggelepar.

"Korang nak apa sebenarnya hah? Lepaskan akulah sial gila!" Amukan Dahlia ibarat menuangkan minyak ke dalam api. Tubuhnya terus ditolak ke dinding lalu lehernya dicekik oleh lelaki dikirinya tadi.

"Kalau tak disebabkan bos, dah lama aku lenyapkan kau dari bumi ini. Dasar sundal!" Pipi Dahlia ditampar bertalu-talu sehingga terbitnya cairan pekat dihujung bibirnya.

"Ergh!!" Dia mengerang kesakitan. Tindakan diambil dengan menendang celah kangkang lelaki itu menggunakan lutut.

"Aduh!" Terbongkok si lawan sambil memegang alat sulitnya. Berkerut-kerut muka menahan perit.

"Kau..kurang ajar!" Seorang lagi lelaki mendekati Dahlia kemudian menumbuk kuat perut gadis itu. Terlalu kuat sehingga membuatkan Dahlia melorot jatuh ke lantai. Perutnya yang berasa seperti berdenyut itu dijamah.

Bang!
Bunyi sedas tembakan dilepaskan menerpa ke pendengaran telinganya sebelum dirinya pengsan tidak sedarkan diri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience