Chapter 59

Romance Completed 77490

Beijing, China

Kedua-dua belah tangan dimasukkan ke dalam poket baju sejuk yang dipakainya. Angin malam menampar lembut ke pipi.

Suhu di China pada bulan 7 ini tidak jauh bezanya dengan Hirland. China  lebih kurang 25° C manakala Hirland pula 26° C. Namun, apabila pada waktu malam, suhu itu menurun sedikit.

Persekitaran di Shichahai amat menenangkan jiwa dengan keindahan tasik yang terbentang luas dihadapan kota lama Beijing itu.

Dia berjalan diatas jambatan merentasi tasik itu. Sesekali dia mengambil gambar untuk dibuat kenangan. Rasanya ini kali pertama dan kali terakhir dia datang ke sini. Dia tidak kaya untuk berpijak ke sini selalu.

Puas menikmati pemandangan tasik, dia membuat keputusan untuk memasuki lorong-lorong jalan pula kerana dia tertanya-tanya apakah yang ada di dalam lorong itu sehinggakan begitu ramai yang melalui jalan kecil itu.

Setelah dia memasuki lorong itu, dia terpegun. Indah sekali! Automatik bibirnya melakarkan senyuman riang.

Matanya asyik saja meliar pada bangunan-bangunan disekitarnya. Seni binaan bangunan itu sungguh unik dan mempersonakan.

Segenap perjalanannya hanya disuluhi lampu berwarna oren yang digantung disetiap tiang rendah. Suasananya sungguh romantis.

Tempat ini sesuai jika dibawa bersama teman istimewa. Pasti sweet.

Memikirkan itu, terus mood dia hilang. Jam dipergelangan tangan dikerling. Sudah pukul 11 setengah malam. Sekejap saja masa berlalu.

Dia memusingkan tubuh ke belakang untuk berpatah balik. Sewaktu tubuhnya dipusingkan, tiba-tiba beg silangnya yang disangkut dibahu diragut seseorang lalu dibawa lari.

"Hey!" Dia mengejar langkah seribu peragut itu.

"Stop right there!" Arahan yang diberikan langsung tidak didengari. Siapa sajalah dia untuk peragut itu mendengar arahannya.

Dia membetulkan selendangnya yang ingin tercabut sambil kaki tidak berhenti mengejar.

Lariannya sudah dirasakan begitu laju tetapi ada lagi yang laju darinya. Seorang lelaki berkaca mata hitam yang datang dari arah belakangnya juga mengejar si peragut.

Saat lelaki itu melintasinya, dia tersentak melihat sisi wajah pemuda berkaca mata hitam itu.

"Bad.." Bibirnya menutur perlahan nama itu. Lariannya makin lama makin perlahan dan terus berhenti.

Matanya mengekor bayangan lelaki itu sehingga figura itu ditenggelami oleh orang ramai.

Benarkah apa yang dilihatnya tadi? Matanya digosok beberapa kali untuk menghilangkan matanya yang mungkin rabun itu.

Ditengah-tengah lorong itu, dia berdiri statik tanpa mempedulikan orang lain. Dia masih tertanya-tanya, apakah benar itu Badrul, pengawal peribadi Prince Adrique aka bekas kekasihnya?

Untuk mengurangkan tanda soal di dalam kepala, dia berjalan keluar dari lorong itu menuju ke tasik kembali.

Tubuhnya berpusing-pusing mencari figura tadi. Ke manakah dia sudah menghilang bersama peragut tadi?

"Miss?" Senyuman terukir di dua ulas bibirnya. Dia lantas menoleh. Senyuman tadi langsung mati. Bukan. Bukan ini yang dia harapkan.

"Your beg?" Pandangannya dibawa pada beg silang yang ada pada tangan pemuda berkaca mata hitam itu.

"Yes. Thank you so much." Lelaki berbangsa cina itu hanya tersenyum sambil mengangguk.

Aida memandang pemergian lelaki itu dengan penuh rasa kecewa dihati. Sekali lagi, bukan lelaki ini yang dia harapkan. Dia harapkan seseorang itu. Seseorang yang dia rindui.

Mata dipejam. Nafas ditarik dalam. Dia teringat semula akan tujuannya ke sini adalah untuk melupakan semua kenangan manisnya bersama lelaki kacukan cina itu.

Dia mengatur langkah menuju ke hotel. Sampai saja dibiliknya, dia segera merebahkan badan ke atas katil.

Seharian berjalan memang lenguh satu tubuhlah jawabnya. Mungkin terlalu penat sehingga matanya terbayang wajah Badrul.

Selepas ini dia tidak mahu keluar bersiar-siar pada waktu malam lagi bimbang jika kejadian tadi berlaku untuk kali kedua. Itu pun mujur ada orang sudi tolong. Jika tidak? Nampaknya hangus begitulah duit dan telefon bimbitnya tadi.

Esok dia plan mahu ke Wangfujing Street untuk membeli cenderahati pada orang-orang yang berada di Hirland kerana ramai orang kata bahawa disitu tempat menjual barangan murah-murah dan makanan disitu juga sedap-sedap serta halal dimakan.

Tidak sabar rasanya ingin menunggu hari esok.

Dia sebenarnya merancang mahu ke Great Wall of China tapi dia malas mahu mendaki beratus-ratus anak tangga ditembok antara 7 keajaiban dunia itu. Samalah pesennya dengan Dahlia. Sama-sama malas bila lihat tangga.

Tiga hingga lima anak tangga dia boleh terima lagi tapi kalau dah masuk berpuluh dan beratus, bukan setakat malas, nak tengok pun tak sanggup.

Memanglah bila sampai pada puncak tembok, kita akan merasa puas atas hasil kita tetapi..itulah, perangainya yang satu itu tidak boleh ditinggalkan di Hirland.

Sedang dia berfikir, kelopak matanya terasa makin memberat lalu mata itu terkatup rapat membiarkan sejambak bunga diluar pintu bilik tanpa terusik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience