Chapter 51

Romance Completed 77490

Selendang semalam dililit biasa dikepala kemudian dia keluar dari bilik. Setengah jam yang lalu, Prince Adrique ke kamarnya untuk berpesan supaya bersarapan dulu sebelum berangkat pulang.

Dia berjalan menuju ke dapur. Sewaktu ingin melepasi bilik yang dihuni Badrul, dia terlihat lelaki itu sedang menutup pintu.

Automatik langkahnya terhenti. Direnung sisi tubuh Badrul. Pipi itu sedikit membiru yang bisa mencacatkan wajah kacak lelaki itu.

Badrul yang berasa dirinya seperti diperhati seseorang, dia lantas berpaling.

"Aida.." Sebaris nama diseru perlahan.

Aida melarikan anak matanya dari terus menatap muka itu. Walaupun bibir menzahirkan rasa benci dan marah tetapi rasa hatinya bagaimana pula?

Dia mahu pergi dari situ namun pergerakan dia segera disekat jejaka bermata sepet itu.

"Sekejap!" Aida berdiri sambil memeluk tubuh. Langsung matanya tidak dihala pada muka Badrul.

Sementara Badrul pula begitu lama menilik wajah Aida. Dia rindukan senyuman dan gelak tawa gadis ini. Sudah tiada lagi manusia yang bernama Aida ceria seperti selalu.

"Tolong jaga diri." Seusai itu dia terus masuk ke biliknya semula. Pintu ditutup dan dikunci.

Selepas ini, sudah tiada lagi tugasnya sebagai pengawal setia pada gadis itu. Dia sanggup melepaskan segalanya asalkan hidup Aida terjamin. Mata yang berair lantas disapu.

Aida masih berdiri ditempat yang sama tanpa sedikit pun berganjak. Pesanan itu mungkin pesanan terakhir buat dirinya.

Walaupun luaran nampak kuat tetapi dalamannya rapuh. Dia tidak sekuat seperti yang lelaki itu lihat. Dia tidak kuat.

Matanya yang sudah sarat lantas dipejam lalu air mutiara itu laju menuruni pipi. Mulut ditekup. Terhinjut-hinjut bahunya menahan esakan.

Dibuka kembali matanya apabila terasa tubuhnya dipeluk seseorang. Dia agak terperanjat melihat gerangan itu.

"Shh..stop crying. Kanda ada." Belakang badannya ditepuk-tepuk lembut oleh Princess Alice buat menenangkan jiwanya.

"Princess Alice.." Alice merungkaikan pelukan. Airmata gadis muda dihadapannya itu dikesat dengan ibu jari. Senyuman paling manis ditariknya.

"It's okay, I'm here for you." Bukannya dia tidak nampak Badrul dan Aida tadi. Kedua-duanya berwajah dingin sekali. Pasti mereka berdua sedang bergaduh.

Senyuman Princess Alice menyebabkan esakan Aida makin menjadi. Dia menjadi sebak lihat senyuman itu.

Senyuman sebegitu automatik akan terlakar dibibirnya saat bersama Badrul tetapi sekarang sudah tidak mampu lagi.

Alice memeluk gadis itu buat kali kedua. Sifat penyayang dalam dirinya tidak akan dapat dipisahkan.

......................

"Damn it!" Tapak tangan tua itu menampar kuat meja kerjanya. Tidak guna anak Dahmod. Hampir semua anak buahnya dibunuh Adrique.

Mujur tinggal seorang ini saja yang sempat melarikan diri dari ditembak malam itu jadi dapatlah dia tahu serba sedikit kejadian yang telah berlaku.

Lembap betul kerja si Qarif itu! Disuruh bunuh Badrul pun lambat macam kura-kura berjalan.

Dia mahu membunuh Badrul kerana dia tidak mahu lelaki kacukan cina itu mengganggu kerjanya untuk mendapatkan nyawa Dahmod. Bukannya dia tidak tahu yang Badrul sangat licik orangnya.

Untuk menculik Badrul dan gadis yang sentiasa berada disamping lelaki itu buat kali kedua mungkin agak susah sedikit. Jadi, dia harus mencari jalan lain.

"Cakap pada Qashah, bawa Dahmod 'jumpa' aku secepat mungkin." Lelaki yang berada dihadapannya mengangguk kemudian dia keluar dari bilik itu.

Dahrim memanah anak matanya ke depan. Dirinya sudah tidak sabar lagi mahu menggantikan tempat adiknya. Dia mahu mengambil alih Hirland ini secepat mungkin.

Lihatlah nanti selepas dia menjadi raja, semua bakal tunduk malah bersujud padanya sebagai satu penghormatan. Dialah yang paling berkuasa. Senyuman sinis terbentuk dibibir.

Sebagai abang sulung, rasanya tidak salah apa yang dia hendak lakukan ini kerana dia berhak mendapatkannya. Dasar Dahmod perampas!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience