Chapter 49

Romance Completed 77500

Aida mengekalkan jarak jauhnya dengan jarak lelaki kacukan cina itu. Hatinya bagaikan sudah dirobek-robek Badrul.

Tega sekali jejaka bermata sepet itu memutuskan hubungan dengannya setelah sekian lamanya mereka bersama.

Cinta mereka bina itu seperti satu harapan palsu dan dia sangat bencikan harapan palsu.

Hujung mata kirinya yang masih basah disapu kasar. Sia-sia saja dia menangis buat lelaki itu. Sia-sia saja meresahkan hatinya buat lelaki itu. Sia-sia saja memohon maaf dengan lelaki itu.

Itu hanyalah kerja yang sia sia! Sia-sia dan sia-sia.

Dalam waktu dia sedang menyesali perbuatannya selama ini, bunyi tapak kasut dari luar menyusup ke gegendang telinga.

Dia segera mencapai wedges shoes kepunyaannya yang cuma ditaruhkan disebelah tempat duduknya dan bersiap sedia dibelakang pintu untuk memukul siapa saja yang memasuki ruangan ini.

Siaplah kau!

Badrul cuma dapat perhati tingkah gadis itu dari jauh. Mahu mendekat, sedar akan pergerakannya yang terhad.

Tombol pintu dipulas dari gerangan luar lalu pintu itu ditolak. Masuk saja seorang lelaki yang bertubuh sasa, Aida terus memukul kuat belakang kepala lelaki itu menggunakan tapak kasut. Dia tidak kesah jika lelaki itu bakal buta atau apa asalkan dia dapat keluar dari bilik itu.

"Argh!" Lelaki itu rebah ke lantai sambil memegang belakang kepalanya yang mungkin sudah berdarah.

Aida bertindak mengetuk dahi lelaki itu pula apabila tiada tanda-tanda lelaki itu ingin pengsan.

Dan akhir sekali tendangannya pada alat sulit lelaki itu barulah lelaki itu mula tidak sedarkan diri. Kalau mati pun lagi bagus.

Dia mengintai diluar mahu memastikan bahawa tiada sesiapa yang berjaga di laluan bilik ini.

Sengihan lebar ditarik. Mujur tiada orang. Jadi, peluang untuk dia keluar dari tempat ini agak cerah.

Dijeling tajam Badrul yang sedang melihatnya. Orang tidak mahu, dia seribu kali tidak ingin!

Kedua-dua belah kasutnya dipegang kiri kanan. Kasut inilah penyelamat dirinya ketika ini. Mahu diharapkan Badrul, tunggu matahari jatuh atas riba belum tentu dapat menyelamatkannya dengan keadaan seperti itu.

Tengoklah, waktu bercinta bukan main lagi manis tapi sekarang? Apa pun tiada.

Dia keluar dari bilik itu kemudian pintu ditutup teramat perlahan. Dia berjalan sambil matanya meliar memerhati segenap ruang yang ada.

Tempat apa ini? Hairan betul dia.

Tempat ini bagaikan sebuah rumah. Bukan! Bukan rumah tetapi istana yang suram.

Pada dinding terdapat banyak potret yang besar-besar yang sengaja ditampal secara tinggi.

Gerangan yang disebalik potret itu kebanyakannya berpakaian formal dan antaranya ialah King Dahmod.

"King Dahmod?" Bicaranya perlahan. Waktu itu King Dahmod berumur lingkungan Prince Adrique. Masih muda. Ada seorang lagi lelaki muda disebelah King Dahmod itu namun dia kurang pasti siapa gerangan itu.

Dia terpaku apabila telinganya menangkap bunyi suara yang tidak jauh dari tempatnya berdiri. Jantungnya berdebar yang maha hebat. Jika kantoi pelariannya ini, bukan setakat dia yang dibunuh, Badrul pun ikut serta.

Dia berlari anak menuju ke sebuah tiang besar lalu menyorok dibelakang tiang itu. Mata dipejam. Tangan yang memegang kasut itu begitu menggeletar.

Pelbagai doa sudah dibaca di dalam hati dengan harapan Tuhan bakal menolongnya untuk keluar dari neraka buatan ini.

Setelah suara itu sudah menjauh, dia lantas mencari pintu. Banyak juga tingkap di dalam istana ini tetapi semuanya ada penghadang besi termasuk jendela dalam bilik tadi.

Satu-persatu pintu yang ada cuba dibuka malah semuanya berkunci. Belum sempat dia mahu patah semangat, matanya tertancap pada pintu yang berads di dapur.

Jika pintu itu tidak dapat dibuka juga, sumpah dia akan balik semula ke kamar hodoh tadi.

Diperiksa sekelilingnya bimbang jika ada orang. Selepas pastikan tiada orang yang lalu-lalang dikawasan itu, dia membuka langkah besar ke arah pintu dapur.

Cuba dipulas tombol itu dan..

Klik!
Matanya terbuntang. Sepertinya Allah telah makbulkan doanya. Pintu itu dibuka dengan penuh berhati-hati bersama hati yang senang.

Tidak sampai beberapa saat dia gembira, air liur mula ditelan kesat. Satu objek hitam diacu ke dahinya. Matilanak!

"Ampun! Saya janji tak lari lagi." Mata dipejam dalam diri ketakutan. Dalam hati telah pelbagai sumpah-seranah dilontarkan kerana diri begitu bodoh keluar melalui pintu ini.

"Cik Aida?" Dahinya berkerut. Baik betul penculik dihadapannya ini memanggilnya dengan gelaran itu.

"Aida, you buat apa dekat sini? Badrul mana?" Dia kenal suara itu. Mata lantas dibuka.

"Prince Rique!" Dia terjerit kecil. Suka benar dia apabila lelaki itu sudah ada didepan mata. Dengan adanya Prince Adrique bersama beberapa orang anak buahnya kecuali Badrul, maka selamatlah dirinya.

"Badrul mana?" Soalan tadi ditanya semula apabila tiada jawapan.

"Badrul ada. Dekat bilik paling hujung. Tangan dan kaki dia kena rantai. Tubuh dia lemah sangat." Adrique mengacip giginya geram dengan Qarif kerana telah melunyaikan anak buah kesayangannya.

"Zack, bawa Aida masuk kereta. Wan, ikut aku." Dua orang pengiringnya itu mengangguk menerima arahan. Bawa dua orang pun sudah cukup kerana dua itulah yang paling hebat berbanding pengawal peribadinya yang lain.

"Mari Cik Aida?" Aida mengikut langkah lelaki yang bernama Zack itu menuju ke kereta manakala Prince Adrique bersama Wan memasuki istana lama.

Mereka menembak satu-satu orang suruhan Qarif seperti mana mereka berdua menembak orang-orang yang mengawal kawasan istana tadi.

Pistol yang mereka gunakan adalah pistol yang tidak menghasilkan bunyi jadi, tiadalah situasi menjadi huru-hara.

"Wan, dapatkan Badrul. Biar aku yang bereskan si sial itu." Wan menunduk hormat lalu terus bergegas ke bilik hujung.

Adrique mengendap semua kamar beradu ditingkat bawah tetapi tiada langsung bayangan Qarif melintas.

Tangga besar yang menghubungkan laluan kiri dan kanan dipandang. Mungkin lelaki itu berada ditingkat atas.

Dia sebenarnya kurang fasih laluan istana kerana dia tidak dibesarkan disini malah ini adalah kali kedua dia berpijak di istana suram ini.

Kali pertama dia datang ke sini bersama Princess Alice pada beberapa tahun lepas sengaja mahu melawat istana lama ini sambil mengenal gambar raja-raja terdahulu yang digantung pada setiap dinding istana.

Tangga ke laluan kanan didaki dengan harapan lelaki itu ada diaras atas. Sampai saja dipelantaian, matanya tertancap pada satu bilik yang pintunya sedikit terbuka.

Dia menghampiri bilik itu kemudian mengintip.

"Ya ya, esok aku balik ke istana lepas aku habiskan budak dua orang itu. Kau pun Shah, layankan sajalah si tua itu. Biasalah, orang tua mesti banyak songeh sikit." Perbualan Qarif bersama seseorang dicorong telefon berjaya didengari Adrique walaupun hanya separuh.

Shah? Shah yang mana? Si tua yang dimaksudkan Qarif sudah pasti ayahandanya. Kurang ajar! Penumbuk dikepal kuat.

Tanpa menunggu lebih lama lagi, dia acukan pistolnya pada Qarif yang sedang berdiri membelakanginya dengan rasa yang begitu berapi.

Satu das tembakan dilepaskan pada bahu lelaki itu.

"Argh!" Qarif membongkok menahan perit sambil memegang bahunya yang telah cedera.

Adrique mengambil kesempatan itu dengan menendang pintu menggunakan kaki agar pintu itu terbuka lebih luas.

Satu senyuman sinis tersungging dibibir.

"Macam mana penangan aku? Best?" Qarif memusingkan tubuh ke belakang. Dirinya agak terkejut menerima kehadiran Prince Adrique.

"Silap oranglah kau mahu cari pasal. Kunci. Macam mana kau dapat kunci istana ini?" Tertanya-tanya juga bagaimana Qarif memperoleh kunci istana ini sedangkan Adrique sendiri pun tidak punya.

"Itu bukan urusan kau." Adrique mengangkat satu keningnya berpura-pura beriak pelik. Kakinya melangkah mendekati lelaki dihadapannya.

"Bukan urusan aku? Aku putera raja, kenapa pula bukan urusan aku? Ayat ini sepatutnya aku yang berikan pada kau. Bukan urusan kau untuk menceroboh istana ini!" Suara Adrique menaik seoktaf. Tegang urat lehernya menengking.

Tajam panahan mata Qarif menikam mata violet anak raja itu. Dia mula melangkah ke hadapan.

"Jangan cuba dekati aku." Adrique melepaskan satu lagi tembakan tetapi kali ini pada betis Qarif pula.

Lantas terduduk melutut lelaki itu akibat betis tidak mampu menampung dirinya lagi. Berkerut-kerut wajah Qarif.

"Ada kata-kata terakhir sebelum kau menemui ajal?" Respon Qarif yang cuma kosong, Adrique mula membuat keputusan.

"Okay then." Dia menghalakan pistolnya pada tempat terletaknya organ yang sepanjang masa berdegup tanpa henti.

"Bye Qarif!" Satu kenyitan mata diberikan lalu tiga kali sekaligus dia menembak pada organ itu. Biarlah organ itu berhenti berdetak buat selamanya.

Rongga hidung dan mulut Qarif mula mengeluarkan banyak darah. Dia jatuh terbaring diatas lantai. Nafasnya beransur hilang seiring dengan denyutan nadinya.

Adrique tersenyum puas melihat hasil kerjanya. Dia mengatur langkah keluar dari kamar itu meninggalkan Qarif yang sedang bertarung nyawa sendirian.

Al-Fatihah buat Qarif.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience