Chapter 8

Romance Completed 77490

"Enjoy your meal." Dahlia menunduk hormat sebelum tangannya mencapai garfu bersama pisau. Suasana yang janggal itu membuatkan dia segan untuk menikmati makanan tengah harinya disebuah restoran 5 bintang.

Steak yang berada didepan mata langsung tidak disentuh malah mata Adrique asyik pada wajah Dahlia lalu pandangannya jatuh pula pada lengan berbalut gadis itu.

"Lengan itu sakit lagi ke?" Soalnya prihatin. Dahlia mendongak muka.

"Hah? Ohh..erm dah okay dah." Jawabnya jujur. Perlahan dia menyuapkan isi ayam ke dalam mulut. Mata Prince Adrique yang sentiasa menari-nari diwajahnya membuatkan dia tidak senang duduk.

"Err..maaf Prince Rique, saya nak pergi ladies sekejap." Adrique mengangguk membenarkan. Gadis itu berjalan menuju ke tandas mengikut papan tanda yang ditampal didinding.

"Rizal, follow her." Dia mengarah pengawalnya yang sedang tegak berdiri bersama Badrul mengadap meja makannya. Lelaki itu memberikan tundukan hormat lalu mengikut langkah Dahlia.

Pisau dan garfu yang baru dipegangnya diletakkan semula apabila telinganya menangkap bunyi deringan telefon bimbit milik seseorang.

Matanya terarah pada Badrul tetapi lelaki itu menggeleng menandakan bukan telefon bimbitnya.

"Maaf Prince Rique. Mungkin deringan dari telefon Cik Rose." Adrique mencapai beg tangan milik Dahlia yang berada diatas kerusi. Beg itu dibuka. Ternyata memang benar, bunyi itu terhasil dari telefon bimbit kepunyaan gadisnya.

Nama pemanggil yang tertera didada skrin, dilihatnya.

"Adam? Who's Adam?" Hatinya sedikit dihambat rasa cemburu. Setahunya, Dahlia anak tunggal. Tiada abang, kakak mahupun adik. Adam. Mungkin teman lelaki pada Dahlia. Ah! Dia tidak boleh membiarkan gadisnya mempunyai hubungan dengan mana-mana lelaki.

Panggilan itu diangkat.

"Hello Lia? Lia dekat mana? Dah lama abang tunggu Lia depan office Lia ini." Nada suara pemanggil dihujung sana seperti sedang khuatir.

"She's eating. Please, don't disturb her again and again and again." Panggilan ditamatkan begitu saja tanpa sempat si pemanggil ingin bertanya lebih lanjut.

Adrique meletak kasar telefon itu ke atas meja. Abang? Lia? Mengapa panggilan mereka begitu mesra sekali? Mengapa Dahlia tidak begitu bila bersama dengannya?

Akibat rasa cemburu, seleranya terus terbantut. Rambutnya diraup sebelum dia mula mengingati sesuatu. Nombor telefon! Dia belum punya nombor Dahlia.

Telefon bimbit gadis itu dibuka. Nasib tidak mempunyai kata laluan. Dahlia seperti tahu-tahu saja yang dia akan membuka telefon ini. Nombornya ditaip kemudian didail.

Apabila poket seluarnya bergetar menandakan telefonnya berdering, panggilan dimatikan. Senyuman sinis tersungging dibibirnya setelah menyimpan nombornya dalam telefon Dahlia dengan nama 'Mylove'.

Sementara nombor lelaki bernama Adam tadi dia sudah sekat dan padam dari kenalan. Dia memang kejam. Kejam demi cintanya.

....................

Dahlia mengemaskan rambutnya dihadapan cermin sebelum keluar dari tandas. Dadanya dilurut-lurut disebabkan terkejut dengan seorang lelaki berpakaian formal yang berdiri tegak bagai patung cendana ditepi pintu.

"Fuhh..mujur tak mati kejung aku dekat sini." Di scan nya atas bawah pengawal yang sentiasa melindungi Prince Adrique itu.

Kebanyakan pengawal yang berada disekeliling putera itu semuanya memakai kaca mata hitam bersama wajah ketat. Naik bingung juga dia yang melihatnya. Tidak rimaskah mereka 24 jam pakai kaca mata?

"Encik ini..ada cita-cita nak jadi model tandas ke?" Sekali-sekala dia memerli orang. Ditenungnya wajah tak beriak lelaki itu. Gerun pun ada tetapi yang lebih menakutkan apabila muka serius Prince Adrique ditayangkan. Itu yang paling dia takut.

Melihatkan tiada tindakbalas dari lelaki berkemeja putih dan blazer hitam itu, dia lantas mengatur langkah ke arah meja makan tadi diikuti Rizal.

"Maaf Prince Rique sebab lama tunggu." Dahlia membongkokkan sedikit tubuhnya sebagai tanda hormatnya pada anak raja itu. Punggungnya kembali dilabuhkan diatas kerusi bertentangan jejaka itu.

"Rose.." Adrique mencapai tangan Dahlia yang berada diatas meja lalu dielus lembut tangan gadis itu.

"..stop doing like just now cause it makes me feel very a useless man." Dahlia langsung tidak memahami apa yang ingin disampaikan lelaki itu. Bukan dia tidak faham inggeris tetapi dia tidak mengerti maksud tersirat Prince Adrique.

Dan geram saja dia ingin tangkap gambar tangan Prince Adrique yang sedang mengelus tangannya kemudian dihantar pada Qiss dan Erin. Biar dua orang itu tahu rasa! Ber makeup bukan main tebal, sekali Prince Adrique tak pandang, haa tahu rasalah kau!

Saja dia tidak tarik tangannya dari disentuh anak raja itu kerana peluang keemasan jangan sesekali dilepaskan. Jangan sampai dia pergi peluk anak raja itu sudah. Viral nanti kang!

"Hah? Kenapa pula? Saya hanya buat apa yang orang lain selalu buat saja." Anak mata Adrique terhala pada Rizal dan Badrul. Matanya digerakkan mengisyaratkan supaya kedua-dua lelaki itu meninggalkan mereka.

Rizal bersama Badrul menunduk hormat serentak setelah itu pergi dari situ.

Adrique menatap semula wajah bunganya. Tangan Dahlia yang dipegangnya itu diangkat kemudian dikucup kekura tangan itu.

Terkelip-kelip mata Dahlia sementara dadanya sudah sakan berdebar. Dia sebenarnya agak terkejut dengan perbuatan putera itu. Mujur tidak pengsan saja dia ditempat itu.

Adrique mengambil sesuatu dari dalam poket baju kemeja yang dilindungi blazer birunya. Sesuatu keras yang berbentuk segiempat tepat berwarna merah berkilat diletakkan diatas meja dan dibukanya. Bekas itu ditolak pada Dahlia.

"After I see you, I've fallen in love with you in just three seconds. So Rose Dahlia, will you be the white rose that always growing in my heart?" Ternganga luas mulut Dahlia setelah menerima lamaran itu. Benarkah didepannya sekarang ini ialah Prince Adrique putera Sultan Dahmod Alauddin? Atau klonnya saja?

Sejujurnya, sejujurnya dia telah pengsan disitu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience