Chapter 12

Romance Completed 77490

Punat alat kawalan jauh ditekan lalu terpampang seorang wanita yang sedang membaca berita dikaca tv. Seperti biasa, berita yang dibacakan adalah tentang kemalangan jalan raya, jenayah, sukan dan termasuklah..

"Keberangkatan YAM Tunku Putera Daren Adrique Ibni Sultan Dahmod Alauddin ke Moskow pada malam ini telah didatangi beratus-ratus rakyat Hirland sebagai pengiring Yang Amat Mulia. Penerbangan Prince Adrique ialah pada pukul 9 malam ini di Lapangan Terbang Antarabangsa Hirland. Keberangkatan beliau ke sana bertujuan untuk merasmikan sebuah syarikat baru disana. Bagi.."

Dahlia termangu seketika. Sebut nama anak raja itu baru dia teringat. Sudah hampir seminggu dia tidak berhubungan dan ketemu Prince Adrique. Lelaki itu pun senyap saja tanpa berasa ingin menelefonnya.

Nampaknya dia harus melakukan sesuatu supaya hubungannya tidak terputus begitu sahaja dengan putera itu.

Selepas difikir-fikirkan kembali, tak silapnya dulu Permaisuri An'nisa juga dari golongan orang biasa kemudian diangkat sebagai isteri pada raja negara ini pada tahun 1994. Seorang anak perempuan dan seorang anak lelaki dikurniakan buat pasangan itu.

Setelah dikaji, Permaisuri An'nisa mangkat kerana strok akibat mengalami tekanan darah tinggi yang mendadak pada 5 tahun lepas seterusnya dikebumikan ditanah perkuburan dikampung ini.

Ibunya pernah berkata padanya dulu bahawa Permaisuri An'nisa itu sebenarnya berasal dari kampungnya juga dan disebabkan itu makamnya dibuat ditanah perkuburan ini atas permintaan Permaisuri An'nisa sendiri sebelum mangkat.

Kalau raja sendiri yang boleh bernikah dengan orang biasa, mengapa si anak tidak? Jadi, rasanya dia tidak lagi perlu segan dan takut jika berdekatan dengan Prince Adrique.

Dia mengheret senyuman sinis. Dia rasa dia tahu apa yang dia patut lakukan. Lakukan perkara yang tidak pernah dibuatnya seumur hidup.

....................

Jam Rolex dipergelangan tangan dipakaikan setelah tubuhnya disarung blazer hitam membaluti kemeja maroon.

"Rique.." Alice memegang kedua belah sisi bahu adiknya yang berdiri membelakangi dirinya.

"..betul ke dengan keputusan Rique untuk tinggal selamanya dekat sana? Takkanlah disebabkan lamaran Rique ditolak, Rique terus bawa diri pergi? Rique tak boleh buat macam itu. Selagi kita masih hidup, kita kena kuat untuk hadapi ujian-ujian Tuhan." Sedikit nasihat diberikan buat lelaki itu supaya Prince Adrique membatalkan niatnya untuk ke Moskow.

Segala kejadian minggu lepas mengenai lamaran adiknya yang ditolak seorang gadis bernama Rose Dahlia telah diluahkan lelaki itu padanya. Dia turut berasa simpati dengan adiknya tapi hendak dibuat bagaimana lagi jika hati sudah berkata tidak, memang tak dapat dipaksa.

"Rique tetap dengan keputusan Rique. Tiada siapa yang boleh halang." Tegas Adrique menoktahkan kata-katanya.

Alice melepaskan keluhan berat. Dia buntu apalagi cara yang perlu dilakukan untuk menghalang lelaki itu dari pergi. Dia tidak mahu satu-satunya adik lelakinya itu pergi berjauhan dengan dirinya buat jangka masa yang panjang.

Ingin dimaklumkan pada ayahanda yang berada di Jepun sekarang ini takut pula jika dimarahi Prince Adrique.

"Okay then." Alice membawa langkah keluar dari bilik. Kalau itu yang adiknya inginkan, nampaknya dia terpaksa turutkan. Dia tahu yang Prince Adrique masih lagi bersedih dan kecewa.

Adrique merenung dirinya dihadapan cermin. Wajah itu sudah beberapa hari tidak dihiasi senyuman. Angin baiknya telah jauh melayang entah ke mana sejak dua menjak ini.

Dia tahu mengapa gadis itu menolak lamarannya. Ini sudah semestinya dikaitkan dengan darjat. Jika diberi pilihan, dia pun tidak mahu menjadi anak raja kerana semua perbuatan dan pergerakannya akan terbatas dan tidak bebas. Dia tidak gemar hidup begini. Dia sukakan kebebasan.

Lihat Princess Alice, asyik terkurung saja wanita itu didalam istana disebabkan ayahanda melarang anak perempuannya untuk keluar ke mana-mana kecuali ada hal terpenting saja. Kehidupan Princess Alice lagi terhad berbanding dirinya kerana Princess Alice ialah perempuan. Bimbang jika berlaku perkara yang tidak elok pada wanita itu.

Dicapai telefonnya yang terletak diatas katil. Dia mula berfikir-fikir sama ada perlu atau tidak untuk menelefon Dahlia bagi memaklumkan keberangkatannya malam ini.

'Kau dengan Rose dah tak ada apa-apa, Rique. You don't need to inform her about this. Don't be so stupid. Please, stop thinking about her. Kick her away from your mind. Wake up Adrique, she's never love you.' Mata dipejam. Benar apa yang dibisikkan hatinya itu.

Tiada guna jika masih diingatkan lagi pada orang yang langsung tiada hati pada dia. Telefon disimpan ke dalam kocek seluar slack.

Kaca mata hitam dipakaikan pada wajah tampannya sebelum kedua belah kakinya mengatur langkah keluar dari bilik beradu.

Satu-persatu anak tangga dipijaknya turun ke aras bawah. Anak mata digerak-gerakkan seperti sedang mencari sesuatu.

"Derul! Derul!" Nama lelaki yang sering menjaga keselamatan dirinya itu diseru berkali-kali tetapi tidak juga muncul. Kebiasaannya, jika dipanggil sekali dua Badrul sudah datang.

Tidak lama kemudian, muncul seorang pengawal peribadinya yang lain. Lain yang dipanggil, lain yang muncul. Haihh.

"Maaf Prince Rique, Badrul tak ada. Dia dah pergi airport pukul 8.15 tadi. Katanya nak pantau keadaan dekat sana." Maklum Wan. Dalam berbelas-belas pengawal yang dia punya, Badrul lah yang paling dia rapat berbanding yang lain disebabkan itu matanya asyik pada bayangan Badrul.

"Pula dah? Hm..tak apalah. Alice mana?" Dia sebenarnya rasa bersalah pada gadis itu kerana berkelakuan dingin.

"Princess Alice dah siap tunggu Prince Rique dalam kereta." Adrique mengangguk kemudian berjalan menuju ke kereta ditemani Wan dibelakang.

Sementara di Lapangan Terbang Antarabangsa Hirland pula..

Mata yang sepet itu tajam saja memerhati kawasan lapangan terbang. Dia mahu pastikan bahawa tempat itu 'bersih' dari sebarang unsur kejahatan.

"Badrul?" Seseorang menegurnya dari belakang. Dia yakin, suara yang menyapa halwa telinganya ialah seorang perempuan. Dia berpusing. Kening lantas bertaut.

"Cik Rose?" Dia agak terperanjat dengan kehadiran Dahlia ke lapangan terbang ini bersama seorang lagi gadis yang baginya cukup menjengkelkan.

"Ya saya. Betul ke Prince Rique nak pergi Moskow?" Pertanyaan gadis kecil molek itu membuatkan Badrul mengeluh kecil.

"Nampaknya macam itulah." Dia langsung tidak setuju dengan keputusan Prince Adrique yang ingin ke Moskow bukan untuk beberapa hari malah buat selamanya. Tidak pada dia saja yang tak setuju dengan keputusan itu tetapi seluruh isi istana.

"Berapa hari?" Gelengan kepala diberinya.

"Bukan berapa hari tapi buat selamanya. Prince Rique nak stay saja dekat situ sampai bila-bila." Mulut Dahlia terlopong dan matanya terbuntang.

"What?! Tapi kenapa?" Sudah tahu tapi masih ditanya. Itulah wanita.

"Mungkin sebab lamaran ditolak. Selepas kejadian itu, Prince Rique dah berubah dingin dengan semua orang. Princess Alice memang sedih dengan perubahan drastik Prince Rique. Semua dah halang Prince Rique dari ke Moskow tapi dia tetap berkeras nak pergi.." Dahlia mengetap bibir. Rasa bersalah mula menyelubungi dirinya.

"..kecualilah kalau Cik Rose yang halang. Saya rasa Prince Rique akan dengar cakap Cik Rose kalau Cik Rose sendiri yang pergi nasihatkan Prince Rique." Badrul menyambung bicara apabila melihatkan Dahlia yang hanya senyap.

"Tak. Saya tak akan slowtalk dengan dia cause I've my own plan to stop him. Do you wanna join me?" Senyuman sinis mula tersungging dibibir Dahlia. Matanya terarah tepat pada mata lelaki dihadapannya. Tidak sabar dia ingin melaksanakan 'misinya'.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience