Chapter 37

Romance Completed 77490

Van putih itu berhenti di hadapan sebuah bangunan pencakar langit. Pintu van diseret buka kemudian kedua belah lengannya dipegang kemas lalu dirinya dibawa menuju lif.

Kotak lif itu bergerak pantas ke tingkat 31 setelah salah seorang lelaki itu mengimbas sekeping kad berwarna emas pada alat pengimbas.

Ingin saja dia menjerit sekuat hati namun apakan daya, mulutnya sudah diikat menggunakan kain hitam.

Dia sudah penat meronta di dalam van tadi tetapi tiada siapa yang melayan malah semua sedang sibuk dengan alat peranti masing-masing. Mulutnya juga diikat disebabkan terlalu riuh seperti peniaga di pasar pagi.

Ting!

Bunyi lif itu menandakan bahawa mereka telah sampai di tingkat 31. Terbuka saja pintu lif, di hadapan matanya terpampang sekeping pintu yang sedikit tinggi serta lebar.

'Penthouse siapa ini?' Soalnya pada diri sendiri.

Kad yang berwarna emas tadi kembali diimbas pada alat pengimbas yang terdapat dibawah pemegang pintu untuk membuka pintu tersebut.

Kemudian dia ditolak masuk ke dalam lalu pintu ditutup semula. Dua orang lelaki tadi telah meninggalkan dirinya tercengang-cengang di dalam megapuri mewah itu.

Mulutnya melopong saat menyaksikan isi dalaman rumah itu. Cukup cantik dan mewah. Dirasakan pemilik megapuri ini sangat kaya orangnya. Tapi kalau kaya sebab dadah pun tiada guna juga.

"My rose.." Dia tersentak bukan kerana sapaan itu tetapi kerana gelaran yang dipanggil untuknya. Tiada lagi orang lain memanggil dirinya dengan gelaran itu kecuali..

Tak! Tidak mungkin orang yang sama memanggil nama itu. Dia menggeleng-geleng kecil. Ingat, itu hanya mimpi Dahlia.

"Rose Dahlia.." Dahlia mengambil keputusan untuk berpusing ke belakang demi mengetahui siapa dalang yang telah menculiknya.

Sepasang mata hitam kepunyaannya langsung menikam sepasang mata violet seusai dia berpusing. Dia terkaku di situ. Benarkah apa yang dilihatnya waktu ini?

"I miss you so bad, baby." Lelaki di hadapannya itu berjalan ke arahnya lalu tubuhnya dipeluk kemas.

"Berpisah dengan you membuatkan hidup I menderita. Cukuplah hampir 2 bulan kita seperti orang yang tak kenal antara satu sama lain. I tak sanggup lagi buat semua itu." Dahi Dahlia berkerut mendengar bicara jejaka itu. Tubuh yang memeluknya itu ditolak.

"Apa yang Prince Rique maksudkan? Saya tak faham." Adrique mengeluh lemah. Perit berasa ingin menceritakan apa yang telah terjadi pada gadis itu.

"Rose, semua itu bukan mimpi tapi realiti. Segala soalan yang you pernah tanya pada ibu you, Aida dan juga bos you itu jawapannya tiada pada mereka tapi ada pada I. You boleh hukum I atas segala silap I pada you. I'm so sorry, my rose." Dia duduk melutut di hadapan Dahlia meminta ampun.

Dia sanggup tunaikan apa saja permintaan Dahlia supaya gadis itu mengampuninya tetapi tidak pada perpisahan kerana dia tidak sanggup lagi tinggal berjauhan daripada mawar putihnya.

Mata Dahlia semakin berair lalu mutiara mahal itu jatuh ke pipi. Jadi betullah selama ini dia tidak bermimpi bahawa dia pernah berpacaran dengan anak raja itu?

Tapi mengapa semua termasuk ibunya sendiri, wanita yang paling dia percayai sanggup menipu dirinya?

Ya Tuhan, terlalu perit hati ini untuk menerima kenyataan.

"Tergamak awak buat saya macam ini kan? Awak biarkan saya terkapai-kapai bagai orang bodoh dan sekarang, senang-senang saja awak minta maaf? Wah! Awak memang hebat. Drama awak itu sila simpan untuk anak, cucu dan cicit awak nanti. Saya nak balik!" Dia membentak. Kaki diatur laju menuju ke pintu tetapi terlebih dahulu disekat lelaki itu.

Adrique memeluk batang tubuh Dahlia yang membelakanginya untuk menghalang gadis itu daripada pergi.

"I minta maaf. I minta maaf sangat-sangat. I tahu I salah. Semua I buat ini bersebab." Dahlia mengetap bibirnya menahan bunyi esakan.

"Sebab? Sebab apa? Awak tahu tak yang awak dah sakitkan diri ini? Awak jahat tahu tak jahat? Kalau saya tahulah macam ini rupanya perangai awak, memang dari dulu lagi saya takkan--" Bicaranya dipotong laju oleh Prince Adrique.

"Takkan kenal? Awak tak tahu lagi yang saya juga terseksa menanggung rindu saya pada awak. Saya tak sejahat macam yang awak fikirkan. Kalau saya tak berjauhan dengan awak, kemungkinan awak dah tak boleh tengok dunia ini. Saya terpaksa menyuruh ibu awak, Aida dan bos awak untuk menipu demi keselamatan awak sendiri." Adrique merungkaikan pelukan itu. Dia berundur ke belakang beberapa tapak menandakan dia sedikit kecewa kerana gadis yang dipujanya setiap malam itu seperti menyesal dengan pertemuan mereka dulu.

"Semakin dekat saya dengan awak, semakin bahaya kedudukan diri awak. Masa kita tengah bercinta, dah banyak kali ayahanda bagi amaran pada saya untuk jauhi awak tapi saya ingkar dan sampailah pada satu tahap, ayahanda ambil keputusan untuk tikam awak kerana dia terlalu bengang. Saya pergi jauhkan diri untuk menjamin keselamatan awak. Jahat lagi ke saya pada awak?" Dia mengesat matanya yang berair menggunakan ibu jari.

"Kalaulah saya tahu begini pengakhirannya, saya takkan upah orang untuk culik awak. Sekali lagi, saya minta maaf. Walapun perit, lupakan saja semua kisah kita dulu. Pergilah, saya akan suruh Badrul untuk hantarkan awak balik ke rumah." Tubuh dipusingkan ingin melangkah pergi dari situ.

"Awak.." Dahlia bersama esakannya memanggil jejaka itu. Langkah Prince Adrique terhenti. Kini, mereka saling membelakangi.

Adrique setia saja menunggu bicara gadis itu.

"..jujur, saya takkan mampu untuk lupakan kisah kita. Cukuplah awak seksa saya dengan tinggalkan saya macam orang gila dan sekarang awak mahu tinggalkan saya untuk kali kedua pula? Awak bukan setakat jahat tapi kejam. Biarlah, biarlah King Dahmod ingin bunuh saya sekalipun kerana saya pasti bahawa nyawa saya di tangan Allah." Sayu saja kedengaran suara Dahlia. Walaupun dirinya membentak ingin pulang tadi tetapi hatinya berkata jangan.

"Untuk mendapatkan kemaafan saya, saya akan hukum awak." Mendengarkan keputusan gadis itu, Adrique tersenyum lega. Hukum? Apalah sangat hukuman Dahlia terhadapnya.

Setelah itu, serentak mereka berpusing mengadap satu sama lain. Adrique menghampiri Dahlia lalu sisa air mata yang berada di pipi gadis itu diseka.

"I minta maaf, sayang." Dia menyatukan dahinya pada dahi Dahlia sambil memeluk pinggang mawar putihnya. Dahlia mengangguk.

"I miss you so much." Dia mengukirkan senyuman buat jejaka itu. Dia juga merindukan Prince Adrique. Mata mereka saling bertatapan.

"I miss you too." Seraya itu tubuhnya terus diangkat kemudian di bawa ke salah sebuah bilik tidur yang agak luas.

Adrique menutup pintu menggunakan kakinya. Tubuh Dahlia direbahkan di atas katil king miliknya. Jeritan kecil gadis itu tidak dipedulikan.

"Sekarang you dah tak boleh lari ke mana-mana Rose Dahlia." Dia juga turut naik ke atas katil. Apabila dia berada hampir dengan gadis itu, haruman mawar menusuk manja ke rongga hidungnya. Bauan inilah yang sering dirindukannya.

"Siapa lari dari siapa ini?" Soal Dahlia saja ingin mengenakan lelaki itu.

"You saja kan nak kenakan I?" Dia tersengih sambil menjungkit-jungkitkan kedua belah kening pada Prince Adrique yang berbaring mengiring mengadapnya dan kepala ditongkatkan.

"Pandai awak hilangkan semua bukti supaya saya tak syak apa-apa kan?" Dada bidang lelaki itu dicubit.

"Biasalah, kalau dah cerdik memang tak boleh bawa ke mana dah." Bibir dicebik setelah mendengar pujian Prince Adrique pada diri sendiri. Suka sangat riak!

Tubuh putera tampan itu didakap kemas. Dia tidak mahu lagi kehilangan lelaki ini. Hidupnya bagaikan telah melekat pada diri Prince Adrique.

"Janji takkan tinggalkan saya lagi?" Adrique mengangguk sambil tangannya membelai kepala gadisnya.

"I promise." Bibir menutur janji sementara otaknya sedang ligat memikirkan cara untuk menghadapi ancaman King Dahmod pula.

Percayalah, berita tentang dia sudah kembali dengan Rose Dahlia akan cepat saja sampai kepada ayahandanya kerana terlalu banyak 'mata-mata' lelaki itu yang memerhati.

Tetapi sebelum itu, dia akan mengangkat gelaran Rose Dahlia sebagai permaisuri hidupnya dulu kerana walau apa pun yang berlaku suatu hari nanti, Dahlia tetap miliknya. Urusan cerai atau sebagainya itu terletak pada tangannya.

Tanpa dia, tiada siapa yang dapat memisahkan ikatan mereka berdua kecuali ajal maut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience