Chapter 35

Romance Completed 77502

Mata saling bertatapan,
Satu perasaan mula membuah di dalam diri,
Jika tidak cuba menempuhi halangan,
Maka hilang tanpa berganti.

Pantun empat kerat itu diselit pada baris terakhir ayat-ayat cinta yang direkanya tadi demi menghasilkan satu perenggan ayat yang gramatis dan lebih sempurna.

"Lia?" Wajah diangkat apabila namanya dipanggil oleh gerangan di meja depan. Dua belah kening dijungkit-jungkitkan.

"Sepupu kau balik lusa?" Dahlia mengerutkan dahinya. Sepupu dia yang mana satu?

"Sepupu yang mana?"

"Alah kau ini, sepupu kau yang paling kau rapat itulah. Asyik-asyik berkepit saja 24 jam sampai naik geli ketiak aku tengok." Dia mencebik bibir. Nak rapat dengan sepupu sendiri pun salah ke?

"Tak, dia tak jadi balik lusa." Senyuman dibibir Aida terus mekar disebalik laptopnya. Wah! Nampaknya rakannya tidak jadi bertunanglah kalau begitu. Ada chance lah anak raja itu nak masuk line.

"Betul ke?" Nada suara cuba dikawal agar tidak nampak benar yang dia sedang bergembira.

"Haah tapi balik esok." Mati terus senyuman itu. What the..fish? Percepatkan pula? Haish! Tak boleh jadi ini.

"Oh.."

"Kenapa tanya? Kau ada hati eh sebenarnya dengan Abang Adam?" Laju Aida menggelengkan kepalanya. Mana dia nak campak si mata sepet itu?

"Aku dah berpunyalah. Lupa ke?" Dahlia tersengih.

"Alah kau ini macam tak biasa pula. Buat stoklah mana tahu yang itu curang haa kau bolehlah buka stok baru." Aida mengetap bibir geram dengan rakannya. Dicampak pen yang berada didalam bekas ke dahi gadis itu.

"Aduh.." Dahlia mengurut-urut dahinya yang semakin memerah. Tidak sempat dia nak mengelak tadi.

"Hotak kaulah stok! Kalau boyfriend aku tahu, ada kena korek biji mata aku." Dia mencebik bibir. Lecehlah kekasih rakannya itu.

"Kalau mulut kau itu tak bocor, tak adanya dia tahu. Biar pecah diperut, jangan pecah di mulut. Benda senang macam itu pun nak kena orang ajar ke? Kau dengan kekasih kau itu boleh pergi mampus okay?" Aida mengacip kuat giginya akibat terlalu panas dihati.

"Dasar perempuan mulut lubang neraka!" Dahlia menyanyi kecil sambil menaip di papan kekunci laptop berpura-pura tidak mendengar makian gadis bertudung dihadapannya.

Aida mendengus kasar. Dia lantas keluar dari ruangan kecil mereka menuju ke pantri. Inilah yang dipanggil asam garam dalam hubungan persahabatan. Amarahnya hanya sebentar. Sekejap lagi okaylah.

Walaupun mulut Dahlia bagai puaka tetapi gadis itu tidak pernah tikam belakangnya tidak seperti kawan-kawannya yang lain sewaktu di universiti dulu. Dan Dahlia berkawan dengannya bukan disebabkan harta. Buktinya, gadis itu sering menolak apa yang ingin dibelanjanya.

Mulut berbisa Dahlia, itu adalah kekurangan yang perlu dibaiki Prince Adrique sendiri. Dia tersenyum. Sebut saja nama putera tampan itu, dia tertanya-tanya, apakah yang lelaki itu sedang merancang? Tak sabar pula ingin tahu nanti.

Sampai saja di pantri, nescafe panas dikacau untuk melegakan tekak yang kering. Dia mengambil tempat di kerusi meja makan yang memuatkan empat orang itu.

Setelah beberapa minit termenung, dia baru teringatkan sesuatu. Telefon pintar diambil dari dalam poket seluar kemudian nama seseorang dicari dalam kenalan. Baru saja dia mahu mendial nombor itu tiba-tiba satu panggilan daripada private number diterimanya.

"Siapa yang call ini?" Panggilan itu tidak diangkat kerana barangkali gerangan itu tersalah nombor.

Beberapa saat selepas itu, deringan telefon mati. Aida mengangkat semula jari telunjuknya untuk menekan butang dail tetapi kembali terhenti apabila nombor peribadi tadi menelefonnya lagi.

"Siapa ini sebenarnya?" Berkerut-kerut keningnya memikirkan siapa pemilik nombor peribadi itu. Kalau dah 2 kali ini kiranya bukan silap nomborlah kan?

Panggilan itu dijawab.

"Hello? Siapa ini?"

"It's me, Daren Adrique."

Mata dia langsung terbuntang. Hampir saja dia pengsan di situ. Anak raja yang tampan terlebih kacak itu telefon dia weh! Siapa yang tak teruja kan?

Sempat dia berdehem untuk mengurangkan rasa berdebar lalu kiri dan kanannya diperhati bimbang jika ada yang terdengar perbualannya bersama putera raja itu terutama sekali rakannya.

"Ohh Prince Rique rupanya, ingatkan siapa tadi sebab itu saya tak angkat tadi."

"You dekat mana itu?"

"Dekat pantri pejabat."

"My rose? Err..I mean Rose?" Aida tersengih kecil. Tersasul pula dah. Nanti-nantilah kalau nak ber sweet pun.

"Ada saja dalam bilik pejabat, tengah buat kerja dia."

"Oh ya ke? Erm..dia sihat?" Dia menggigit hujung bibir bawah. Alang-alang dah on the phone ni, baik dia bagitahu terus apa yang awal-awal dia teringat tadi.

"Dia sihat. Prince Rique, saya ada something nak bagitahu."

"Go on."

"Sepupu lelaki Dahlia yang nama Adam itu sampai Hirland esok."

"No worries Aida, I already have my own plan. You just wait and see."

"What's your plan?"

"It's a secret." Dia menjuihkan bibir. Eleh, nak sorok-sorok pula. Kalau lelaki itu beritahu padanya pun bukannya dia pergi buat pengumuman pada satu kampung.

"Okay."

"Just kidding. Don't worry, Badrul will tell you my plan later. Lagipun, plan I ni perlu ada kerjasama dengan you."

"Badrul?"

"Yes Badrul. Takkanlah you tak kenal pula Badrul. That's impossible. Hari-hari keluar dengan dia, takkanlah tak kenal pula kan?" Aida sudah menanggung seribu malu dengan Prince Adrique.

"Mana ada hari-hari."

"Segala rahsia Badrul, ada dalam poket I and satu pun you tak boleh nafikan. Jujur dengan I, you ada apa-apa hubungan ke dengan anak buah I?" Aida menelan kesat air liurnya. Jawapan apa yang dia nak goreng pada lelaki itu?

"Tak ada apa-apalah Prince Rique."

"Just tell me and I'll keep it as a secret. Only you, Badrul and me know about this. Badrul is my bodyguard since 3 years ago. I dengan dia memang rapat. Satu rahsia pun dia tak pernah sorok daripada I tapi this time saja dia tak jujur. You jujur saja dengan I. I promise, I won't be mad at you."

Dengar luahan daripada Prince Adrique menyebabkan dia berasa serba-salah. Nampaknya dia perlu jujur juga dengan lelaki itu. Keluhan kecil dilepaskan.

"Ya, saya dengan Badrul ada hubungan sejak sebulan lepas. Saya minta ampun pada Prince Rique kalau perbuatan itu menyalahi syarat-syarat yang ditetapkan Prince Rique untuk menjadi seorang pengawal peribadi." Ketawa halus jejaka tampan itu kedengaran dicorong telefon.

"No, langsung tak salah malah I feel so grateful that he finally has a feeling of love. Aida, thank you so much sebab dah ceriakan hari-hari dia. Nanti, redeem your rewards from me."

"Eh kenapa pula? Saya buat semua itu dengan ikhlas."

"Berani ke you ingkar perintah I?" Aida terdiam. Dia baru teringat dengan siapa dia sedang bercakap waktu itu. Langgar arahan, ada yang kena buang ke planet alien nanti.

"Okay okay, nanti saya tebus plus selfie."

"Ops! No selfie selfie girl. Bahaya."

"Fine.."

"So, bye! See you erm..one day."

"Alright then."

Talian diputuskan. Telefonnya diletakkan diatas meja. Kenapa bahaya pula? Dia stalk anak-anak raja yang lain ada saja bergambar dengan orang biasa tapi mengapa anak Raja Hirland tidak boleh pula?

Ada pantang larang juga ke? Tak boleh jadi ini. Dia perlu juga korek rahsia daripada seseorang. Siapa?

Badrul.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience