Chapter 22

Romance Completed 77490

Tangan sejuk yang menyentuh tangannya membuatkan dirinya tersedar dari lamunan. Dipandang wajah jelita dihadapannya.

"Kenapa ini? Sejak akhir-akhir ini saya perasan yang awak makin kurang bercakap dan selalu saja termenung. Kalau awak ada masalah, tak perlu segan untuk share pada saya. Saya sudi mendengar." Lembut saja nada suara gadis itu membuatkan Adrique tidak sampai hati untuk menyakitkan perasaan Dahlia.

"Tak ada apalah. I'm okay. No worries. Habiskan cepat minuman itu. I kena cepat ini sebab after this I perlu jumpa klien." Bohongnya.

Sebenarnya dia tidak boleh berlama dikedai kopi itu bimbang jika 'mata-mata' King Dahmod ternampak mereka berdua disini.

Dahi Dahlia berkerut.

"Jumpa klien masa cuti?" Soalnya kurang percaya.

"Kerja I tak macam kerja you. I ini 24 hours kena kerja tak kira dimana sekalipun tambah-tambah lagi ada syarikat baru dibuka, makin bertimbun kerja I." Dahlia mengangguk-anggukan kepalanya tanda mengerti. Dia lupa bahawa di depannya waktu ini ialah bos segala bos. Bapak punya bos!

....................

Kepala yang tidak gatal itu digaru-garu. Apa malang sangat nasib dia hari ini? Petang yang matahari terik macam inilah tayar keretanya nak buat perangai.

Siapa yang kurang ajar sangat tabur paku diatas jalan sehingga tembus tayar keretanya ini? Huh dasar manusia biul!

Dicampaknya paku yang cantik tertampal ditayar tadi ke dalam parit. Sekarang, apa yang perlu dia buat? Ingin ditelefon sesiapa untuk meminta bantuan, telefonnya pula sudah habis bateri.

Tukar sendiri tayar? Korang rasa dia reti ke bab-bab kereta ini? Yang dia tahu hanya naik. Berasa menyesal pula tidak ambil berat hal tukar tayar ketika belajar kereta dahulu.

Dia mengambil keputusan untuk menahan salah sebuah kenderaan yang lalu-lalang dijalan itu untuk meminta pertolongan.

Kelihatan dari beberapa meter darinya sebuah kereta hitam yang dipandu secara perlahan mula mendekati dimana tempatnya terkandas.

Sengihan lantas ditarik. Setelah berbelas-belas minit menunggu, akhirnya ada juga yang ingin menolong dirinya.

Kenderaan model Toyota Corolla Altis itu makin menghampiri dan mendekat. Dia melambai-lambai tangan menyuruh kereta itu berhenti padanya.

Tetapi..

Kereta itu malah terus maju ke depan. Dia ternganga. Bukan main semangat lagi dia melambai tangan tapi ini hasilnya? Sabar sajalah wahai hati.

Nampaknya tiada yang sudi ingin membantu dirinya. Keluhan berat dilepaskan. Pandai ke tak pandai, dia harus menukar sendiri tayar yang pancit itu.

Tanpa disedari, kereta tadi itu dipandu secara mengundur dan berhenti disebelahnya.

"Kenapa dengan kereta itu?" Terhinjut bahu Aida apabila ditegur dengan tiba-tiba. Lantas dia berpaling.

Kereta ini..kereta inilah yang kejam tidak berhenti tadi. Dipandang pula pada si pemandu.

"Eh anak cina!" Lebar saja sengihannya waktu itu. Lepas sudah rindunya pada si lelaki berketurunan cina itu.

"My name's Badrul. Not 'anak cina'. Cik Aida buat apa dekat sini?" Soal Badrul melalui jendela.

"Alahh tak perlu berciklah. Panggil saja Aida. Ini haa tayar kereta pancit terkena paku bomoh. Awak boleh tukarkan tak?" Pinta Aida sambil membuat muka kesian.

Sudah berpeluh-peluh dirinya yang berada diluar kereta sejak dari tadi lagi.

"Next time lah. Saya kena pergi ambil Prince Rique dengan Cik Rose dikafe sekarang ini." Badrul menolak dingin permintaan gadis ayu bertudung itu tanpa banyak berfikir.

Aida mendengus.

"Hotak dia next time. Dia fikir aku ini tunggul kayu ke boleh tunggu dekat sini lama-lama?" Bicaranya perlahan tanpa sedari bahawa Badrul ialah seorang bertelinga lintah.

"I heard that Miss Aida." Setelah itu Badrul memandu keretanya ke hadapan kereta kepunyaan Aida lalu menempatkan Toyota itu disitu. Enjin dimatikan kemudian dia melangkah ke arah gadis itu.

"Pergi ambil alat tukar tayar, hand stacker manual dan tayar spare." Dia mula mengarah sama seperti dia mengatur anak buahnya selama ini.

"Hah? Tayar?" Aida bukan bertanya tetapi bicaranya lebih pada kurang percaya. Tayar yang berat itu disuruh angkatnya seorang diri? Turunlah peranakan aku nanti!

"Yelah tayar. Tayar kan yang bocor? Ke..Cik Aida yang bocor?" Perli Badrul setelah itu tersenyum sinis.

'Aku yang bocor?' Begitu lambat otak Aida mencerna ayat sindiran lelaki itu. Mata yang terkelip-kelip tadi lantas meluas apabila otaknya berjaya menangkap sesuatu.

"Hey!" Dipukulnya bahu Badrul.

"Dasar pervert!" Hamburnya. Dahlah hari ini dia betul-betul datang bulan.

Badrul hanya tersenyum kecil geli hati dengan wajah memerah gadis itu. Malu mungkin apabila dikaitkan dengan hal kewanitaan itu.

Hanya 5 saat saja wajah itu tersenyum selebihnya ditegaskan semula. Melihatkan Aida yang belum bergerak lagi, dia memutuskan untuk mengambil sendiri barang yang diperlukan di dalam bonet kereta.

Blazer hitam yang sentiasa tersarung dibadan dibuang dan diletakkan sementara diatas bumbung kereta Aida. Lengan baju kemeja disisingkan hingga ke siku.

Setelah itu segala peralatan yang diperlukan, dibawa keluar lalu diletakkan berhampiran tayar yang hendak ditukar.

Aida hanya memerhati kekacakan Badrul yang sedang gigih menukar tayar keretanya.

"Awak memang ada baka cina ke?" Dia cuba ajak berborak bersama lelaki itu tetapi nampaknya Badrul tidak tertarik langsung untuk berbual. Buktinya lelaki itu cuma mendiamkan diri melakukan kerjanya.

"Haish..nampak macam nak hujan saja hari ini." Mulut Aida masih lagi menutur bicara walaupun berseorangan.

"Boleh diam? Sumbat tayar dalam mulut itu nanti." Dia tersentap menerima tamparan kata dari Badrul. Langit dipandang lagi buat-buat tidak mendengar apa-apa.

Garang juga Badrul ini, silap haribulan ada yang ditendangnya sampai ke Afrika.

Skru pada tayar itu diperketatkan.

"Fuh.." Keluhan lega muncul dibibir Badrul. Setelah hampir setengah jam dia bertungkus-lumus akhirnya berhasil juga dia menukar tayar itu pada yang baru.

Segala peralatan yang diguna tadi telah disimpannya ke dalam sebuah bekas asal. Dia berdiri sambil membimbit bekas itu.

Aida yang setia disebelah, dijelingnya hujung mata.

"Apa?" Soal Aida tidak berpuas hati apabila dirinya ralit direnung lama sebegitu.

"Cantik.." Pujian Badrul itu telah membuatkan diri Aida sudah jauh melayang diatas awan. Crush puji wei!

"Alah, tak payahlah puji. Dah ramai dah puji. Saya memang dari baka yang cantik-cantik tapi bukan dari baka cin--" Belum habis lagi dia hendak memuji diri sendiri, sudah dipotong lelaki itu.

"..tudung." Aida terkaku bersama wajah yang membahang dek malu. Itulah, lain kali jangan pandai-pandai masuk bakul angkat sendiri. Kan dah tersendiri malu.

"Biarlah tahu malu sikit. Jangan suka sangat memuji diri sendiri hakikatnya diri itu biasa-biasa saja." Bidasan selamba Badrul itu membuatkan Aida makin menanggung malu.

Mata Aida cuma perhati saja lelaki itu yang sedang menyimpan peralatan dan tayar lama ke dalam bonet kereta.

'Ya Allah, malu aku!!'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience