Chapter 46

Romance Completed 77490

Terkelip-kelip matanya menerima sinaran mentari dari celah-celah lubang jendela. Kepalanya masih lagi terasa pening-pening lalat.

Ingin dipegang kepalanya tetapi..

"Aw!" Baru berasa sakit pada pergelangan tangannya akibat bikin pergerakan tadi.

Dia memerhati keadaannya waktu itu. Amat menyeksakan! Tangan dan kakinya diikat sekali dengan duct tape membuatkan tubuhnya mengerekot diatas lantai.

Seriuslah semalaman dia seperti itu?

Dia mengesot sehingga ke dinding dibelakang biarpun belakangnya begitu perit dan lenguh. Dia cuba bangun untuk duduk bersandar di sekeping dinding itu.

Otaknya masih mengingati kejadian semalam. Mati-mati dia fikir bahawa ada seorang putera kayangan yang bakal membantunya disebabkan itulah dia redha saja didalam kereta tanpa membuat apa-apa.

Dia tersenyum kecil geli hati dengan kebodohan sendiri.

Pada waktu dia sedang tersenyum itu, fikirannya terlintas akan sesuatu.

Seingatnya, selepas dia dipikul masuk ke dalam kereta dihadapannya itu, dia telah dibawa ke rumah. Sampai saja dihadapan rumah, salah seorang penculik yang memakai topeng muka memaksanya untuk mendail nombor Badrul.

Dia membuat seperti yang diarah. Didail sekali, tidak diangkat namun pada kali kedua, mujur panggilannya dijawab.

Hati menjadi sebak setelah mendengarkan suara garau lelaki kacukan cina itu. Tanpa sempat ditahan, dia lantas teresak-esak disitu.

Telefon bimbitnya dirampas lalu ditutup panggilan itu. Tangisan langsung tidak dapat ditahan memikirkan bagaimanakah pengakhiran hidupnya selepas ini.

Dan oleh sebab tidak boleh menahan kebingitan, hidungnya ditekup dengan sehelai sapu tangan yang telah dititiskan cecair memeningkan lalu dia pengsan.

Segala kejadian yang terjadi selepas itu dia tidak pasti lagi.

Matanya meliar mencari satu figura di segenap penjuru dengan harapan agar lelaki itu ada bersama saat ini.

Untuk kesekian kalinya, kerja dia hanya sia-sia kerana lelaki itu hanya berada di sebelahnya.

Tapi..

yang membuatkan hatinya cukup pilu apabila melihatkan keadaan Badrul yang dirantai tangan dan kakinya pada dinding sambil berdiri. Bengkak serta lebam membiru pada seluruh wajah lelaki itu bagai tidak diambil pusing lagi.

"Bad.." Dia menyeru nama itu perlahan. Cukup hanya Badrul yang mendengarnya.

Hampir menitik air matanya. Betullah, lelaki itu sanggup datang demi menyelamatkannya pada awal pagi itu.

Dia menghulurkan kakinya kemudian menguis-nguis hujung jari kaki Badrul untuk menyedarkan lelaki itu.

Beberapa minit setelah itu, dia menerima sentakan dari tubuh Badrul sebagai respon bahawa lelaki itu sudah sedarkan diri.

Badrul mencelikkan mata. Mata yang asalnya sudah sepet makin disepetkan akibat mendapat tusukan daripada sinaran matahari.

"Bad.." Dia menoleh pada gelaran yang memanggil. Gadis itu..gadis itulah yang ingin diselamatkannya beberapa jam yang lepas tetapi telah tewas.

"Awak okay?" Anggukan kecil diberikan. Dia tahu bahawa Aida sedang risau akan keadaannya sekarang. Lihatlah bagaimana posisinya ditambah pula dengan wajah yang sudah pecah.

Pagi subuh tadi, habis-habisan mukanya dijadikan tempat melempiaskan amarah seseorang itu sampaikan kudratnya pun hanya tinggal secebis saja. Mahu menggerakkan mulut pun berasa payah. Kesan menyengat pada pukulan dibelakang kepalanya pun belum sembuh.

"Awak..saya minta maaf sebab selalu menyusahkan awak. Kalaulah saya tak balik lewat semalam, benda begini takkan terjadi." Lemah saja panahan matanya pada gadis dikaki. Mata Aida berkaca-kaca menanggung air mata.

Keluhan kecil dilepaskan. Dia langsung tidak menyalahkan gadis ini malah kesalahan perlu diletakkan pada dirinya kerana tidak memasang mata pada setiap pergerakan Cik Aida.

Pandangan dilemparkan pada segenap ruang didalam bilik yang dihuni mereka berdua.

Bilik ini sepertinya sudah lama tidak digunakan. Sarang labah-labah bagai menjadi pengganti siling. Debu pula menjadi pengganti lantai marmar.

Keningnya berkerut pelik dengan dekorasi bilik itu. Bilik apakah yang dihuni mereka ketika ini? Dekorasi bilik ini macam berpandukan raja-raja terdahulu.

"Ada sebuah istana lama diatas Bukit Hirland. Istana itu dah lama tak digunakan selepas kemangkatan grandpa. Ayahanda cakap sebab tak nak mengingati kenangan bersama abang sulungnya, Dahrim yang juga dah mangkat akibat kemalangan jalan raya." Kata-kata Prince Adrique mula bermain difikiran.

Istana lama! Mungkin mereka sekarang berada di dalam istana lama. Buktinya, tengok sajalah pada bilik ini, tampak sungguh mewah walaupun sudah berhabuk teruk.

Dia harus memikirkan jalan untuk keluar dari sini. Dengan tenaganya yang belum pulih? Tidak! Bukan dia yang keluar tetapi gadis disampingnya ini. Tidak mungkin dia keluar dengan tubuhnya yang masih lemah ini untuk meminta bantuan daripada bawahan Prince Adrique.

.....................

Kaki itu melangkah ke hulu ke hilir tidak senang duduk. Panggilannya masih lagi tidak diangkat walaupun sudah berpuluh-puluh kali mendail nombor itu.

"Tak pernah-pernah Badrul buat perangai macam ni." Adrique mencekak sebelah pinggang sambil merenung pandangan luar sliding door.

Ke manakah lelaki bermata sepet itu pergi? Biasanya pagi-pagi lagi sudah terpacak di dalam rumahnya.

"Wan?"

Dia berpaling ke belakang memandang Wan. Dari riak wajah lelaki itu dia sudah dapat teka jawapannya.

"Maaf Prince Rique, kami belum dapat kesan lagi lokasi Badrul." Wan menunduk lama memohon ampun kerana telah gagal menjejaki kedudukan Badrul waktu ini.

"Dekat kondo dia?"

"Tiada juga Prince Rique." Adrique meraup wajah. Badrul tidak pernah menghilangkan diri tanpa jejak sebegini. Lelaki itu akan memaklumkan dahulu jika dia mahu ke mana-mana sebagai pohon keizinan.

"Location phone?"

"Maaf Prince Rique, saya rasa telefon dia masih mati sebab kami belum lagi dapat pin lokasi pada peta." Balasan Wan makin membuatnya tidak senang.

"Abang, jom?" Adrique menoleh semula ke hadapan memandang sang isteri yang sepertinya sudah siap berdandan.

Dahi Dahlia berkerut melihat wajah suaminya yang tegang manakala wajah Wan pula bak ibu hilang anak. Resah gelisah saja. Apa yang dia terlepas?

"Ke.kenapa ini? Ada apa-apa yang dah berlaku ke?" Dia pula yang berasa tidak enak tiba-tiba.

"Sayang, cuba call Aida. Tanya dia keberadaan Badrul." Sumpah, dia langsung tidak faham dengan situasi sekarang ini.

"Kenapa pula?"

"Badrul menghilang. Cuba tanya Aida. Mungkin dia tahu dimana Badrul." Laju dia mengangguk setelah soalan di dalam kepala otaknya terjawab.

Telefon bimbit dikeluarkan dari perut beg tangan. Nombor Aida segera didail namun..

"Mati." Adrique melabuhkan punggung diatas sofa untuk menenangkan diri. Sudah ditanya Princess Alice yang berada di istana ada ternampak kelibat Badrul atau tidak namun jawapannya juga tidak.

Ke mana lagi dia harus mencari lelaki itu? Kelmarin molek saja Badrul bersamanya sehari suntuk. Hari ini, ghaib terus. Bayangan pun tidak terlintas di mata.

"My rose, lepas kita pergi rumah ibu, kita ke rumah Aida ya?" Dahlia mengangguk menyetujui cadangan itu.

Adrique bangkit dari sofa lalu berjalan keluar dari penthouse miliknya. Dahlia perhati saja suaminya dari belakang.

Gelisah benar lelaki itu jika berjauhan dengan Badrul. Jika dia menghilang seperti Badrul, adakah lelaki itu segelisah ini?

Pantas dia menggelengkan kepala menghapuskan aura negatif yang menghasut diri.

Langkah diatur cepat memasuki perut lif dan diikuti Wan dibelakang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience