Epilog

Romance Completed 77500

30 Julai 2018.

Mata yang telah berjam-jam terkatup itu dibuka. Dia tersenyum. Inilah yang dia inginkan dari dahulu lagi. Buka saja mata, terpampang wajah permaisuri hati.

Dia menyelak rambut buah hatinya yang menutupi hampir separuh muka wanita itu.

"I love you, my rose. I love you so much. No one can replace you in my heart." Dahi isterinya dikucup beberapa saat.

Sentuhan bibirnya pada dahi Dahlia menyebabkan wanita itu menggeliat kecil.

"Macam baby."

"Siapa yang macam baby?" Dahlia menyoal sambil membuka matanya. Sebenarnya dia sudah lama sedar. Pukul 6.30 pagi tadi lagi akibat menyusu Daryz yang lapar. Ingin sambung tidur selepas anaknya tidur tetapi sudah tidak rasa mengantuk. Jadi dia tutup mata sajalah.

"You lah macam baby." Adrique mencuit hidung Dahlia membuatkan wanita itu tergelak kecil.

"Dah mandi?" Dahlia menggeleng. Dia membuang jarak antara dia dengan Adrique. Tangannya dinaikkan memeluk leher lelaki itu.

"I love you too, Mr. Prince." Kedua-dua belah kening Adrique terangkat dan bibirnya pula menarik senyuman senget. Wanita itu suka benar reka panggilan baru untuk dirinya.

"Mr. Prince?"

"Yeah."

"And you? Mrs. Prince?" Dahlia mengangkat bahu.

"Maybe."

"Saja nak uji abang, kan? Of course you are!" Adrique segera mengangkat isterinya sehingga ke dalam kamar mandi. Tubuh wanita itu diletakkan di dalam tab mandi. Pintu ditutup rapat kemudian dikunci.

Adrique membuka kunci laci paling atas yang berada di dalam almari pakaiannya setelah dia siap memakai baju. Kotak berwarna putih dikeluarkan dari laci itu.

Kotak itu langsung dibuka. Sudah lama dia ingin memberikan ini kepada Dahlia tetapi tidak berkesempatan.

Sehelai selendang berwarna hitam dibawa keluar. Haruman mawar masih lagi melekat pada selendang itu. Diperhati pada hujungnya.

'Rose'

Jahitan nama isterinya masih kemas di hujung selendang itu. Ibu jarinya mengusap perlahan sebaris nama yang sentiasa terpahat di hatinya seraya bibir melakarkan senyuman nipis.

Kotak tadi disimpan kembali ke dalam laci lalu pintu laci itu ditutup. Pintu almarinya dikatup kemudian langkahnya dibawa ke arah Dahlia yang sedang menyanggul rambut di hadapan meja solek.

"My rose.."

"Hm?" Dahlia memandang wajah kacak suaminya melalui pantulan cermin.

Adrique membuka lipatan selendang yang berada ditangannya lalu diletakkan diatas kepala Dahlia. Hujung selendang kiri dan kanan ditarik sehingga ke bahu.

Dagunya di daratkan diatas kepala Dahlia sambil lengan memeluk pinggang ramping isterinya. Dia menatap wajah manis wanita itu di cermin.

"You're so beautiful, my rose." Dahlia tersenyum. Tangan kanannya membelai pipi Prince Adrique.

"Thank you, sayang. Bila abang beli selendang ini?" Lelaki itu menggelengkan kepala.

"Nope. This shawl is yours. Look at this.." Jahitan nama pada hujung selendang hitam itu ditunjukkan kepada Dahlia.

Wanita itu tergamam setelah melihat jahitan nama itu. Dia masih ingat lagi selendang pemberian walid sewaktu dahulu yang difikirnya telah hilang entah ke mana.

"Abang..dah lama Lia cari selendang ini, rupanya ada dengan abang. Macam mana boleh ada dengan abang sedangkan satu rumah Lia cari selendang ini tapi tak jumpa-jumpa?" Pelik tapi benar. Rasanya hampir 3 tahun selendang ini menghilang selepas dia pulang dari tempat perkuburan.

"Abang jumpa dekat kubur." Makin berkerut-kerut dahi Dahlia memikirkan apa yang telah terjadi beberapa tahun lepas.

"Jadi, macam mana abang tahu yang selendang ini kepunyaan Lia?" Adrique menjungkitkan bahunya. Dia berdiri tegak semula.

"Yang itu sayang kena fikir sendiri. Abang malas nak explain benda yang dah lepas. Panjang ceritanya. Yang penting, I don't like roti john." Dengan penerangan yang masih tergantung, Adrique meninggalkan isterinya di dalam bilik bersama Prince Daryz yang sedang lena.

Dahlia dilanda kebingungan. Roti john? Apa kaitan?

Fikirannya kembali terimbas dimana tempat pertama pertemuannya dengan Putera Hirland.

Di kedai roti john!

Pelik. Kalau Adrique tidak suka roti john, mengapa lelaki itu perlu beratur panjang semata-mata ingin membeli makanan yang tidak disukai?

Atau..ini memang rancangan lelaki itu? Pertemuan mereka memang dirancang? Atas sebab apa?

Kiranya pertemuan pertama mereka ialah di kubur tetapi tidak sempat bertemu mata? Ke..macam mana?

Dahlia menggaru kepalanya yang tidak gatal. Peninglah dia. Penuh liku sungguh jalan hidupnya.

.......................

"Ayahanda dengan kanda nak pergi ke mana?" Adrique yang baru saja sampai dilantai bawah terus menegur King Dahmod dan Princess Alice yang sudah bersiap seperti ingin ke suatu tempat.

"Ayahanda nak lawat taman bonda. Ayahanda rindu bonda." Balas King Dahmod.

"Oh..nak pergi taman bonda. Rique dengan Rose pula nak pergi ke makam bonda dan kubur walid sekejap lagi."

"Sampaikan salam ayahanda pada bonda. Cakap pada bonda yang ayahanda rindu bonda sangat-sangat." Adrique tersentak. Matanya berair. Jika ayahanda rindu bonda sangat-sangat, dia pula rindu bonda terlebih sangat-sangat.

"Baiklah ayahanda. Kanda, jaga ayahanda baik-baik ya? Kalau ada apa-apa, terus call Rique." Princess Alice mengangguk.

Alice memimpin ayahanda sehingga ke pintu utama istana. Adrique pula hanya menjadi pemerhati.

Dia mengeluh perlahan. Kalau tidak disebabkan ayahanda, pasti bonda masih bernyawa sekarang.

Mata dipejam rapat manakala kepalanya menggeleng beberapa kali. Tidak! Dia tidak boleh menyalahkan King Dahmod. Ini takdir Allah yang sudah menetapkan tarikh ajal, jodoh itu semua sewaktu di dalam kandungan lagi.

"Ya. Ibu ada dekat penthouse?" Dia mendongak melihat gerangan yang bercakap sambil menuruni anak tangga.

"Petang ini InsyaAllah Lia pergi jenguk ibu bawa Daryz sekali. Ibu rindu Daryz, kan?" Wanita itu tergelak kecil mungkin geli hati dengan jawapan Puan Zahirah melalui panggilan telefon.

"Okay okay. Tunggu kami ya ibu? Bye ibu. Love you." Dahlia memasukkan telefonnya ke dalam beg tangan berjenama Chanel. Sampai saja kakinya dilantai bawah, mata violet menjadi sapaan matanya.

"Jom abang?" Dia memeluk lengan suaminya bersedia untuk berangkat.

"Nak pergi penthouse ibu ke petang ini?" Pemilik penthouse miliknya sudah bertukar ke nama ibu mertuanya. Puan Zahirah telah menetap disitu selepas seminggu tarikh majlis resepsinya.

Tidak mungkin dia membiarkan ibu isterinya tinggal di rumah kayu lagi sedangkan Dahlia sudah begitu selesa tinggal di istana.

Sudah diajak Puan Zahirah untuk menetap di istana namun wanita itu enggan kerana tidak sesuai baginya untuk dirinya tinggal di mahligai mewah ini.

"Haah. Ibu rindu Daryz katanya." Jawab Dahlia sementara kaki mereka melangkah ke arah pintu. Kelihatan kenderaan yang mereka bakal naiki telah sedia.

"Dah pesan pada pembantu untuk jaga Daryz?" Dia mengangguk menjawab soalan lelaki itu.

Black Marble Bugatti menjadi pilihan Adrique pada pagi itu untuk membawa isteri tercinta menziarahi makam bonda dan walid.

Putera Daryan Rioz ditinggalkan bersama pembantu istana.

Memang jarang sekali jika mereka berdua ke mana-mana membawa Daryz kerana anak mereka seorang yang begitu sensitif terhadap orang ramai. Daryz tidak suka bergaul.

"Lepas pergi ke kubur, kita pergi breakfast ya?" Pertanyaan si isteri hanya dibalas dengan anggukan. Telapak tangan dinaikkan mengusap kepala Dahlia yang dibalut selendang.

"Daryz tak boleh tinggal lama-lama. Ada juga nanti satu istana pusing cari mommy dia." Adrique tergelak kecil. Anak lelakinya yang seorang itu memang sebiji perangai sepertinya sewaktu kecil dahulu.

"Nah it's okay. Mommy dia selamat dengan I. Nothing to worry." Dahlia mencebik bibir.

"Iyalah itu." Lengan disilangkan di dada sambil membuang pandangan ke luar tingkap menyaksikan kesibukan bandar Hirland.

"Betullah sayang.." Adrique mengambil tangan kanan isterinya lalu digenggam dan dibawa ke bibirnya. Dikucup lama tangan itu sebelum diletakkan diatas pahanya.

Dahlia menggigit bibir bawahnya. Sesungguhnya dia akan cair setiap kali jejaka tampan itu membuat begitu.

Sudahlah kacak, buat pula benda sweet. Eii ada juga yang kena gigit dalam kereta ini.

Setelah hampir 10 minit berada di dalam kereta, akhirnya mereka sampai di hadapan pagar tanah perkuburan Islam. Perjalanan mereka singkat kerana tidak menggunakan lampu isyarat. Kerabat diraja memang tidak boleh menggunakan lampu isyarat.

Mereka memasuki ke kawasan itu bersama botol yang berisi air dan buku Yassin ditangan setiap seorang. Adrique menyelitkan bunga mawar putih di poket baju kemejanya.

"Sayang pergi ke kubur walid dulu nanti abang menyusul." Dahlia mengangguk. Genggaman tangan dilepaskan kemudian mereka berpecah dua haluan.

Seusai bacaan Yassin, rumput-rumput yang tumbuh meliar diatas tanah kubur itu dicabut satu-persatu kemudian dibuang ke tepi. Ditatap nama yang terukir cantik dibatu nisan itu bersama senyuman pahit dibibir.

"Assalamualaikum walid. Walid apa khabar? Dah lama Lia tak datang jenguk walid." Perlahan-lahan air matanya membasahi pipi.

"Walid..Lia rindu walid. Semua rindukan walid. Walid sihat saja kan 'disana'?" Sebanyak mana pun soalan yang ditanya, tidak mungkin akan dibalas.

"Hari ini cucu walid tak dapat datang sebab cuaca panas sangat nanti dia demam pula. InsyaAllah di lain hari Lia bawa cucu walid ya? Dia dah besar. Sekarang dah umur setahun 3 bulan." Bicaranya seraya menyiram perlahan-lahan air diatas kubur walidnya.

Sedang dia membasahi tanah kubur walid, tiba-tiba deringan telefon berbunyi. Air mata dilap lalu dia menyeluk poket seluar mengambil telefonnya. Setelah nama pemanggil dilihat, panggilan itu segera diangkat.

"Ya kenapa? Daryz dah sedar?"

"Ya Princess Rose. Prince Daryz tak henti menangis."

"Okay okay saya balik sekarang. 10 minit lagi saya sampai. Tolong buatkan susu untuk Daryz ya?"

"Baiklah Princess Rose."

Dia mematikan panggilan. Kepala digelengkan. Pusing kepalanya memikirkan perangai putera sulungnya itu. Ingin ke makam Queen An'nisa pun tidak sempat kalau begini.

Nombor suaminya didail sehingga diangkat gerangan sana.

"Yes love?"

"Daryz dah menangis. Jom balik abang?"

"Alright my rose."

Panggilan ditutup.

"Walid, Lia pergi dulu ya? Ada masa, kita jumpa lagi. Assalamualaikum walid." Tanpa banyak bicara, dia lantas bergegas menuju ke pintu pagar utama tanah perkuburan.

Orang-orang tua kata, jangan biarkan anak kecil menangis lama-lama nanti akan menjadi sesak nafas. Itulah yang dia risaukan sekarang ini.

Angin yang tiba-tiba bertiup agak kencang itu telah menerbangkan selendang hitamnya yang hanya dililit begitu saja dikepala ke udara tanpa dirinya sedar. Langkah kaki dilajukan hingga ke kereta.

.......................

Kaca mata hitam ditanggalkan kemudian disangkut dikolar kemeja hitam yang dipakainya. Dia duduk melutut diatas karpet kuning kecil yang baru dihamparnya tadi.

"Assalamualaikum bonda. Rique datang ini. Rique datang bawa bunga kesukaan bonda, bunga mawar." Bunga mawar putih diambil dari dalam poket kemeja.

Sekuntum bunga mawar putih yang melambangkan kesucian itu diletakkan diatas timbunan tanah selepas itu dengan perlahan bibirnya mengucup kepala batu nisan.

Buku Yassin dibuka lalu dibaca penuh penghayatan isi kandungannya. Seperti biasa, apabila dirinya berada disamping 'tempat tinggal' bondanya, dia berasa begitu aman dan tenteram. Rasa ini sama apabila dia berada disisi Rose Dahlia.

Baru saja dia habis baris terakhir bacaan Yassin, telefonnya berdering. Dia menyeluk poket seluar mengambil telefonnya. Panggilan daripada 'My Rose' itu lantas dijawab.

"Yes love?"

"Daryz dah menangis. Jom balik abang?"

"Alright my rose."

Tutt..

Panggilan dimatikan gerangan sana. Dia lantas berdiri namun mata masih pada timbunan tanah.

"Bonda, Rique minta diri dulu. Cucu kesayangan bonda itu dah buat perangai 'cantik' dia dekat istana. Nanti Rique datang balik bawa Daryz ya bonda? Oh ya! Tadi ayahanda kirim salam pada bonda. Ayahanda cakap ayahanda rindu sangat pada bonda. Kami semua rindukan bonda." Adrique mencium buat kali kedua batu nisan Queen An'nisa.

"Rique balik dulu. Assalamualaikum bonda." Pintu kaca dibukanya. Kaki menghala ke pintu pagar sebelum ada benda hitam mendarat di depan kakinya atas tanah. Langkahnya terhenti. Dia membongkok dan mencapai benda itu.

Serentak itu, haruman bunga mawar menusuk terus ke dalam rongga hidungnya.

'Wanginya..' Dan sekali lagi ditempat yang sama, dia seakan khayal mencium bau itu.

Matanya terpandang pada jahitan berwarna putih dihujungnya.

'Rose..' Senyuman senget terukir dibibir.

'True love is like a rose. It's delicate, thorny and is something many people try to find. If you want true love, you must be willing to face the hardships.' -Mr. Prince

-The End-

Share this novel

DHIA ARYA
2024-04-15 18:21:38 

Bestnye....sweet sgt. Tahniah Author

Zailena Marshid
2021-06-14 12:26:54 

So BERSEEEMUUUTTTT.... sangat...syok baca...semoga terus menghasilkan karya yg terbaik..tq auther


NovelPlus Premium

The best ads free experience