Chapter 55

Romance Completed 77490

Adrique melangkah mendekati Princess Alice yang sedang termenung sambil tangan membelai bulu seekor kucing. Dia sendiri tidak pasti dari mana datangnya kucing itu tapi yang pastinya dia tidak sukakan kucing.

"Kanda.." Jaraknya dengan tempat duduk gadis itu direnggangkan sedikit khuatir jika kucing itu melompat ke arahnya.

Kelihatan Princess Alice agak tersentak menerima teguran itu. Dia lantas berpaling. Matanya memerhati pemakaian Adrique. Sepertinya lelaki itu sudah siap ingin bertarung nyawa.

"Rique dah nak pergi?" Adrique mengangguk.

"Kanda doakan semoga ayahanda selamat ya?"

"Tak, bukan ayahanda saja tapi semua yang ingin selamatkan ayahanda termasuk Rique dan Bad. Rique, tolong hati-hati. Kanda nak semua pulang dengan selamat dan tiada seorang pun yang cedera." Senyuman paksa ditarik buat Princess Alice. Dia tidak berjanji untuk perkara yang tidak pasti.

Kelibat isterinya yang sedang menuruni tangga menyapa pandangan. Dia mahu memanggil namun melihatkan air muka tegang gadis itu niatnya terbantut.

Hatinya sedikit kecewa. Tiada kata-kata terakhirkah daripada Dahlia sebelum dia berangkat pergi?

Matanya mengekor saja bayangan isterinya yang memasuki dapur.

Alice melihat pada adiknya kemudian matanya beralih pada yang dilihat lelaki itu pula. Dia tersenyum. Patutlah, biasanya berkepit saja kerjanya tapi kali ini lain pula.

"Kenapa? Rique ada masalah dengan Dahlia?" Adrique menggeleng menafikan. Dia tidak mahu memikirkan masalah dengan Dahlia waktu ini. King Dahmod lagi penting saat ini. Dahlia? Sesudah selesainya hal ayahandanya.

Jam dipergelangan tangan dilihat. Masih berbaki beberapa minit lagi sebelum jarum jam menginjak ke angka 11.

"Kanda, Rique gerak dulu. Kanda tolong tengok-tengokkan wife Rique ya? Jangan bagi dia keluar dari istana selagi Rique belum balik." Dia menitipkan pesan buat Princess Alice. Bimbang juga jika Dahlia keluar dari istana dan meninggalkannya.

"Baiklah. Hati-hati ya Rique?" Anggukan diberi. Kakinya dengan laju melangkah keluar dari istana.

Kelihatan semua anak buahnya sudah bersedia. Sementara kesemua pengawal King Dahmod pula diarahkan untuk menjaga istana saja.

"Semua barang dah ada?" Dia menyoal pada Badrul yang sedang berdiri tegak dihadapannya.

Badrul menunduk hormat.

"Dah ada Prince Rique."

"Kalau begitu, kita dah boleh gerak sekarang." Semua yang berada dihadapan pintu istana menunduk bagi menghormati keputusan anak raja itu.

Badrul berpusing ke belakang. Pintu kereta disebelah pemandu dibuka luas.

Adrique menoleh ke belakang. Matanya meliar mencari figura seseorang. Dia mengharapkan hanya seorang itu saja untuk memberi kata-kata semangat buat dirinya.

Kepala digelengkan perlahan. Dia mula berjalan ke arah Brabus G800 Widestar miliknya lalu tubuhnya membolosi ke dalam perut kereta itu.

Pintu kereta hitam itu ditutup Badrul. Kemudian dengan segera kaki panjang itu bergerak ke arah bahagian pemandu pula.

Baru saja tangannya ingin mencapai pemegang pintu, keningnya bertaut. Mengapa pintu belakang tidak tertutup kemas?

Rasa curiga tadi dibuang jauh. Dia sudah lambat, tiada masa untuk fikirkan sesuatu yang remeh. Pintu belakang itu dibuka semula kemudian ditutup rapat.

Setelah itu, dia mengambil tempatnya dibahagian pemandu. Brabus G800 Widestar mengetuai perjalanan bagi dua buah lagi kereta yang lain.

Bibir diketap dan ditekup pula mulutnya risau jika mulut itu menghasilkan bunyi. Tubuhnya yang kecil muat-muat saja menyorok diruang kosong tempat letak kaki dibelakang kerusi.

Kalau kerjanya ini terbongkar, memang habis dijerkah Prince Adrique. Elok-elok saja lelaki itu pesan jangan pergi tetapi dia ingkar.

Walaupun pendingin hawa sudah dipasang namun tetap tidak bisa menghalang peluhnya dari keluar. Jantungnya berdebar seakan mahu pecah. Dia takut.

Tadi dia cuma buat-buat saja berwajah tegang supaya suaminya tidak syak sesuatu. Dia keluar pun melalui pintu dapur. Jangan haraplah dia akan keluar guna pintu utama.

Tidak lama kemudian, deringan telefon Adrique kedengaran. Lelaki itu mengangkat panggilan daripada Princess Alice.

"Yes kanda?"

"Wife Rique tak ada dekat istana. Sudah satu istana kanda cari."

"What? Mana dia pergi? Kanda tak cuba tanya pembantu-pembantu istana?"

"Dah, kanda dah tanya tapi semua cakap tak ada nampak Dahlia pergi ke mana. Last mereka nampak ialah masa Dahlia ke dapur tadi."

Adrique memejam mata seraya keluhan berat dilepaskan. Dia sudah jangka perkara sebegini akan berlaku. My rose..where are you?

"Tak apalah kanda, nanti Rique try call dia."

Panggilan ditamatkan. Nombor isterinya didail namun hanya masuk ke peti simpan suara. Nampaknya gadis itu telah matikan telefon bimbitnya.

"Kenapa Prince Rique?" Tanya Badrul. Telinganya selalu saja mendengar keluhan Prince Adrique yang sepertinya sedang susah hati.

"Rose lari dari istana." Adrique menjawab sambil melemparkan pandangan sayu ke luar tingkap.

"Prince Rique bergaduh dengan Puan Rose ke?"

"Tak adalah bergaduh sangat. Aku cuma halang dia untuk join kita malam ini. Tak mungkin aku benarkan. Bahaya untuk dia. Aku tak nak ada apa-apa terjadi pada dia. Cukuplah ayahanda pernah upah orang untuk tikam Rose dulu. Kalau tak disebabkan kejadian itu, aku takkan tinggalkan Rose." Gerangan yang berada dibelakang itu tergamam mendengar pengakuan Adrique.

Jadi, King Dahmod lah dalang disebalik kejadian beberapa bulan lepas itu? Tega sekali raja itu mahu membunuhnya.

Tangannya dibawa ke perut. Masih lagi dia ingat bagaimana peritnya saat ditikam. Rasa bagai mahu putus saja nyawanya waktu itu. Dia yakin, parut pada perutnya itu tidak akan hilang sampai bila-bila.

Badrul tersenyum kecil.

"Kalau Puan Rose merajuk pun, saya rasa Prince Rique pandai pujuk." Adrique berpaling ke sisi. Bahu lelaki kacukan cina itu ditepuk.

"Pandailah kau!" Badrul menggeleng. Dia memandu sehingga kereta tiba dibelakang parkir Rolls Royce.

"Derul, itu kereta ayahanda kan?" Adrique membawa tubuhnya sedikit ke hadapan untuk memastikan Rolls Royce putih itu milik King Dahmod atau bukan.

Mata Badrul yang sudah sepet makin disepetkan. Bayangan kereta itu hanya kabur-kabur saja di dalam kegelapan malam. Lampu keretanya sudah awal-awal lagi dimatikan agar pihak lawan tidak dapat menghidu kehadiran mereka.

"Mungkin juga. Kita nak gerak sekarang ke Prince Rique?" Adrique melemparkan pandangan toya. Sejak bila Badrul jadi sebodoh ini? Petang tadi elok saja lelaki itu memberi idea.

"Takkanlah tahun depan pula kita nak gerak. Kau telan semut ke tadi sampai jadi lembab macam ini?" Sindirannya menyebabkan Badrul termalu sendiri. Belakang kepala digaru.

"Baiklah Prince Rique." Enjin kenderaan dimatikan. Mereka berdua keluar dari kereta lalu bergegas ke bonet untuk mengambil senjata api yang mereka ingin gunakan.

Sig P220 Elite disisipkan dipinggang seluar manakala Beretta M92 ditangan. Peluru bagi kedua-dua pistol diambil lebih untuk persediaan kemudian disumbat ke dalam poket jaket hitamnya. Jaket ditubuh itu dibetulkan.

Senyuman sinis tiba-tiba terlakar dibibir Adrique. Kadang-kadang kelajar juga dengan permainan Qarif dan Qashah. Kerja mereka tidak pernah 'clean'.

Tengoklah sekarang, lokasi dimana Qashah menempatkan King Dahmod pun dia boleh kesan. Lain kali sebelum menculik, rampas dulu telefon. Ini tidak, tahu mengikut arahan daripada ketua saja.

Setelah menyangkut tali senapang AK 74M pada bahu, bonet kereta ditutup Badrul.

Butang pada wireless bluetooth earphone ditekan. Dia sudah sedia ingin memberi arahan.

"Gerak sekarang!" Selepas dia memberi arahan, semua yang berada dibelakangnya mula mengambil langkah mendekati bangunan lama dihujung lorong.

Dia dan Prince Adrique pula berjaga dibelakang. Segala isyarat jari yang dipelajari digunakan pada malam itu. Orang asing tidak akan fahami isyarat pengawal diraja Hirland kerana itu adalah rahsia sulit.

Dahlia mengintai melalui jendela kereta. Dia keluar dari tempat persembunyiannya apabila kumpulan tadi telah menjauh. Pintu ditutup perlahan agar tidak menghasilkan bunyi.

Matanya mencari-cari sesuatu untuk dibuat perlindungan. Di dalam kereta tadi diatas kerusi bersepah saja pistol kepunyaan Adrique yang tidak ingin digunakan lelaki itu tetapi dia tak mahu ambil kerana dia tidak reti guna.

Kalau diguna juga, niat ingin menembak musuh, pergi tembak suaminya pula. Menangis tak berlagu Rose Dahlia nanti. Tak pasal-pasal janda awal.

Dengan tidak sengaja matanya tertancap pada sebatang kayu yang tersandar di dinding. Dia tersenyum. Akhirnya.

Kayu itu diambil kemudian dia berjalan terjengket-jengket menghampiri bangunan dihadapannya. Perjalanan itu dirasakan begitu lama kerana dia berjalan sambil memerhati kiri, kanan, depan dan belakang dengan penuh waspada.

Sampai ditangga, dia mengeluh. Perkara inilah yang dia paling tidak suka. Tak ada lif ke?

Dengan malasnya dia mendaki satu-persatu anak tangga itu. Tiba ditingkat pertama, dia menyorok disebalik dinding dulu untuk melihat ada orang atau tidak ditingkat itu.

Dakian disambung sehingga ke tingkat 2. Perbuatan menyorok tadi diulang dan diulang sehinggalah kakinya terpijak pada lantai tingkat 6.

Bunyi suara orang mengerang kesakitan bercampur dengan bunyi tumbukan bercampur-baur. Dia yakin, tingkat inilah semua orang berada termasuk Adrique.

Dia yang sedang berada dibelakang dinding itu mengerutkan dahi. Apa yang dia sudah terlepas kerana sampainya dia disini, semua sudah melancarkan serangan? Lama sangat ke perjalanan dia tadi?

Dia duduk mencangkung kemudian mengintai untuk menyaksikan apa yang telah berlaku disebalik dinding ini.

Mulutnya terlopong. Beberapa orang sudah tumpas bersama darah yang mewarnai lantai simen itu. Dia tercari-cari kelibat suaminya.

Mengikut kiraannya, bilangan pihak musuh lebih ramai berbanding bilangan anak buah putera raja itu.

Begitu payah untuk mencari Adrique kerana bilangan disebalik dinding ini begitu ramai.

Pada saat sepasang matanya mencari Adrique, tiba-tiba matanya terpaku pada gerangan yang sedang menghalakan muncung pistol pada King Dahmod. Matanya terbuntang.

Semua yang berada disitu tidak sedar akan itu kerana masing-masing sedang sibuk melepaskan tumbukan dan memberi tendangan demi mempertahankan diri.

"Apa yang perlu aku buat? King Dahmod tak boleh mati." Dirinya gelisah bagai cacing kepanasan.

Dipejam sebentar matanya. Segala doa dibaca di dalam hati. Apa pun yang bakal terjadi, dia serah pada takdir Tuhan saja.

Mata dibuka semula. Kaki pendeknya dibuka langkah seribu mendekati King Dahmod. Dia berdiri dihadapan raja Hirland untuk melindungi lelaki itu.

Serentak itu, satu tembakan dilepaskan lalu terkena sipi pinggang kanannya.

Sunyi. Bangunan itu menjadi sunyi dari suara orang setelah tembakan itu dilepaskan. Mungkin mereka terkejut dengan bunyi kuat itu.

Adrique yang sedang menendang perut Qashah yang telah terbaring lesu itu lantas berpaling ke belakang. Jantungnya bagai mahu berhenti berdetak selepas melihat gerangan yang ditembak.

"My rose.." Nama bunga itu meniti perlahan dibibirnya. Laju dia berjalan ke arah isterinya yang sedang memegang pinggang yang telah dipenuhi darah pekat itu.

Badrul pula menjalankan kerjanya dengan menembak sesiapa saja yang cuba merapati Prince Adrique.

Disambut tubuh Dahlia yang ingin jatuh. Dia kemudian duduk melutut sambil memanggung kepala gadis itu.

"Sayang..be strong." Kabur matanya dek kerana menampung begitu banyak air dimata.

"Abang.." Dahlia sudah tidak larat ingin membuka matanya lalu ditutup sekejap.

"Don't close your eyes, my rose!" Dahlia menarik senyuman lemah. Wajah sang suami ditatap. Jarinya mengelus pipi Adrique.

"Lia akan rindukan muka kacak ini." Setitik air mata lelakinya tumpah dipipi Dahlia. Dikucup lama ubun-ubun isterinya.

King Dahmod hanya mampu melihat dan tidak bisa menolong apa-apa kerana tubuhnya masih lagi terikat dikerusi. Mulutnya pula ditampal duct tape. Pilu juga hati tuanya menyaksikan kejadian dihadapan matanya itu. Demi menyelamatkan dirinya, gadis itu sanggup menerima sakit.

"My rose..please don't leave me alone. Abang janji, lepas ini kita akan hidup bahagia macam orang lain." Tangan Dahlia digenggam kemas tidak mahu lepas.

"Promise?" Adrique mengangguk.

"Promise." Bibir Dahlia masih mengukirkan senyuman. Dia sudah penat. Matanya makin memberat lalu tertutup rapat.

"My rose?" Pipi Dahlia ditepuk-tepuk untuk menyedarkan gadis itu.

"Sayang, please wake up. Jangan buat abang macam ini." Melihatkan tiada respon daripada Dahlia, dia langsung mengangkat tubuh isterinya untuk dibawa ke hospital.

Bang!
Bunyi tembakan yang dilepaskan Wan itu seakan dekat saja ditelinganya. Dia menoleh sekilas ke belakang.

Rupanya ada seorang lelaki yang mungkin tua sedikit dari King Dahmod sedang mengacukan pistol ke arahnya tadi.

Mungkin itulah ketua Qashah dan Qarif. Dan lelaki tua itu jugalah yang telah menembak isterinya tadi. Dasar lelaki sial!

"Derul, cover aku!" Dia memberi arahan pada Badrul.

"Baik Prince Rique!" Adrique bergegas menuruni tangga diikuti Badrul dibelakangnya.

Hal di dalam bangunan itu biar Wan dan Zack saja yang selesaikan.

'My rose..tolong bertahan untuk abang. I'm begging you.'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience