Chapter 28

Romance Completed 77500

Sebulan kemudian..

"Daren!" Tercungap-cungap dia mencari udara. Setelah beberapa minit baru dia dapat menyesuaikan dirinya.

Diperhati sekeliling. Semuanya putih. Benarkah dia masih hidup atau ini hanyalah mimpi?

Tidak, ini bukan mimpi kerana ditangannya terdapat wayar yang menyalurkan air tambahan ke dalam badan dan diwajahnya pula mempunyai bantuan alat pernafasan.

Kedua-duanya dicabut. Daren. Dia perlu mencari lelaki bernama Daren itu.

Dia bangkit dari katil kemudian berjalan ke arah pintu wad. Baru saja dia mahu memegang tombol pintu, ada yang sudah membukanya dari luar.

"Lia! Lia nak ke mana ini? Bila Lia sedar?" Soal seorang wanita yang masih terkejut melihatnya.

"Ibu..Lia nak cari Daren. Mana dia? Daren tak datang melawat Lia ke?" Berkerut dahi Puan Zahirah.

"Daren mana pula kamu ini? Lama sangat kamu koma ini sampaikan terbawa-bawa mimpi masa kamu koma itu." Dahlia menggeleng laju.

"Tak..Lia tak mimpi. Daren anak raja yang selalu datang rumah kita itulah ibu. Takkan ibu tak ingat?" Bersungguh-sungguh dia menggali kembali memori didalam fikiran ibunya dimana Prince Adrique selalu datang ke rumahnya dulu.

"Ya memang anak raja kita nama Daren tapi agak-agaklah..bukan senang dia nak datang rumah kita. Entah-entah, dia pun tak tahu yang kamu ini wujud ke tak dalam dunia ini. Kamu ini, angau sangat dah ini pada dia. Ini kalau dengar dek orang, 10 tahun kena suka dekat orang. Buat malu saja." Ujar Puan Zahirah sambil menarik anaknya untuk kembali berbaring diatas katil.

"Tapi ibu.."

"Tapi apa lagi?" Wanita itu sudah mencekak pinggang.

"Takkanlah ibu tak ingat langsung? Hah! Tak pun ibu boleh tanya Aida. Aida tahu yang Lia tengah bercinta dengan Daren." Puan Zahirah menaikkan jarinya lalu menjentik dahi gadis itu.

"Jauh betul kamu berangan ya? Dah dah! Berhenti merepek. Peninglah ibu nak melayan kamu yang tak habis-habis dengan Daren Daren Daren sampai ke sudah!" Dia memicit dahi bagi mengurangkan rasa pusing.

Dahlia menggigit bibir bawahnya. Benarkah semua yang dialaminya selama ini adalah mainan tidur semata-mata?

Tadi tidak silapnya, Puan Zahirah berkata bahawa sebulan dia koma dan kemungkinan sewaktu dia koma itu dia terlalu banyak mimpikan Prince Adrique, jejaka idamannya sejak di universiti lagi.

Tapi dia tertanya-tanyalah, bagaimana dia boleh dimasukkan ke hospital dan koma dalam tempoh masa yang agak panjang? Mengikutkan mimpinya, dia dimasukkan ke hospital kerana ditikam di pantai.

"Erm..ibu?"

"Nak berangan apa lagi?" Dia tersengih. Wajah pucatnya masih menghiasi muka.

"Tak..Lia cuma nak tanya, macam mana Lia boleh masuk hospital?"

"Itu perut kamu itu." Puan Zahirah memuncung bibir pada perut anaknya.

"Kenapa dengan perut Lia?" Dahlia menjamah perutnya yang berlapikkan baju.

"Kamu kena tikam sebab melawan peragut yang nak ragut beg tangan kamu. Kamu ini pun satu, bagi sajalah beg tangan itu. Bukan ada apa-apa pun. Nasib baik masa itu ada Adam, bolehlah dia tolong kamu." Dia yang sedang menunduk memandang perut lantas mendongak apabila telinganya menangkap sebaris nama itu.

"Adam?"

"Haa iyalah Adam. Kamu itu bukan amnesia jadi tak payah nak buat-buat lupa pula abang sepupu kesayangan kamu itu." Bebel Puan Zahirah sekerat.

"Tak tak! Macam mana Abang Adam pun ada?" Tidak silapnya, dalam mimpi dia pun ada Adam.

Dia merasakan bahawa mimpi yang dialami itu seperti benar-benar telah terjadi pada dirinya.

"Haish..takkanlah kamu tak ingat langsung? Penatlah ibu nak cerita satu-satu. Kalau tak ingat, buat-buat ingat saja." Dahlia memandang pelik wajah ibunya. Ada pula macam itu?

"Anak ibu!! Rindunya ibu pada anak lawa ibu ini.." Puan Zahirah memeluk erat batang tubuh anak gadisnya bagi mengubah topik perbualan. Yang lepas, biarlah lepas. Jangan dikenang lagi. Cukuplah hati tuanya berasa begitu takut dan gelisah dulu.

Tapi sejujurnya dia sungguh merindukan Dahlia, satu-satunya cahaya mata yang dia punya.

"Ya..Lia pun." Dahlia membalas pelukan ibunya sementara fikirannya melayang ke arah lain. Dia masih tidak puas hati. Balik saja ke rumah nanti, dia mahu mencari bukti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience